patah hati



kecewa

frust

menonggeng

patah sudah hati 

berkecai

berderai

ibarat permata jatuh ke tanah




kenapa?

kenapa?

kenapa?


KENAPA SEMUA RESORT KAT PULAU TIOMAN, PULAU SIBU, PULAU BESAR, PULAU PEMANGGIL. PULAU AUR, MERSING  DAH FULL BOOK!


BENCI TAU! i dalam mood yang tersangat sedih sebab tak dapat pergi bercuti kat pulau-pulau hujung minggu ni. terpaksa la merayau area JB je nampaknya. SEDIHNYA! huk huk huk 




balik-balik jusco, bazar jb, shopping mall. BOSAN! tapi tak pa lah, masih boleh tersenyum sikit sebab mr ehem mengofferkan diri tamankan i hujung minggu ni. 







p/s : anda semua dijemput join  BEST OUTFIT CONTEST



Makan-Makan @ Lerk Thai





hello semua =)  


dipendekkan cerita, ini adalah cerita tekak yang seleranya sangat mengada-ngada mengalahkan ibu mengandung. kisahnya bila tiba-tiba terasa mahu makan benda masam-masam. jadi misi mencari kerabu mangga bermula.  



selera mengatasi segalanya. sanggup je berbaju kerja ke hulu hilir dalam bangunan jusco tebrau. sanggup jugak korbankan masa tidur lepas balik kerja. yang paling penting sanggup jugak atasi masalah purse yang nipis. ha, bukan main lagi kan pengorbanan demi kerabu mangga. 


 


memang original dari thai ni. kalau nak berubah selera dari restoren masakan thai yang biasa-biasa tu boleh la datang sini. memang ada kelas gitu. waiter speaking english ye bukannya kecek kelate. interior design yang simple but really nice. i suka. terasa tenang je.



tapi setakat tengok interior design bukan boleh kenyang pun kan. okey, mari-mari tengok menu yang geng merayau lepas kerja ni order. 



ini menu-menu untuk tiga orang makan. terdiri daripada pengidam kerabu mangga. kerabu mangga dengan udang sesuai untuk orang yang tengah berdiet karbohidrat. kueteow sesuai untuk orang yang sentiasa lapar sepanjang masa tapi tak jugak membesar macam i. menu soon goreng pulak untuk yang nak berdiet tapi tak tahan lapar. Eh, betul ke i eje soon tu ek? buat-buat paham jelah ye. 


delicious! i suggest restoren ni kat korang. kerabu mangga yang best. masam dan pedas berpadu gitu. 




muka puas dapat habiskan duit makan kat restoren bukannya warung.



Di Mana Joe Jambul





ingat lagi tak gameshow di mana joe jambul? memang faveret i la dulu melayan gameshow ni.


bagus tau cerita ni untuk jadi medium mengajar kajian tempatan. teruk sangat pengetahuan budak-budak sekarang bab-bab kajian tempatan.


p/s : dah namanya pun cikgu, sepanjang masa nak kaitan apa-apa dengan budak-budak kat sekolah kan *__*

seni menggulung kertas


Assalamualaikum.


sebelum bercerita nak tayang-tayang hasil kreativiti yang sangat comel lotey.

gambar pertama

gambar kedua


comel kan. harap mr ehem terharu biru berbunga cinta la bila dapat kad yang ada patung comel lotey ni. patung cikgu lelaki pakai kemeja warna favourite dia gitu. lokasi perkenalan dengan si jantung hati di MPBP (Maktab Perguruan Batu Pahat).


jeles betul dengan orang yang kreatif. i memang tak pernah terfikir langsung nak gulung-gulung cebisan kertas macam gitu. memang sejak azali dilahirkan tak kreatif kan. nak mengharapkan i dapat buat kad yang sangat comel macam memang tak mungkin la. so alternatif terbaik, tempah jelah. terima kasih sesangat kepada cik moon yang sudi menggulung segala kertas-kertas kecil ni sampai jadi gambar yang sangat comel.


sangat suka dengan kad yang cik moon buatkan khas untuk mr ehem.  okey, jom usha hasil kerja tangan kreatif cik moon  yang lain. 



 cantik kan. sangat kreatif seni quilling ni kan. nanti nak suruhkan cik moon buat kad untuk birthday insan-insan tersayang bulan 5 nanti la. ramai betul yang sambut birthday bulan 5 nanti. *__*


cikadamokhtar BEST OUTFIT CONTEST




hye peeps *__*  

jom join contest belog cikadamokhtar. 


cara penyertaan: 

