selamat kembali ke sekolah


Assalamualaikum .



senyum sampai ke pipi ye cikgu 


Selamat pagi cikgu . sambil gojet-gojet macam kanak-kanak comel upin ipin tu . Alo-alo kiutnya kanak-kanak tu kan . Okey tu cuma imiginasi cikgu je. jangan harap lah kan ada situasi tu kat sekolah . semuanya macam skema je . haha .. 


4 Januari 2012 , bermulalah hari pertama persekolahan  sesi 2012 . Bermula jugaklah pengalaman baru dalam hidup kank-kanak comel tahun 1. yang parent pulak dapatlah kenangkan balik pengalaman diaorang masa kanak-kanak dulu . zaman menangis meraung nak ikut mak ayah balik rumah. lepas tu takut-takut nak mintak permission pergi toilet then terlepas dalam kelas. haha. sangat kelakar kan.  Eh! i tak da pengalaman tragis macam tu ye . 


Nak dijadikan cerita, dari pukul 8.00pagi sampailah i balik pukul 2.00petang seluruh Taman Puteri Wangsa terputus bekalan elektrik. Off course lah Sekolah Kebangsaan Taman Puteri Wangsa termasuk dalam senarai jugak. Homaaiigoood!! gelap, panas, basah ketiak, terhidrat, kering tekak . 


Yang paling best mestilah part adegan menangis, meraung nak ikut mak ayah balik . sangat kelakar hokey! satu sekolah bergema dengan bunyi kanak-kanak menangis . Ibubapa pun bukan main ramai di sekolah menghantar dan temankan anak-anak kesayangan diaorang kat sekolah. mungkin esok dah berkurang jumlahnya . Biasalah first day kan, masing-masing tengah semangat. 


Itu jelah pengalaman 4 Januari 2012 . Eh terlupa pulak, hari ni gelapkan dua tahun i bergelar cikgu . Yeaayy!! tepuk tangan untuk diri sendiri  pap pap pap . Okey cukuplah update belog, cikgu nurul syuhada kena siapkan rancangan mengajar untuk esok pulak .DAAaa~ 




2 comments:

-syira- said...

selamat bertugas akak..:)

ada mokhtar said...

Thanks dear :)