rezeki makan free sepanjang cuti sekolah



Assalamualaikum . Hello peeps *_* 

Yeayy!! cuti sekolah dah pun bermula. Macam biasalah semua pelajar dan cikgu pun melompat-lompat dengan penuh keriangan. tapi i baru dapat lompat cikit je sebab cikgu masih kena bekerja sepanjang minggu ni. hujung minggu nanti baru boleh cuti sepenuh. Yeaay!! tak sabar nak balik Kedah ku yang permai. dah sampai kedah nanti baru boleh lompat tinggi-tinggi. 

Asal mula je cuti sekolah, rezeki makan free pun mencurah-curah datang. Alhamdulillah . bukan senang orang nak belanja makan nasi minyak yang sedap kan, sekali seumur hidup tu.  jadi InsyaAllah kalau ada kelapangan i akan menghadirkan diri. 


Okey ni majlis pertama lebih kurang macam pembuka tirai bagi cuti sekolah hujung tahun ni la. Majlis perkahwinan Amoi & Zul . sangat sweeeettt la u'ols.  Geram i tengok tau!  GGrrrggg . hahaha  tetiba meroyan . kepada Amoi & Zul, i doakan korang berbahagia sebagai suami isteri selamanya. 


sedang mengambil aura pengantin baru. konon-konon boleh dapat seru cepat-cepat naik pelamin juga . 


Bukti undangan yang membuatkan i terpaksa membahagikan badan. banyak betul kenduri pada tarikh yang sampai. semua nak berebut hujung minggu kan. 

Majlis sepanjang minggu depan. Utara selatan timur barat kau dapat jemputan. seluruh Malaysia gitu. 

Majlis di bulan Disember . 



Selamat makan kenduri *__*


No comments: