Asam Pedas Claypot Melaka

Assalamualaikum. 


cerita pasal asam pedas lagi kali ni. memang tak dapat disangkal i memang peminat asam pedas. dan seperti telah ditakdirkan bertemu pasangan yang minat asam pedas jugak. maka, asam pedas akan jadi menu yang sentiasa berada dalam kepala. 


aktiviti wajib bila keluar berdating adalah mencari makanan yang sedap. bila dua kepala peminat asam pedas bercantum idea, keluar lah idea "jom makan asam pedas". cantek! laju je langkah kitaorang ke kedai asam pedas claypot. i dah pernah cuba menu asam pedas tetel kat kedai ni dulu masa hangout dengan wan and farah. memang terbaik!! so kali ni cuba dengan mr ehem pulak.



menariknya kat sini, asam pedas diletakkan dalam claypot. tak dapat jumpa tau kat tempat lain. 



set nasi dan asam pedas. ada sayur taugeh, telur masin dan asam pedas claypot. 


i makan asam pedas ikan pari. 



mr ehem pulak makan asam pedas tetel. 


kedai ni tak jauh dari jonker walk. sangat senang nak cari. terus je dari tempat parking kereta jonker walk tu sampai jumpa sign board taman kota laksamana. berdepan dengan kedai asam pedas claypot ni, ada kedai asam pedas pokok besar. i belum pernah try asam pedas kat kedai tu. insyaAllah next time. 



mr ehem kata asam pedas kat sini best! 



Ayun Ayunar My Style Contest





Alamak, i kena post entry ni secepat mungkin sebelum entry i ni di reject. dipendekkan cerita terus upload gambar yang i rasa sesuai dengan tema 'my style'. ini gambarnya :



okey cerita pasal style i ni pulak. i belit pashmina tu dengan sesuka hati dan sesedap rasa je. belit sana, belit sini, then cakap pada diri sendiri "kau dah cun pun!" . i suka style yang buat i nampak cute and sweet. but sometimes i prefer to be simple. depend pada situasi la. outfit yang i pakai dalam gambar kat atas ni masa i chill out dengan kawan-kawan. 


dari kepala sampai ke kaki kosnya berpatutan je. dah macam jual barang la pulak cakap macam tu kan. pashmina, baju, skirt, legging, shoes, semuanya tak lebih dari seratus ringgit pun. kecuali vintage handbag yang i galas tu. itu my mum punya. leather, so mahal la sikit. dia beli 10 tahun lepas. masa tu the store kota bharu, kelantan baru je bukak. dah bertahun-tahun jugak la my mum sorokkan dalam almari sebab dah tak nak pakai handbag tu. out of date katanya. kalau my dad nampak harus la kena bebel. handbag tak rosak langsung tapi dah tak nak pakai. nak dijadikan cerita, tiba-tiba my mum tergerak hati nak keluarkan handbag tu then tunjuk kat i. harus la i terkinja-kinja nak bag tu. terkejut my mum , tak sangka ada jugak yang berkenan handbag yang dia dah malu nak pakai. *__*


dah cukup rasa explanation i tu. *__* Assalamualaikum! 




sabtu dan ahad.


PEACE! 


sedang berada dalam mood sangat happy sehingga dapat mengabaikan perut yang sangat-sangat lapar sekarang. dapat melupakan kesakitan hati tak dapat tidur semalam sebab students buat perangai tak nak tidur semalam. sakit tekak i menjerit suruh diaorang tidur. paham-paham jelah kalau budak-budak bercamping. 


okey abaikan itu semua. mood i begitu happy pagi ni sebab weeeeeeeee *__* . i tengah tersengih dengan muka gatal ni. anda di alu-alukan untuk membayangkan muka i yeng tersengih sampai ke telinga. 





