cerita aidil adha yang basi disebabkan connection yang hampeh



tak kira nak jugak cerita pasal aidil adha walaupun dah start kerja hari ni. tak rasa bersalah sangat cerita kisah aidil adha ni sebab daging qurban pun belum habis masak. banyak lagi dalam freezer kat rumah tu. 




Assalamualaikum . Syukur Alhamdulillah dipanjangkan usia lagi menyambut aidil adha kali ni. Syukur juga dapat beraya dengan keluarga tahun ni. sadis bila mengenangkan last year i terpaksa beraya diperantauan tanpa masakan enak air tangan mama. haha. perantauan la sangat padahal dalam Malaysia je jugak . 

Terus terang i cakap kemeriahan aidil adha memang tak sehebat aidil fitri. memang dah jadi budaya kita semua agaknya kurang merasai dan meraikan kedatangan aidil adha tu. kalau tak disebabkan tercatat dalam kalendar mungkin kita pun terlupa bila tarikh aidil adha. tak payah cakap orang lain la, i sendiri la yang selalu macam tu . mungkin disebabkan kurang penghayatan. banyak lagi kena diperbetulkan dalam diri ni. 

macam biasa, tahun ni selepas selesai solat sunat hari raya kami sekelurga bermaafan then bersiap-siap balik ke kampung. ala perjalanan cuma sejam je pun. ziarah kubur arwah tok & wan sebelah mak kemudian ziarah rumah pusaka yang dah sangat usang . sayu hati bila teringatkan arwah tok & wan. Al-Fatihah buat mereka . 




Dan seharusnya ada sekeping dua gambarajah berlatar belakangkan sawah padi menghijau dibelakang rumah pusaka. Manalah tahu nanti boleh tunjuk pada anak-anak cucu i bila diorang terjebak dengan kes jakun tak pernah tengok sawah padi. 

Okey dah selesai bergambar di sawah padi kami pun bertolak ke kampung sebelah abah pulak. seterusnya bergambar berlatar belakangkan pokok getah.. motifnya masih untuk ditunjukkan pada anak-anak dan cucu cicit sekiranya berlaku kes jakun sebegini "nenek, pokok getah tu tinggi tak?" . jadi nenek ini pun mengeluarkan ipad dan terus menunjukkan entry ni kepada cucuku. "ha! macam ni la ketinggian pokok getah, sayang. jauh berbeza dengan ketinggian nenek-nenek sedaramu". see! sangat bergunakan gambarajah ini semua. 


sangat bertuahkan i dilahirkan dengan dua persekitaran berbeza. disebelah mama dapat hidu bau lumpur bendang, disebelah abah pulak dapat hidu bau getah. walaupun tertusuk ke dalam hidung tapi semua tu bau duit hokey . 

okeylah tu la serba sikit update terkini. sekian, terima kasih. 


No comments: