Yeay ! dapat pindah .


Assalamualaikum. hari ni i yakin sangat suasana di dalam bilik guru setiap sekolah mesti kecoh dengan  result EGTUKAR. Ala, sistem permohonan pertukaran guru secara online. katanya result keluar 14Novermber nanti. tup tup dah hari dah boleh check. wow! i sangat kagum dengan kepantasan result keluar. 

tapi tu bukan isunya. isunya sekarang masing-masing sangat teruja nak tahu siapa yang dapat berpindah. soalan "kau dapat pindah tak?" sangat popular hari ni. dari pagi sampailah sekarang. dan rasanya cerita berkaitan pindah memindah ni mesti terus popular sepanjang minggu ni. 

Actually i pun gatal-gatal tangan isi form ni jugak hari tu. tujuan asal cuma nak belajar cara isi ja. Haha . boleh pulak macam gitu kan. kalau tahu dek orang yang betul-betul perlu pindah mesti rasa sakit hati je kan. So, apa keputusannye ...  

jeng . jeng . jeng 

.
.
.
.
.
.


hahaha . memang sah tak dapat la. alasan tak kukuh langsung. 

masa mula-mula dapat result macam ni i rasa biasa je. sebab i memang belum bersedia nak pindah lagi. kat sini i ada kawan-kawan, housemate yang best . tapi sekarang tiba-tiba rasa sedih. kenapa ? sebab kawan-kawan yang best tu akan tinggalkan i sorang diri . sorang dapat pindah ikut suami. sorang lagi dah sewa rumah lain, bila suami tak ada je dia boleh temankan i. yang sorang lain pulak akan kahwin dah memang dah sah la akan keluar dari rumah. Now tinggal i sorang je . 

Think positive Syida! Be cool! rezeki i ada kat johor lagi buat masa ni. patah tumbuh hilang berganti. nanti mesti i dapat kawan baru kan. okey nak sambung tadah air mata dalam baldi. hahaha . 

8 comments:

♥e'in♥ said...

cube len kali ea cikgu..

Nurul K said...

takpe syida. nti ade rezki len. =)

EDtv said...

takpe, ko org penting sek. Jgn pindah dulu.. hehe..

ada mokhtar said...

ein : doakan i dpt len kali ye :))

ada mokhtar said...

nurul k :harap gitu la ;)

ada mokhtar said...

ed : hahaha.. penting la sngt kan

onie said...

kalau dapat kawasan pedalaman ?

ada mokhtar said...

onie : menangis la jawabnye.. hehe