1,2,3,4,5,6,7,8 ............... 
sedang mengira bunyi tek tek tek jarum saat sehingga kereta mr ehem sampai depan pagar muka *__*



jangan bising! nanti cikgu cubit perut tu

Assalamualaikum. ada pertukaran baru nampaknya pada belog i. korang nampak tak? kalau korang selalu jenguk belog i mesti la korang nampak kan. haha.. tiba-tiba perasan cantik konon-konon ada pembaca setia. *__* . okey abaikan ayat-ayat perasaan i tadi ye. kalau korang tak perasan, meh i bagitau. 




ini header terbaru belog i. panas macam goreng pisang baru angkat dari kuali lagi. baru je i upload lebih kurang 5 minit lepas. nampak sangat terlebih excited di situ kan. 


header ni hasil kerja fifi syafirah. terima kasih ye ira, i suka dengan header ni. kalau korang teringin nak tukar header boleh la kelik fifi syafirah ni. sure korang suka hasil kerja dia. dia ada buat promosi tempahan header yang cantik, menarik, tertarik, kau memang deboom. upahnya pun sangat la murah. promosi ni sampai bulan march je tau. so tunggu apa lagi. 



ini pulak header lama i. tetap sayang header ni. gambar i konon-konon sopan la sikit kan kat header ni. header ni hasil kerja weeda. thanks juga weeda untuk header yang buat i terasa agak sopan santun. membuatkan i sentiasa tak sengaja terfikir i ni perempuan melayu terakhir. dush!! statement sangat menyampah je kan. *__*



sekian update tentang header belog. mahu mandi dan mahu kembali ke sekolah untuk menghalau students yang tengah camping untuk pergi mandi jugak. *__*




Pasir Puteh Seafood Restaurant





Assalamualaikum. selamat ke segmen jalan-jalan cari makan. okey, apa motifnya gambar i yang kat atas itu. gambar tu menandakan ini segmen jalan-jalan cari makan ini bersama i bukan bersama pengacara baru JJCM si  Qi. 




lokasi makan seafood yang enak. Pasir Puteh Seafood Restaurant. terletak kat Pasir Gudang, Johor. serius i tak ingat nak bagi direction ke tempat ni. belok kiri, belok kanan, belok kiri. memang i tak dapat ingat. Maci yang bertanggungjawab kenalkan tempat ni pada i. 


tempat ni lebih kurang macam Restaurant Senibong. syurga segala makanan laut. makan la sepuas hati sambil melayan bunyi boat nelayan plus ombak. harus la berpakej dengan angin sepoi-sepoi bahasa.


pemandangan restaurant. 




pemandangan manusia-manusia kuat makan. 




sudah je makan korang boleh turun ke kawasan rehat kat bawah. elok sangat la kan bila perut dah kenyang pergi bergoyang-goyang kat bawah. best melepak kat bawah ni, kena angin. feeling layan perasaan lima enam minit. nasib baik tak terkeluar segala isi perut. 




dah bayar, jom balik *__*



karangan cinta murid tahun 1

Assalamualaikum. 


jom baca hasil rampasan surat cinta ketua dan penolong ketua darjah. kawan i Adila yang mengantoikan merpati dua sejoli ni tadi. sila percaya yang kanak-kanak lelaki dan perempuan ini baru berumur 7 tahun ye. 


menggatal betul merpati dua sejoli ni. waktu cikgu tengah mengajar, boleh pulak diaorang main passing kertas tulis mesej cinta. bila dah kantoi, mula la keluarkan babak air mata. saat terindah bila boleh gertak diaorang ni dengan ayat "cikgu bagitau mak ayah kamu". 





sambungan pada muka surat belakang :



satu bilik guru kecoh bergelak bila baca surat cinta budak yang belum akil baligh ni. apa-apa pun tahniah kepada cikgu BM diaorang. pandai diaorang ni berbalas surat cinta. advance kau dah boleh buat karangan jenis dialog. hahahaha *__*


sangat merancang masa depan kan diaorang ni. nak kahwin umur 20 tahun. cikgu yang dah umur 25 tahun ni pun belum fikir pasal kahwin. okey, cikgu tipu. dah fikir sebenarnya. tapi jodoh belum sampai *__*. 


