cintailah khazanah alam



Hello peeps ! 

Selamat sejahtera, selamat petang . update kejap sementara menunggu tentang dhia . kemain taksub tiap-tiap hari menunggu tentang dhia. memang pantang kalau keluar pergi mana-mana sampai lewat petang sekarang ni. sebelum pukul 7 wajib dah sampai rumah. 

Disebabkan tentang dhia jugak la dah berkurang aktiviti bercanda bersama dengan adik beradik sepanjang cuti sekolah hujung tahun ni. Memang boleh dibilang dengan jari sangat berapa kali je kami keluar bercanda. 

 Okey, jom ikut kami bercanda di petang yang hening . Lokasi kali ni Candi Lembah Bujang, tempat bersejarah gitu . Dekat je pun dari rumah i. Lebih kurang 20 minit . Disebabkan dah petang kami sampai kat situ, muzium dah pun tutup. tapi kami tak kisah pun sebab dah banyak kali sangat masuk muzium tu. 


Self-timer yang wajib 


Dan motif utama kami ialah nak menenangkan fikiran menikmati panorama keindahan alam ciptaan Tuhan. Subhanallah, tenang sangat bila dapat duduk bertenggek atas batu sambil kaki mencelop-celop air terjun yang sejuk-sejuk gitu . 


adik - adik i yang gilakan camera 


celop-celop kaki dalam air . tak berani nak bergerak aktif sangat, boleh tahan licin batu tu. dah la kemain tinggi kami memanjat batu . 


kaki seluar dah basah nampaknya . mimie pun start membebel "tu la! kan elok kalau kita tukar baju untuk main air" . urrrmmm . . . air setakat paras buku lali je pun. tak da maknanya nak salin baju semata-mata nak main air. 


my pinky mummy bolo-bolo 


baru-baru ambil mood nak bertapa 


pertapaan pun bermula .


Aik! tetiba je geng bertapa bertambah . *_*



Okey sesuai dengan tajuk entry kan . marilah mencintai khazanah alam untuk ketenangan kita bersama. Okey jom balik. tentang dhia dah nak start. 



2 comments:

laskar pelangi said...

wawawawaaaa...cantik gambar tu semua:)

ada mokhtar said...

laskar : thanks ;) gambar guna camera cabuk je pun ;)