Tanjung Piai Resort


Assalamualaikum . 


Ingat lagi tak teaser percutian pendek i dalam entry sebelum ni? okey dah tau korang tak ingat sebab dah berkurun pun cerita tu. So sekarang i nak buat review sikit pasal tempat i menginap hari tu. Manalah tau review i ni dapat membantu sikit sebanyak pada korang yang tengah pening-pening lalat tak tahu nak menginap kat mana bila ke area Kukup, Pontian Johor. 


Taraaa!! presenting 'Tanjung Piai Resort'. 
Macam ni lah rupa paras entrance Tanjung Piai Resort . Resort atas air hokey .


i dengan housemate pilih family room. ada dua bilik dan 1 bilik air. dalam dua-dua bilik ada air-cond. Rate untuk family room ni RM200. Bilik air luas tahap boleh masuk 3 orang sekali. ^-^ 

Pilihan bilik lain yang ada lebih kurang resort yang lain. Twin sharing room, standard room, superior room, dan dorm. Rate untuk standard room cuma Rm150. 


sekarang layan gambar persekitaran resort pulak ye . 


kat sini la Family Room yang i tidur .

Housemate i tengah berjalan-jalan mencuci mata melihat pemandangan sekitar resort . actually kitaorang baru lepas bersarapan je tu. sarapan pagi termasuk sekali ye dalam pakej sewa bilik tu. 






Antara aktiviti yang korang boleh buat sepanjang stay kat resort ni adalah memancing, paint ball dan karaoke. selain tu boleh jugak adakan jamuan untuk apa-apa majlis kat sini. waktu malam pulak resort ni penuh ja dengan kaki pancing. banyak lah agaknya ikan-ikan kat sini . 


Lobi resort  

Jetty nelayan 

Okey dah check out. jom balik. Alhamdulillah percutian pendek kitaorang mencapai matlamat . semua pulang ke rumah dengan perasaan tenang dah tenteram . 


untuk details tentang Tanjung Piai Resort boleh kelik website ni : Tanjung Piai Resort 


Teaser percutian pendek



Assalamualaikum . i masih dalam mood update laju laju malam ni. terus kepada isi tanpa melengahkan jari menaip naip lagi. Aktiviti bercuti di hujung minggu yang amat pendek dengan housemate di Tanjung Piai Resort . 
Objektif percutian pendek ni cuma untuk tidur sepuas hati dan merasa kedinginan angin sepoi-sepoi bahasa. dan kesimpulannya objektif percutian tercapai. 


dua keping gambarajah sedang bersarapan sebagai teaser .

setting self timer yang kurang berjaya . dah lama kot i tak guna camera sony pinky tu sampai dah terlupa cara guna .

Okey yang ni berjaya. dah ingat cara setting self timer . 




*malam ni nak tidur awal sebab tengah merajuk dengan mr ehem yang sangat sibuk sehingga mengabaikan i. selamat malam :))





kelajuan maksima

Hello peeps !  

lagi tiga minit pukul duabelas jadi harus mengupdate laju laju supaya dapat tidur dengan kuantiti dan kualiti yang ideal. tak ada motip langsung pun entry ni cuma melepas gian dah lama tak tekan tekan keyboard laju laju. okey untuk tak nampak kosong sangat entry ni dengan laju laju i cakap cerita-cerita tertunggak yang belum hupdate. 

baca laju laju hokey untuk mood cerita yang lebih berkesan. dua minggu lepas bersukan bersama kanak-kanak  riang ria, seminggu lepas berkenduri kendarat kahwin bersama keluarga bakal suami *ai ceh! gila gatal awal-awal lagi dah mengaku bakal suami. sehari lepas bercuti bersama housemate di pinggir laut yang anginnya sepoi-sepoi bahasa. 


dengan laju-laju i publish entry ni dah terus melompat atas katil . selamat tidur . krogghhh kroghhh 


makluman : entry ni mengambil masa enam minat untuk siap. gagal nampaknya i tidur tepat pukul duabelas.


Asam Pedas Johor Asli


Lagi satu percubaan mencari asam pedas yang sedap sehingga menjilat jari. kali ni cuba asam pedas kat Restoran Anisofea, Taman Mount Austin, Johor . belakang Hospital Sultan Ismail ja pun.

langkah pertama haruslah semak menu dulu kan. pilih mana-mana menu yang berkenan di hati untuk disuap ke mulut .


asam pedas ikan pari ni telah menambat hati i. nah ! amekaw semangkuk. nasib baik share dua orang . memang layan pekena asam pedas yang masam + pedas  berdua-duaan dengan aliana, my housemate.


lagi masyuk bila ada khailan ikan masin dengan telur air. bagi i tu dah kira pakej lengkap la kan.


kesimpulannya i bagi tiga setengah bintang untuk tahap kesedapan, kadar harga dan kecantikkan kedai. kalau dah teringin sangat nak makan asam pedas, boleh la makan kat restoran ni lagi.