kembali ke kisah murid itu ye. tempat berdating kat taman. bagus pemikiran diaorang ni, nak jimat kos tak payah tengok wayang. paling best, makan biskut harimau je. kau tahu tak biskut apa tu.. ? ala biskut tiger tu. saving kan. tak payah membazir berdating macam cikgu. makan tak beragak. asal dating je nak makan kat kedai mahal. i got it! patut la sampai sekarang cikgu belum kahwin. cikgu tak merancang masa depan macam diaorang ni masa darjah 1 dulu. 



senyum tak nampak gigi



Assalamualaikum. 


dah lama betul i tak join apa-apa contest padahal selalu je kena tag. sorry la ye mereka-mereka yang tag i. i sememangnya nak sangat buat entry join contest yang ditag tu. tapi apa kan daya. penyakit MALAS i ni membuak-buak. 


telah sampai nur pada i nak join contest kali ni. haha. telah kembali ke hobi i. memang suka sangat bab-bab join contest ni. memeriahkan segala contest yang ada *__*


contest ni cik muazatul adawiyyah yang anjurkan. dah ramai betul yang join. sangat meriah. cara nak join tersangat la senang. tak payah nak buat entry panjang berjela. no slogan, no copy paste banner. mudah kan. harus la join kalau dah mudah macam gitu.



ini gambar i ye *__*



lima orang yang i tag memeriahkan contest senyum tak nampak gigi:
cik ciima
anies
bakal adik ipar
senja
moonah






bercuti di Salak Denai Chalet



Assalamualaikum.


I nak kenalkan lokasi best yang ada kat Yan, Kedah. off course la memperkenalkan tempat sendiri kan. biasa la kan kalau datang wabak rindu kampung halaman, mula la nak cakap pasal kampung halaman je.  




Okey, jom  ke Salak Denai Chalet. lokasinya kat Jalan Peranginan Batu Hampar. jangan risau, bila dah sampai kat Yan, banyak je signboard nak ke Batu Hampar, so follow je signboard tu. nanti korang akan jumpa signboard Salak Denai Chalet ni. 


apa yang menarik kat Salak Denai Chalet : (kelik facebook Salak Denai Chalet)


dah nama pun Salak Denai Chalet, so konsepnya kekampungan gitu. rumah kampung, interior design kampung, suasana kampung. segalanya kampung la. keadaan sangat sunyi, tenteram, damai dan penuh privacy. sangat bagus la untuk tenteram jiwa. 

Ada beberapa jenis chalet disediakan disini. Harga setiap chalet bergantung kepada keluasan dan kemudahan yang terdapat dalam chalet tersebut. Selain chalet, kemudahan dorm pun disediakan. 



Chalet Siti Safiyyah . 



Chalet Siti Khadijah .



yang ni pulak Chalet Siti Fatimah. setiap chalet lengkap dengan tempat tidur, tempat memasak dan kolam. no sharing ye.  so kalau korang book salah satu chalet ni korang dapat menggunakan segala tu dengan sangat puas hati. best tu setiap chalet ada kolam sendiri. tak payah nak malu-malu meow berkuak sepuas hati dalam kolam. 


Memang sepuas hati la kan bermain air memandangkan setiap chalet ada kemudahan kolam sendiri. harganya pun sangat la berpatutan. kalau setakat nak mandi manda boleh sewa untuk setengah hari. harganya RM60. kalau nak bermalam kat situ boleh sewa sehari semalam. harganya RM80 je. Ini rate bagi Chalet Siti Fatimah. murah kan *__*


kepada mereka-meraka yang ada sedara-mara kat Yan yang berniat nak mencari homestay or chalet boleh la book menginap kat Salak Denai Chalet ni. boleh tahan meriah jugak Daerah Yan ni bila musim cuti sekolah. maklum la banyak majlis perkahwinan, so ramai la kerabat dari luar nak mencari tempat tinggal. 


untuk maklumat lanjut boleh check sendiri kat website Salak Denai Chalet. selamat bercuti :)




