Like, Share dan Menang . Yeaayy!!


Assalamualaikum . 


tak nak cerita banyak-banyak, i cuma nak jemput korang semua join first giveaway anjuran AmHijabs. 

Syarat penyertaan yang sangat mudah. 
1. Like page Amhijabs
2. Like & Share gambar yang kat atas tu. kelik je pada link ni : 

Senang je kan. semua peserta ada peluang untuk menjadi tiga orang yang bertuah menang voucher dari AmHijabs. Tempoh giveaway berlangsung bermula dari 28/11/2011 hingga 3/12/2011. pemenang bertuah akan diumumkan pada 4/12/2011. 


jemputlah 'Like & Share' beramai-ramai ya *_*


rezeki makan free sepanjang cuti sekolah



Assalamualaikum . Hello peeps *_* 

Yeayy!! cuti sekolah dah pun bermula. Macam biasalah semua pelajar dan cikgu pun melompat-lompat dengan penuh keriangan. tapi i baru dapat lompat cikit je sebab cikgu masih kena bekerja sepanjang minggu ni. hujung minggu nanti baru boleh cuti sepenuh. Yeaay!! tak sabar nak balik Kedah ku yang permai. dah sampai kedah nanti baru boleh lompat tinggi-tinggi. 

Asal mula je cuti sekolah, rezeki makan free pun mencurah-curah datang. Alhamdulillah . bukan senang orang nak belanja makan nasi minyak yang sedap kan, sekali seumur hidup tu.  jadi InsyaAllah kalau ada kelapangan i akan menghadirkan diri. 


Okey ni majlis pertama lebih kurang macam pembuka tirai bagi cuti sekolah hujung tahun ni la. Majlis perkahwinan Amoi & Zul . sangat sweeeettt la u'ols.  Geram i tengok tau!  GGrrrggg . hahaha  tetiba meroyan . kepada Amoi & Zul, i doakan korang berbahagia sebagai suami isteri selamanya. 


sedang mengambil aura pengantin baru. konon-konon boleh dapat seru cepat-cepat naik pelamin juga . 


Bukti undangan yang membuatkan i terpaksa membahagikan badan. banyak betul kenduri pada tarikh yang sampai. semua nak berebut hujung minggu kan. 

Majlis sepanjang minggu depan. Utara selatan timur barat kau dapat jemputan. seluruh Malaysia gitu. 

Majlis di bulan Disember . 



Selamat makan kenduri *__*


Tutorials Tudung Bawal Dian Pelangi



Assalamualaikum . Fenomena Tudung Bawal Dian Pelangi dah lama sebenarnya, tapi hari ni baru i dapat hidayah nak mencuba sebab terasa kagum dengan kecantikkan dan kejelitaan. lepastu konon-konon perasan nak jadi jelita macam dia jugak la kan. 

memang terpegun la kan dengan kejelitaan dia. gambar dari blog dian pelangi ; dianrainbow


 maka dengan itu proses percubaan menjadi jelita macam Dian Pelangi pun diteruskan dengan mengikut tutorial dibawah : 

tutorial dari blog dian pelangi jugak ; dianrainbow

sekarang tiba-tiba rasa menyesal pulak sebab dah meng anak tirikan semua tudung bawal yang dulu pernah bertakhta di hati. dulu dibuang-buang je, sekarang dah mula menggelabah nak beli baru. Huhh! sangat menyampah dengan perangai sendiri. 

tapi i ada berita baik untuk mereka-mereka yang mengalami masalah menyesal dengan diri sendiri sebab dah   terbuang semua tudung bawal. sekarang AmHijabs ada koleksi shawls bawal (casa cotton shawls) dengan harga yang sangat mampu dimiliki. 20 pilihan warna menarik gitu. 

ni antara pilihan warna yang ada. nak tengok warna-warna lain yang ada kelik je kat sini : AmHijabs . hanya rm15 sahaja. 


selamat bergaya dan menjadi sejelita Dian Pelangi *_*


Burung Marah


Lately virus burung marah makin menjadi-jadi pulak kat sekolah i. lagi lah musim honeymoon bila exam dah pun habis kan. masing-masing kemain lagi nak menayang koleksi barangan burung marah diaorang. koperasi sekolah pun time ni jugak la makin rancak jual macam-macam produk burung marah . pensil, pembaris, pemadam, pencil case semuanya nak ada muka cap burung marah. itu belum cerita pasal barang mainan lagi. macam-macam jenis ada. 

berbekalkan tanah liat limapuluhsen dibeli di koperasi, jom tengok apa hasil yang students i buat. 

Hasil kerja tangan murid kelas 4Mutiara . kreatif kan . 


cikgu pulak yang excited lebih-lebih, siap terus upload instagram *_*



Yeay ! dapat pindah .


Assalamualaikum. hari ni i yakin sangat suasana di dalam bilik guru setiap sekolah mesti kecoh dengan  result EGTUKAR. Ala, sistem permohonan pertukaran guru secara online. katanya result keluar 14Novermber nanti. tup tup dah hari dah boleh check. wow! i sangat kagum dengan kepantasan result keluar. 

tapi tu bukan isunya. isunya sekarang masing-masing sangat teruja nak tahu siapa yang dapat berpindah. soalan "kau dapat pindah tak?" sangat popular hari ni. dari pagi sampailah sekarang. dan rasanya cerita berkaitan pindah memindah ni mesti terus popular sepanjang minggu ni. 

