Marhaban Ya Ramadhan



Assalamualaikum. Alhadullilah esok dah pun masuk bulan Ramadhan. bulan yang penuh barakah, penuh suci. sekejap je masa berlalu kan. baju raya tahun lepas pun rasanya elok je lagi, dah kena mencari baru raya baru pulak untuk tahun ni. ishh! Ramadhan pun baru nak menjenguk esok, dah pun fikir pasal baju raya. fitrah manusia. manusia macam i la tu. 


Marhaban Ya Ramadhan
bulan di mana nafas kita menjadi tasbih,
tidur kita menjadi ibadah,
amalan kita diterima
dan doa kita di ijabah




ruginya kalau tak diambil kesempatan sepenuhnya sepanjang bulan Ramadhan nanti. insyaAllah i nak Ramadhan tahun ni lebih baik dari yang lepas-lepas. dah terlalu banyak peluang yang i dah bazirkan selama ni. 


yelah, hidup kita kat dunia ni tak ada siapa pun yang tahu lama mana. entah esok lusa dah sampai ajal kita. apa sangat la bekalan yang ada untuk dibawa mengadap Allah swt nanti. tak kan nak bawa dosa yang tak habis-habis digalas tu pulak kan. 


kalau pun Allah swt panjangkan umur kita, mencari keredhaan tu kan yang terbaik. segala nikmat yang diberi kita guna sampaikan kadang-kadang kita terlupa nak bersyukur dengan nikmat yang ada. yang tak bestnya siap buat dosa pulak tu menggunakan nikmat yang diberi. sekali lagi, fitrah manusia macam i la tu. 


bila diri ditimpa musibah mula lah mempertikaikan kenapa itu, kenapa ini, kenapa, kenapa. yang sebetulnya kena pertikaikan tahap solehah diri sendiri. setebal mana iman pada Allah swt. sejauh mana ingatan pada Allah swt. sekuat mana amalan pada Allah swt. oh tipisnya segalanya. Allah swt cuma nak memberi ingatan tentang kebesaranNya pada kita. 


bukan niat nak merubah diri sampai tahap berpurdah bagai ala-ala waheeda wahsini tu. i menulis macam gini hari ni sekadar berkongsi rasa nak mencari keredhaan Allah swt dalam hidup ni. sekadar nak mengingatkan diri sendiri betapa kerdilnya i disisiNya. so, kesempatan Ramadhan yang akan sampai esok harapnya dapatlah i manfaatkan dengan baik. 


"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang yang benar-benar berpuasa. dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. hapuskanlah dosaku, wahai Tuhan sekalian alam. dan ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa" amin...


selera senibong seafood



Assalamualaikum. 


okey,jom kira berapa hari lagi kita akan sambut Ramadhan. tolak tambah bahagi lebih kurang 5 hari lagi je kan. syukur Alhamdulillah dapat jumpa Ramadhan lagi tahun ni. puasa ganti pun dah beres diganti. 10 hari tu i kena ganti. huiishh sangat menguji ketahanan mental dan fizikal tau. 


sebelum sambut Ramadhan kena la sambut hari raya puasa ganti dulu kan. so lokasi merayakan rasa kesyukuran dapat ganti puasa dengan jayanya walaupun di saat-saat akhir tahun ni kat selera senibong seafood. 



muka berseri-seri tengah menunggu meja penuh dengan makanan. berseri-seri sebab lega dapat habis ganti puasa juga. azam tahun 2011, nak cepat-cepat ganti puasa. tak nak tunggu Rejab dengan Sya'ban baru nak ganti. sampai demam termuntah-muntah la i memaksa diri puasa walaupun tahu diri tak sihat. 


okey, meja dah pun penuh dengan lauk pauk. mari kita lihat apa yang i dengan geng ganti puasa order. 



menu wajib : khailan ikan masin.
saja je kan tayang gambar sayur dulu konon-konon mengamalkan cara hidup sihat. ^-^



udang butter



siakap bakar
disebabkan pari yang kitaorang request dah habis so terpaksa la digantikan dengan siakap. actually siakap tak berapa best la kalau dibakar. pari jugak the best. 



lalalalalalala, okey bukan. lala cili api
sangat sedap. pedas dengan manis bersatu padu



sup daging
ini kegemaran i. sup masam-masam gitu. 10markah lebih untuk batang caleri yang banyak. 



harus la minum sebijik kepala. eh, kelapa. kegemaran i ni. 



bersama geng ganti puasa . cik dayah dan puan aliana juga puan azian yang malu-malu tak nak bergambar 
 ^-^


okey,  i tayang gambar pemandangan kat selesa senibong seafood ni pulak ye. 