@ buat satu entry yang simple bertajuk "BEST OUTFIT CONTEST ". 
@ upload gambar korang yang dipertaruhkan.
@ linkkan entry tu di sini. 
@ inysaAllah i akan jenguk link korang secepat mungkin. dan i akan copy gambar korang untuk diupload dalam album "BEST OUTFIT CONTEST"  fan page blog adamokhtar.

tak ada belog? jangan risau. korang dialu-alukan jugak untuk join contest ni. caranya :

@ boleh join melalui facebook.
@ kelik LIKE di fan page blog adamokhtar
@uploadkan gambar korang dalam fan page i. nanti i akan uploadkan gambar korang dalam album "BEST OUTFIT CONTEST". 


semua peserta boleh tag sesiapa saja dan boleh promote link korang untuk LIKE gambar korang. 


pemilihan pemenang:

 i akan pilih dua orang pemenang berdasarkan : 
@ seorang berdasarkan kesedapan mata i memandang.
@ seorang lagi berdasarkan jumlah "LIKE" paling banyak. 


tempoh contest :

@ masa menghantar penyertaan :17/4/2011 - 16/5/2011**
@ masa mengundi : 17/5/2011 -  25/5/2011**
@ **bergantung kepada sambuatan



senang je kan caranya. mari la join beramai-ramai. hadiah misteri  menanti. tapi, kalau tak mendapat sambutan langsung, terpaksa la i batalkan contest ni. *__*'



contest


InsyaAllah malam ni akan dilancarkan contest pertama anjuran belog cikadamokhtar. 






nota cikadamokhtar: 
entah ada ke tidak manusia yang nak join. diharap mendapat sambutan la ye. *__*. mari join ramai-ramai. 

manusia normal memang mengerikan



AAuuuuuuu!!! akhirnya i sudah menjadi orang yang normal. alien kah i sebelum ini? datang dari planet asing kah?


agak mengerikan rupanya bila dapat rasa pengalaman jadi orang normal. sebelum ni terhegeh-hegeh sangat asyik merungut kononnya terigin nak jadi macam orang lain. tu la kan selalu sangat merungut tentang tubuh badan sendiri.  badan kurus kering lah, jumlah kilogram yang terlalu sikit lah, itu lah, ini lah. 


bagi i, orang yang normal adalah orang yang mempunyai berat yang unggul, body yang sedap-sedap gitu. cantik, menarik, sihat sejahtera je gitu. dan sekarang! akhirnya i sedang menuju ke arah menjadi orang yang normal dengan jayanya. 


tapi!! tiba-tiba i rasa ngeri je dengan semua ni. rasa nak menjerit-jerit je dengan situasi-situasi ni. 

@ terpaksa masukkan 5 helai jeans ke dalam plastik dan disumbat ke dalam kotak.

@ terpaksa masukkan 8 helai baju kurung ke dalam plastik dan disumbat ke dalam kotak.

@ terpaksa melupakan hasrat untuk memakai t-shirt yang boleh menampakkan bentuk perut.

@ terpaksa terkinja, terlompak untuk menzip dan membutangkan kain dan seluar apabila memakainya.

@ terpaksa memakai belt untuk cover bahagian perut yang ..... tak perlu di nyatakan di sini la.

@ terpaksa MEMBELI-BELAH PAKAIAN baru sebab jumlah pakaian dalam almari sudah berkurang.

@ terpaksa KEHABISAN DUIT!



macam ni rupanya perasaan orang yang berat badan dan bentuk badan nya berubah. memang ngeri. i bersyukur sebab i sudah ke arah manusia normal yang tak terlalu kurus dan pada berat badan unggul. tapi bila mengenangkan banyak rombakkan yang i kena buat dalam almari tu, HUH! rasa ngeri pulak dengan kejadian ni.



motif ? perut i sedang membesar!




mencuci mata dan menghabiskan duit




gila jalan-jalan, gila merayau, gila shopping, gila habiskan duit. itu semua sifat i. boleh menggigil tau kalau terperap dalam rumah je. itu baru setengah hari. kalau seharian terperap dalam rumah memang tahap menggelupor la i. boleh tergolek-golek dari tingkat atas rumah ke lantai bawah. okey, itu memang sah gila. 



untuk atasi kegilaan sampai tahap menggelupor hari ahad lepas, maka ligat la otak berfikir nak merayau ke mana. beberapa minit kemudian terkeluar idea merayau berpakej mencuci mata ke pasar kemboja, kota tinggi. lokasi yang sesuai sangat la untuk menghabiskan duit. 




nak mencuci mata sangat kan, nah kau! berubah menjadi alien bermata lalat. 