MIDDLE OF THE ROAD - SOLEY SOLEY 1971

Tips menjadi follower

Assalamualaikum. 


i sangat menghargai mereka-mereka yang sudi follow belog merapu entah apa-apa i ni. Ceh! cara tulis macam la follower dah mencecah ribu riban lemon, padahal boleh kira dengan jari je. tiba-tiba je terasa feeling ala-ala ramai orang suka. dush!! statement menyampah pernah dikeluarkan oleh i kan. sumpah, i tak keluarkan statement ni lagi.



biasanya bila i nampak ada follower baru, i akan cepat-cepat kelik follower tu then i akan menjenguk blog dia. biasa la jumlah follower sikit, boleh la perasaan pertambahan follower baru walaupun seorang. i sangat paham situasi blogger glamor yang ada beribu, juta follower. mana la nak perasan pertambahan follower baru. pening tau bila nampak angka-angka yang banyak. kau setuju tak? 



kembali ke kisah belog i, bukan belog blogger glamor. semasa dalam proses i kelik follower baru i tu, tiba-tiba i tersangkut dalam masalah. 


cuma ini je yang keluar. cuma ada nama belog tapi tak ada links belog tu. dush!! macam mana i nak merayap ke belog orang tersebut kalau tak ada links. i pun menangis kesedihan kerana hasrat i nak melawat follower i itu terbantut. okey, part ni cerita tipu je *__*




ha ini la contoh follower yang bagus. haha. mengambil contoh diri sendiri pulak. sungguh gila kuasa dan gila glamor. tapi habuk pun tak ada. *__*  Links tu penting untuk membolehkan i melawat korang. budaya ziarah menziarahi tu kan amalan mulia. bila dah menziarah boleh la i jadi follower korang pulak. 



kepada mereka yang tak tau macam mana nak mewujukkan links tersebut, mai sini i ajarkan. follow je langkah kat bawah ni =)



pernah nampak page ni? harus la pernah nampak kan. kalau tak macam mana u follow i. okey, pergi kat MORE OPTION tu. kelik ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. 



maka ini akan terkeluar. sekarang kelik kat ADD LINKS tu pulak. masukkan kan url belog korang dan nama belog korang. dah pun siap. ha sekarang teruskan mengelik FOLLOW. tak lama kemudian i pun akan menziarah belog korang. 



sekian terima kasih *__*






Festival Layang-layang






ha macam mana.  kan ikan di laut boleh terbang, bukan setakat masuk dalam kuali bertemu dengan asam je. ini la hasil yang i dapat kat pasir gudang kite festival 2011. suka betul i dapat tengok layang-layang besar ni terbang kat langit. 


i suka suasana melepak kat padang, dongak ke langit nampak benda-benda cantik. wah, tenangnya. kalau boleh tiap-tiap hari i nak melepak kat padang lepas tu dongak ke langit. dapat tengok awan je pun dah cukup. tapi sayang, tak ada siapa pun nak teman i buat macam gitu. nak pergi padang sorang-sorang rasa macam orang tengah meroyan putus cinta pulak. 



pemandangan dari luar pagar. masa layang-layang besar ni dilepaskan seluruh kawasan padang dipagar. so kitaorang dapat tengok dari luar pagar jelah. 





gambar-gambar dari luar pagar. episod jejak kasih bersama geng cikgu sejohor. lupa pulak, bukan geng cikgu je tapi sekali dengan baby kiut, UJ. UJ stand for Umar Jailani. nice name right. tak sangka kan i dah jadi untie. haha. tiba-tiba rasa dah tua pulak. 


then bila layang-layang besar dah mula diturunkan, berduyun-duyun manusia masuk ke padang. termasuk i la tu kan. 








suasana di tengah padang yang penuh dengan orang dan layang-layang kecil beterbangan. sangat best! next year i nak pergi tengok layang-layang lagi. InsyaAllah *__*



Pasir Gudang International Kite Fest


Assalamualaikum!!