i duduk kat bahagian luar restoren. kena angin sepoi-sepoi bahasa gitu



bersebelahan dengan singapura je pun. terasa bahang singapura bakal dikalahkan oleh rimau je esok malam kan. 


terus penuh dengan pelanggan bila waktu malam. 



so, kesimpulannya selamat menantikan Ramadhan dan kepada yang belum habis ganti puasa lagi korang ada masa 5 hari lagi. harap Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan yang lepas. dan insyaAllah mr ehem mesti ajak i berbuka kat senibong lagi kalau ada rezeki berbuka sama-sama nanti ^-^



sarapan pagi di bandaraya melaka


Assalamualaikum. selamat pagi! 


yang kat atas katil lagi tu cepat bangun. haisshh tak elok bangun lambat. rezeki susah masuk. bangun! bangun! tiba-tiba je pulak i jadi ala-ala watak mak-mak dalam tv kejut anak bangun kan. i jeles hokey dengan korang yang telah sedap membuta. i terpaksa bangun awal hari ni. terkorban hari sabtu yang sepatutnya hari i bergolek atas katil je. 


actually i on the way ke kulai sekarang. entri ni i tulis semalam. saja post pagi ni sebabnya nak cakap pasal breakfast kan. tak kan i nak post pukul 11.04 malam. tak sesuai dengan mood gitu. kisah breakfast ni pun bukannya yang latest. lama jugak la i peram. dah tahap menetas dah pun agaknya.




di suatu pagi yang sejuk-dingin selepas bangun tidur, perut sibuk la melalak-lalak lapar. so keluar la mencari lokasi nak isi perut. pusing punya pusing, dah lebih kurang tawaf bandar melaka, akhirnya hati tertarik nak bagi tekak ni test makanan kat restoren indori. 

INDORI RESTAURANTS SDN BHD
236 & 237 JALAN MELAKA RAYA 1
TAMAN MELAKA RAYA
75000 MELAKA

nah alamat lengkap i bagi tu.


 nyum nyum! 
tayang gambar nasi lemak dulu. kalau kat skrin korang tu boleh keluar bau, harus dah terjongket hidung penyek korang tu.


lemak nasi tu memang terasa. sambal pun not bad. tapi yang buat i rasa kureng sikit ayam goreng berempah tu kecik sangat. macam kedekut la pulak tokey restoren ni.


okey ni menu seterusnya. 


dan yang seterusnya.


amboi bukan main banyak makan. tak kan makan sorang diri order sampai 3 menu. off course la bukan i sorang. i dengan insan-insan tersayang.



 #cik farah

 nak i kenalkan jugak ke yang ni?

#mr ehem


overall restoren ni bersih. i bagi 3 bintang untuk rasa makanan kat restoren ni. harga pulak mahal sikit la. tapi biasa la taste setiap orang tak sama kan. maybe menu yang i pilih tu bukan menu favorite restoren ni kan. i pun baru sekali je makan kat situ. INDORI RESTAURANTS. kelik la pada link tu kalau nak tau lebih pasal restoren ni. 




apa akan jadi kalau bukan zahiril adzim yang jadi daim

juvana memang drama terbaik! gila cemas tadi. dup dap dup dap. terjerit-jerit i panggil nama DAIM dengan CIKGU ARIFFIN. nama yang lain pun i jerit jugak. tapi daim dengan cikgu ariffin lebih la dari yang lain. standard deskriminasi wajah la kan. * betul ke i eja perkataan payah nak sebut tu?


pastu kan tetiba je rasa nak masuk dalam tv lepas tu bagi idea kat budak-budak juvana tu belasah guard tu awal-awal lagi. setakat dua orang guard je kan. awal-awal lagi dah boleh balun. haiiya!! sangat drama! 


yang i geram tu, mana pulak la menghilangnya mak cik kantin dengan nadia tu. dah puas bertikam-tikan siap polis dah datang baru muncul. tak kan keluar shopping kot. benci tau! sekali lagi; sangat drama! 


apa-apa pun drama juvana terbaik! tahniah kepada semua yang terlibat. kan best kalau ada juvana II tak pun filem juvana. okey sebut pasal filem juvana kan, jom usha ni dulu :




yeeehuuu!! wajib tengok ni. tapi kan i rasa juvana the movie ni macam kurang best sikit la. sebabnya cikgu daim yang sangat stylo pakai rayban tu dah tak berlakon. ariel zafryl yang pegang watak daim tu nanti. watak cikgu zakiah tu orang lain yang pegang.



