Wakenabeb !

cerita benar tiga hari lepas . hari ni baru dapat hupdate disebabkan keadaan wireless yang macam nak makan terajang. sungguh ketara sakit hati di situkan . 

Balik ja dari sekolah dengan penuh kepenatan maklumlah berpuasa then kelas pulak penuh hari tu. ditambah pulak dengan penyakit selsemaku kembali. solat zohor then terus la laju cari katil. memang sangap betul nak berehat ni. 

tengah cantiknya punya mimpi tetiba dengar bunyi mesej masuk. siap kena berfikir dulu masa tu eh ni mimpi ke betul-betul dengar bunyi mesej. bukak ja mata terus capai hp. okey bunyi mesej betul-betul bukan mimpi. 


Lepas baca ja mesej tu terus melompat dari katil. tak ada maknanya nak cuci muka, gosok gigi dulu. melambatkan keadaan ja. terus salin baju, sarung tudung dah macam nenek.  berlari turun bawah start kereta. apa lagi terus tekan minyak. keluar habis segala skill drift bagai. dah siap perasan diri ni schumacher hokey !. bukan senang nak dapat feeling gitu .
 nak dijadikan cerita . beberapa minit kemudian. setelah i dah sampai separuh perjalanan . hp berdering . lagu dimana dimana trio ning, shila dengan jac tu. dimana ... dimana ... harusku mencari ...


Tubish : syida!, aku dah kunci kereta aku. kat dalam kereta kawan aku la . 


Cis ! Wakenabeb ! Bagai nak luruh jantung ni risaukan kereta dia tadi. kalau hilang kereta tu haruslah teriak tak sudah kan. Tubish! tak kira sila belanja i ice cream ! tak kira! 


lepas dapat call terus u-turn. sampai ja rumah, selsema dah hilang, mengantuk pun dah hilang .