tengah menahan gelak yang amat sangat tu. kalau lama lagi menahan boleh putus saraf-saraf yang ada. ditambah pulak dengan terpaksa buat muka tak tahu malu depan pekerja-pekerja kedai tu yang tengah menjeling dengan sinisnya. aauuh!! terhiris hati i tau. 




sengaja jauhkan diri dari segala kain-kain yang ada. paham-paham la tarikan untuk mengeluarkan duit dan memberikan pada tokey kedai memang kuat sangat bila berdiri dekat dengan kain-kain tu.




alamak, kepala i tersenget la pulak *__*



siap bermangga kau. sesuai sangat kalau nak mengenakan peragut. mesti peragut datang cari kau balik sebab nak minta kunci mangga tu. 



handbag bermangga lagi. menangis la peragut-peragut lepas ni bila para wanita bawak handbag bermangga ni. tunggu apa lagi, cepat la pergi beli. tapi, jangan sampai tuan sendiri terhilang kunci mangga tu pulak sudah la. tak pasal-pasal menyusahkan diri sendiri tu.



aktiviti mencuci mata dan menghabiskan duit selesai bila i dah berjaya beli kain satin untuk buat shawls satin secara sendirian berhad. tunggu jelah i upload gambar shawls baru i tu ye. tahun bila nak diupload tu tak tahu la. *__*




tips mohon cuti rehat dari bos

Langkah 1 : ambil hp dan sediakan jari jemari untuk menaip msj
Langkah 2 : taip ayat ini "Salam bos yang the best di planet ini, saya kakitangan bos yang paling cemerlang ingin memaklumkan kepada bos bahawa saya terkena hujan yang renyai-renyai petang tadi. dan ini akan menyebabkan saya demam pada esok hari. jadi saya tidak dapat bertugas pada esok hari. diharap bos yang budiman dapat memberi cuti rehat kepada saya pada esok hari.
Langkah 3: search nama bos, dan tekan send. 



beberapa minit kemudian confirm bos korang reply "kepala hotak engkau, tak payah datang kerja terus lepas ni!"



tunggu apa lagi, cepat la bersorak. YES, DAPAT CUTI! 



------------------------------------------------------------------------------------------------------------

okey, i akui hati dan otak i tengah berpadu tenaga memberontak nak cuti lagi esok. sepanjang hari ni i asyik tersalah hari. dari pagi sampai la sekarang, inilah situasi yang berlaku. "hari ni hari sabtu kan, esok hari ahad. so esok cuti lagi kan." selang beberapa jam, "hari ni hari sabtu kan, esok hari ahad. so esok cuti lagi kan". beberapa jam lagi perkara ini terus berulang. 


apa hal nya teruk sangat ni sampai hari pun dah tak ingat. kisahnya bermula begini. 25 tahun yang lepas, lahirlah seorang baby perempuan yang amat comel. namanya cik ada mokhtar. okey, baby comel tu i la. *__*. sepanjang hayat baby comel tu membesar dari kecil sehinggalah berusia 24 tahun, beliau telah melalui kehidupan di mana hari bekerja adalah 5 hari seminggu. terdapat 2 hari untuk merehatkan diri sendiri, merehatkan diri bersama keluarga dan merehatkan diri dari suasana hingar bingar kanak-kanak.


akan tetapi.. setelah berusia 24 tahun, terdapat satu anjakan paradigma dalam kehidupan beliau. beliau harus melalui 6 hari bekerja dan cuma 1 hari untuk berehat. walaupun telah melaluinya selama 2 tahun, tapi ia terlalu sukar. 


otak dan hati beliau harus diformat semula untuk menjadikan beliau dapat setanding dengan budaya baru itu. beliau harus sentiasa menyediakan diri untuk bangun pagi pada hari sabtu, kemudian melayan hingar bingar kanak-kanak. beliau harus memanfaatkan sepenuhnya hari ahad yang kononnya lapang. 


hanya hari ahad dapat digunakan untuk melebihkan waktu tidur, menyiapkan kerja-kerja menanda buku, menaip, membuat bahan-bahan untuk kanak-kanak, berdating, bersosial, keluar membeli belah, mengemas rumah, mendobi dan melipat pakaian, mengiron baju untuk dipakai pada 6 hari berkerja, melayan suami, melayan anak-anak, balik kampung berjumpa ibu dan bapa, juga ibu dan bapa mertua. cukupkah 24 jam untuk membuat semua ini? 



ye, dulu i fikir kerja cikgu senang. kerja setengah hari je. balik dah boleh melayan suami dan anak-anak je. berkerja dengan komuniti kanak-kanak je. kacang je handle kanak-kanak. cuti banyak. boleh menambah lemak bergoyang kaki je dekat rumah bila musim cuti sekolah. gaji banyak. boleh kerja dengan happy tanpa banyak bebanan. 