hipotesis awal i kalau orang lain yang pegang watak daim dengan cikgu zakiah tu mesti tak best. tapi apa-apa pun kena la tunggu dan lihat dulu kan. lepas tu baru boleh buat kesimpulan. so, tunggu je juvana the movie tu keluar nanti *__*



Langkahku yang rapuh terhadapMu




Opick - Rapuh
 
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


"Wahai Tuhan Kami, berilah rahmat kepada kami dari sisimu dan sediakan petunjuk kepada kami dalam menjalani segala urusan kami"


senangnya menipu

okey i tahu kehebatan Farid menipu Anna memang tengah jadi isu hangat sekarang. status para wanita kat fb memang tengah kecoh memaki menyumpah seranah Farid. termasuk status i jugak la tu. sungguh emosi kan para wanita. ANNISSA buat i rasa nak tolong sepak muka Farid dan Balqis. dan nak tolong cakap pada Anna "kenapa la kau ni ngok ngek sangat?".





tutup la cerita penipuan Farid tu. buat i rasa membara je pulak. tetiba emosi yang melampau. i nak cerita pasal senangnya menipu kanak-kanak ni. kisahnya macam gini :


Murid A : cikgu! cikgu pernah berlakon tak?
Cikgu : pernah
Murid B : cerita apa?
Cikgu : Syurga Cinta
Murid A : ha! betul la. kan betul aku cakap ( dengan muka penuh bangga bercakap dengan Murid B)


muka cikgu terus menjadi ungu disebabkan biru menahan malu dan merah menahan gelak bergabung. apa-apa jelah korang kanak-kanak. cun sangat ke muka cikgu korang ni sampai tak dapat bezakan cikgu ada mokhtar dengan heliza helmi. actually ni bukan kali pertama dialog tu terjadi. dah tak terbilang ye. ehem ehem. tetiba wujud perasaan perasan di sini. ha ha ha. 





nah muka kiut heliza helmi untuk korang kanak-kanak yang sangat senang ditipu *__*



mana followers i?




i pelik la apa kena dengan blogspot ni. i ada 3 soalan yang memerlukan bantuan dari para budiman dan budiwati yang bijaksana. 


soalan 1 - kenapa followers i hilang?

soalan 2 -  kenapa recent comment i pun hilang ?

soalan 3 -  blog i sorang je ke yang jadi macam gini?


benci tau! i baru bersemangat nak menaip-naip luahan hati. patah hati i tau bila tengok followers i yang beribu-ribu tu hilang. beribu zarah hokeh!




tetiba off topic nak tunjuk pelamin kiut yang buat i rasa macam nak bertunang sekarang. ouch comelnye! ouh! ouh! suka ! suka! gambar dicuri dari thephotolicious.



damn! berhenti bermimpi la cik ada mokhtar. :'(




ilmu halimunan kini di kedah

 


 alamak! kenapa ada kepala je ni.. spesis penanggal ke apa ni..??

 hello, apa kes sebut benda-benda seram pulak ni kan. karang bukan korang yang takut nak tidur sorang, tapi diri i sendiri yang takut.. dah tahu diri penakut tapi still gatal nak menyebut benda seram lagi kan. actually ni yang sebenarnya ;




TARAAAA!!!  kembali menjadi manusia setelah berpura menjadi halimunan tadi. 

ni i nak cerita kisah membawa adik-beradik belajar ilmu jadi halimunan kat Pusat Sains Negara. yang cantik dan semolek-moleknya i tak payah nak mengeluarkan kos yang tinggi nak membayar tol dengan minyak. sebabnya kat Kedah pun dah ada Pusat Sains Negara.


tengok si kecil mimie pun sibuk nak jadi halimunan jugak.


untuk orang-orang Kedah dan Perlis sila la bawa anak-anak berkunjung ke Pusat Sains Negara Wilayah Utara. lokasinya kat Gunung Keriang. ala kat sebelah Muzium padi. tak jauh pun dari Alor Star.


i pun sebenarnya baru je tahu kat Kedah dah ada Pusat Sains ni. macam kurang je promosi pasal pembukaan Pusat Sains ni. nasib baik mimie yang bagitau. itu pun sebab cikgu dia yang bercerita. masa mimie ajak pergi Pusat Sains ni, i boleh je ragu-ragu wujud ke Pusat Sains ni. tawakal je masa drive pergi sana. tak sangka pulak memang betul-betul wujud.


okey, tuan-tuan dan puan-puan sila la memeriahkan suasana di sana ye. nanti i sambung cerita untuk part 2 pulak *__*. i nak memBERSIHkan rumah pulak ni. chow!