Actually i pun gatal-gatal tangan isi form ni jugak hari tu. tujuan asal cuma nak belajar cara isi ja. Haha . boleh pulak macam gitu kan. kalau tahu dek orang yang betul-betul perlu pindah mesti rasa sakit hati je kan. So, apa keputusannye ...  

jeng . jeng . jeng 

.
.
.
.
.
.


hahaha . memang sah tak dapat la. alasan tak kukuh langsung. 

masa mula-mula dapat result macam ni i rasa biasa je. sebab i memang belum bersedia nak pindah lagi. kat sini i ada kawan-kawan, housemate yang best . tapi sekarang tiba-tiba rasa sedih. kenapa ? sebab kawan-kawan yang best tu akan tinggalkan i sorang diri . sorang dapat pindah ikut suami. sorang lagi dah sewa rumah lain, bila suami tak ada je dia boleh temankan i. yang sorang lain pulak akan kahwin dah memang dah sah la akan keluar dari rumah. Now tinggal i sorang je . 

Think positive Syida! Be cool! rezeki i ada kat johor lagi buat masa ni. patah tumbuh hilang berganti. nanti mesti i dapat kawan baru kan. okey nak sambung tadah air mata dalam baldi. hahaha . 

cerita aidil adha yang basi disebabkan connection yang hampeh



tak kira nak jugak cerita pasal aidil adha walaupun dah start kerja hari ni. tak rasa bersalah sangat cerita kisah aidil adha ni sebab daging qurban pun belum habis masak. banyak lagi dalam freezer kat rumah tu. 




Assalamualaikum . Syukur Alhamdulillah dipanjangkan usia lagi menyambut aidil adha kali ni. Syukur juga dapat beraya dengan keluarga tahun ni. sadis bila mengenangkan last year i terpaksa beraya diperantauan tanpa masakan enak air tangan mama. haha. perantauan la sangat padahal dalam Malaysia je jugak . 

Terus terang i cakap kemeriahan aidil adha memang tak sehebat aidil fitri. memang dah jadi budaya kita semua agaknya kurang merasai dan meraikan kedatangan aidil adha tu. kalau tak disebabkan tercatat dalam kalendar mungkin kita pun terlupa bila tarikh aidil adha. tak payah cakap orang lain la, i sendiri la yang selalu macam tu . mungkin disebabkan kurang penghayatan. banyak lagi kena diperbetulkan dalam diri ni. 

macam biasa, tahun ni selepas selesai solat sunat hari raya kami sekelurga bermaafan then bersiap-siap balik ke kampung. ala perjalanan cuma sejam je pun. ziarah kubur arwah tok & wan sebelah mak kemudian ziarah rumah pusaka yang dah sangat usang . sayu hati bila teringatkan arwah tok & wan. Al-Fatihah buat mereka . 




Dan seharusnya ada sekeping dua gambarajah berlatar belakangkan sawah padi menghijau dibelakang rumah pusaka. Manalah tahu nanti boleh tunjuk pada anak-anak cucu i bila diorang terjebak dengan kes jakun tak pernah tengok sawah padi. 

Okey dah selesai bergambar di sawah padi kami pun bertolak ke kampung sebelah abah pulak. seterusnya bergambar berlatar belakangkan pokok getah.. motifnya masih untuk ditunjukkan pada anak-anak dan cucu cicit sekiranya berlaku kes jakun sebegini "nenek, pokok getah tu tinggi tak?" . jadi nenek ini pun mengeluarkan ipad dan terus menunjukkan entry ni kepada cucuku. "ha! macam ni la ketinggian pokok getah, sayang. jauh berbeza dengan ketinggian nenek-nenek sedaramu". see! sangat bergunakan gambarajah ini semua. 


sangat bertuahkan i dilahirkan dengan dua persekitaran berbeza. disebelah mama dapat hidu bau lumpur bendang, disebelah abah pulak dapat hidu bau getah. walaupun tertusuk ke dalam hidung tapi semua tu bau duit hokey . 

okeylah tu la serba sikit update terkini. sekian, terima kasih. 


siapa suka menutup aurat sila 'Like' AmHijabs

Assalamualaikum . Dimulakan dengan kalimah suci Bismillahirahmanurahim . 

Hye semua ! Dengan rasminya hari ni i mencanangkan kepada semua terutamanya kaum hawa bahawa i dah maju setapak . Eceh, ayat tak nak kalah gitu . No! No ! bukan berpindah ke Setapak, tapi melangkah sedikit luas dari biasa . 

Okey tak nak mengarut panjang lebar, i cuma nak announce bahawa dengan rasminya i dah create FanPage AmHijabs . AmHijabs ? apa tu ? Mai-mai dekat i tunjukkan . 


Dengan rendah hati i menjemput kalian untuk melawat dan membeli belah  di  AmHijabs dan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyokong kami yang baru-baru nak belajar bertatih ni . 

I tayang sehelai dua shawls yang dijual ya . selamat mencuci mata & selamat membeli belah ^_^

Ruffle Shawls 

Satin Shawls 

Dijamin cantik & murah tau . hanya  Rm12 . Kalau berminat jemputlah ke AmHijabs