dan selepas 2 tahun dalam dunia ini, semuanya tak semudah yang disangka. setiap kerjaya ada cabaran masing-masing. 



dan cukup-cukup la merungut. bersyukur la kan dengan apa yang ada. sekurang-kurangnya i tak menganggur je. bekerja dengan ikhlas, dapat pahala tau mendidik anak orang!; ini adalah ayat untuk motivate diri i untuk pergi kerja esok. *__*





sweet gift for sweetheart




Assalamualaikum. 



tengah pening-pening lalat berfikir nak bagi hadiah yang sweet untuk sweetheart korang. mai sini i kasi idea. sure sweet la. i berani potong jari tau kalau tak sweet. wah gitu. bukan main confident dengan idea sendiri. haha *__* habis la i kalau betul-betul kena potong jari. oh no! mesti hantaran i sikit nanti. tetiba, off topic la pulak kan.


sweet gift yang i cakap tu korang boleh cari kat link JBCHOCOLATE HEAVEN ni. macam-macam design chocolate yang dah tentu-tentunya sweet ada kat sini. bukan setakat rupa paras, rasanya pun dah tentu-tentunya sweet. memang boleh menambahkan senyuman kat bibir sweetheart korang tu.



"sweetnye darling i ni, suka tau dapat chocolate". harus la ayat-ayat macam gini akan dilafazkan bila dapat chocolate yang tersangatlah sweeet macam gini kan.


bukan setakat promote kosong je tau ni. dah tiga kali i order chocolate dari JBCHOCOLATE HEAVEN ni untuk insan-insan yang i sayang. first chocolate i order untuk mr ehem. i sangat puas hati dengan chocolate yang diorder tu. good job JBCHOCOLATE HEAVEN! . untuk second dan third order adalah untuk parents tersayang dan adik tersayang.




04.04.84 untuk pasangan abah dan emak sempena ulangtahun ke 27. pemilihan tema warna, apa yang nak ditulis, theme chocolate semuanya boleh request pada owner. untuk chocolate yang ni, semuanya i serahkan pada owner sendiri untuk design. i cuma request words je. i suka hasilnya =)




yang ini pulak untuk my sis yang sudah bergelar graduan. i request warna pink untuk my sis. konon-konon wanita la kan bila warna pink ni. *__*. semua chocolate ni terus dipos ke alamat insan-insan kesayangan i. dan Alhamdulillah JBCHOCOLATE HEAVEN memang menjaga kualiti chocolate. chocolate yang sampai  tetap maintain cantik gitu rupa parasnya walaupun dipos jauh ke kedah dan negeri sembilan.


kalau berminat bolehlah visit facebook JBCHOCOLATE HEAVEN ni. sangat senang berurusan dengan ownernya. harganya pun berpatutan. so tunggu apa lagi. suprise kan sweetheart korang dengan sweet gift ni *__*



with colours, love and trust


Assalamualaikum. 



ahad lepas berjaya jugak i pengaruh housemate i mengikut i mencuci mata di tengah panas kat Car boot Sales, di Lost Malaya. sanggup kau datang tengah panas semata-mata nak balik rumah sebelum malam sebab nak tengok ABP. kuat betul pengaruh ABP. nasib baik la ABP kali ni memang the best. sakit pipi i asyik gelak. 



sambung cerita cuci mata di tengah panas ye. tak banyak gambar yang i ambil sebab sibuk sangat nak tengok kiri kanan, sibuk sangat memilih barang, dah peluh i pun sibuk sangat meleleh-leleh. 



nak jugak kan posing tengah-tengah padang. siap beli minuman penambah tenaga tu. *__*





harus la kerambangan mata nak memilih. macam-macam ada. dah la cantik, murah pulak tu. penuh warna-warni tau. finally, i dapat sehelai dress from the girl next door. housemate i pulak dapat handbag. dah terlupa pulak dia beli kat booth mana.



memang suka sangat bab membeli ni. padahal skirt yang i beli dulu pun belum pakai lagi. entah bila nak pakai pun tak tahu la. i pun sebenarnya baru ingat yang i ada beli skirt masa car boot sales yang dulu. 






surely, i akan datang lagi next time. jumpa lagi *__*




murid-murid ku sayang, kamu ada hak untuk mintak hadiah dari mak ayah kalau dapat no 1 dalam kelas.