update pendek sementara menunggu Tubish bersiap. betul-betuk janji melayu, tadi kata pukul 3.00 petang terus gerak. then bila dah pukul 3.00 petang tiba-tiba cakap pukul 3.30 petang pulak. haissshh!! i dah siap pun ni. kan dah sempat update belog ni. 


jom pegi tengok layang-layang *__*




anak yang selalu tak hantar buku, tapi cikgu yang kena marah



Assalamualaikum,  Salam Sejahtera . 


sangat sibuk dua tiga minggu ni. macam-macam kerja nak kena siapkan. terbaru yang belum i siapkan sepenuhnya adalah aktiviti menghantar buku tulis kanak-kanak kesayangan i kepada guru penolong kanan. agak terhegeh-hegeh i kumpul buku kali ni. mana tak nya, tersangat la banyak kerja lain yang i kena settle kan. alhamdulillah dah siap segala urusan Larian Perdana Mahkota, jadi sekarang dah boleh fokus kumpul buku tulis semua kelas yang i ajar. 




sempat pulak la kan pose senyum-senyum walaupun kerja tengah banyak. i saja je nak upload gambar i pakai uniform KRS. 


bukan senang tau i nak merajinkan diri pakai uniform panas macam gini. sekali sebulan je i akan pakai uniform ni ye. setiap isnin pada minggu ketiga dan setiap hari rabu semua warga sekolah kena pakai uniform. hari isnin minggu pertama i akan pakai uniform KRS, then setiap hari rabu i akan pakai uniform Puteri Islam. suka hati i je kan pakai macam-macam uniform. latest i tengah merangka duit nak beli uniform pengakap pulak *__*


okey, kembali ke cerita menanda dan mengumpul buku tulis students. nasib baik la i ada rak dan meja yang besar tahun ni, so dapat la i menyemakkan rak dan meja dengan segala buku. tahun ni strategi yang i buat adalah setiap kali siap buat latihan or nota dalam kelas, i akan terus kumpul buku murid-murid dan simpan atas rak. strategi ni i buat semata-mata nak mengurangkan penyakit sakit hati bila ramai sangat students yang selalu buat perangai tertinggal buku kat rumah. haissh!! geram betul i dengan perangai asyik tertinggal buku ni. 


paham-paham jelah kan kalau dah tak bawa buku tu mesti la budak-budak ni main je dalam kelas. bila suruh  tulis dalam kertas pulak, harus la kertas tu hilang entah ke mana. macam-macam ragam diaorang ni. dan yang paling menyakitkan hati bila ada parent yang tuduh cikgu tak tanda buku anak diaorang, padahal anak diaorang tu yang sentiasa tak bawak buku. kesian kan, umur muda dah kena penyakit nyanyok. 




rupa paras meja yang baru je i kemas semata-mata takut korang mengucap panjang tengok meja terlalu semak sampai terlindung muka i. 




i dah sediakan macam-macam jenis cop untuk memudahkan kerja i. yang dalam gambar tu contoh dua cop yang i tempah. yang kecik kat atas tu menunjukkan i dah tanda buku students, siap nama i dengan tarikh. cop yang besar kat bawah tu pulak untuk guru penolong kanan dan parents sign, menandakan diaorang pantau buku anak diaorang. 


i ada tempah cop 'bagus' dengan cop 'incomplete, please do' jugak. cop bagus tu harus la sebagai penghargaan pada students yang buat kerja dengan bagus. dan cop yang incomplete tu pulak untuk students spesis malas. 




bila dah siap kumpul dan tanda buku students, i kena rekod nama students yang hantar dan tak hantar buku dalam buku rekod mengajar i. tujuannya memudahkan i untuk kenal students mana yang liat sangat nak hantar buku. selain tu, ini jugak sebagai bukti kalau tiba-tiba ada parent yang meroyan tak tentu pasal kata cikgu malas tak tanda buku anak diaorang. 


alhamdulillah semuanya dah siap. sekarang dah boleh hantar kat bilik guru penolong kanan *__*




penutup cerita ini , tutup buku jom balik. jam dah pukul 2.00 petang ni.