Assalamualaikum.


okey, sambung lagi tajuk kat atas tu. kalau dapat no 2, no 3 pun korang masih ada hak untuk mintak hadiah. hadiah, token, reward or apa-apa yang lebih kurang maksudnya ni sangat penting untuk motivate students untuk terus kekalkan prestasi diaorang. sure la rasa bangga kan bila usaha diaorang dihargai. lagi-lagi dari orang paling dekat, parent diaorang sendiri. 


sedangkan wonderpets pun raikan kejayaan diaorang dengan batang saderi, inikan pulak manusia. 



tengok, cikgu pun raikan diri sendiri dengan token yang dibeli sendiri bila dapat siapkan menanda buku latihan students yang riang ria sampai tercarik rabak segala mukasurat. 



setiap students ada level diaorang yang berlainan. i rasa segala achievement yang meningkat patut diberi token. kalau sebelum ni markah mathematics sentiasa dapat 5, tiba-tiba ujian bulan march markah meningkat jadi 25, harus la student tu diberi penghargaan. tak semestinya dalam bentuk kebendaan contohnya hadiah, tapi ucapan tahniah pun dah cukup bermakna tau. kembang kempis bontot diaorang bila kena puji. insyaAllah diaorang akan usaha lagi untuk jadi yang lagi baik.



tapi, kena la beringat jugak. jangan la terlebih manjakan diaorang. karang lupa diri pulak budak-budak ni. yelah, perasan dah bagus, so tak payah study, tak payah nak usaha lagi. ha, yang ni tak patut terjadi. 




 teringat pulak masa zaman i sekolah dulu-dulu, parent i mesti bagi token pada i bila i dapat no 1. sangat seronok beb perasaan tu. kalau boleh tiap-tiap bulan nak kekalkan prestasi tu. tapi tu zaman dulu. pencapaian students diukur dengan kedudukan dalam kelas or dalam tahun. sekarang ni dah tak sesuai nak ukur pencapaian students macam tu. banyak aspek lain yang lebih penting dari kedudukan nombor tu. contoh yang i rasa lagi penting adalah usaha dan sahsiah students tu. aspek-aspek tu lagi penting untuk masa depan diaorang. 




token yang cikgu sediakan untuk murid kelas cikgu yang dapat pencapaian gred terbaik merangkap lulus semua matapelajaran, merangkap berkelakuan baik sepanjang kelas cikgu. tahniah ye sayang-sayangku, keep it on!. next test cikgu tambah jumlah hadiah ye. tu pun kalau pencapaian kamu-kamu meningkat la kan. 




kalau sentiasa dapat markah 0 je pun korang masih ada hak jugak. tapi hak untuk dapat pelempang la kan. tak pun hak untuk dikurang dalam bilik, belajar sampai demam. tersangat berpenyakit malas nak berusaha la tu. 

selamat ulangtahun perkahwinan


Assalamualaikum.


04.04.84 , adapun tersebut la kisah di sebuah kampung 27 tahun lepas yang bernama kampung pida 4. maka, sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad menjadi satu, hidup mati jadi bersama. tiba-tiba pulak adaptasi  intro hikayat merong mahawangsa la pulak kan. *__*. haha.. 



cukup segala perapuan di atas. 04.04.2011 genap la hari ni 27 tahun ulangtahun perkahwinan parent i, encik mokhtar dengan puan zarina. dah 27 tahun rupanya. pejam celik pejam celik je rasanya. ceh! dah macam i pulak yang rasa pengalaman perkahwinan tu. haha..   



sempena ulangtahun perkahwinan ke 27 ni, i sebagai anak mereka yang comel ni harus la menyampaikan sepatah dua ucapan pada mereka-mereka yang i sangat sangat-sangat ni kan. 



kena la lampirkan sekali bukti perkahwinan parent i ni. bukti pertama adalah anak yang comel suatu ketika dahulu yang sepatutnya sekarang sudah memanjang seperti orang dewasa berusia 25 tahun, tapi masih dalam dalam keadaan panjang seorang kanak-kanak comel. 



okey, focus! focus kepada tujuan asal. teruskan dengan ucapan ye. 
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 27, ABAH, MAK.
SEMOGA KASIH SAYANG ANTARA KITA SEKELUARGA TERUS BERKEKALAN DAN BERTAMBAH BERBUNGA. SEMOGA KEHIDUPAN KELUARGA KITA TERUS BAHAGIA DAN DIRAHMATI KE AKHIR HAYAT. SAYANG MAK, ABAH. MMMUAAHH.. 


memang GAGAL betul la i bab mengarang kata-kata ucapan yang sedap. yang paling penting kata kunci ucapan tu adalah I LOVE YOU, MAK, ABAH. 



bukak bonet lagi


jom jumpa kat sana petang esok *__*.