Untunglah jadi cikgu

Tengah taip sambil senyum dan sengih kambing sebab terasa sangat beruntung jadi cikgu. kau hadoo?? Gila riak betul kan. Untunglah dulu abah berjaya paksa i berhenti UITM lepas tu masuk MAKTAB, jadi cikgu. 

Kalau i tetap sambung study kat UITM mesti sekarang i pakai skirt seksi seksa, jalan terkedek-kedek, makeup mata galak, melancong sini sana. AIPP!! kerja apa ni kemain menyeksa perasan hot kaki cantik nak pakai skirt pendek pulak. 

Disebabkan gila melancong, suatu ketika disaat masih mentah dulu i curi-curi isi course Tourism dalam form apply universiti. entah dah lupa pulak apa ke nama form tu.Sempat jugak la sebulan i merasa jadi student Tourism UITM Penang. lepas tu Encik Mokhtar terus suruh berhenti then masuk MAKTAB, okey sekarang dah jadi IPGM.

Jadi cikgu tak boleh pakai skirt pendek. kena pakai baju sopan-sopan, tutup aurat. bekalan dunia akhirat tu. Alhamdulillah . jalan tak boleh terkedek-kedek sangat nanti jatuh tangga sebab sekolah banyak tangga. lagipun kalau terkedek nanti lambat masuk kelas. tak boleh makeup tebal sangat nanti students asyik pandang muka cikgu yang jelita sampai hilang focus pada pelajaran. tak boleh melancong sini sana sangat sebab gaji cikgu tak banyak jadi tak mampu. boleh ikut students pergi lawatan sambil belajar je. itupun pergi melaka je tiap-tiap tahun. pfft...

Tapi kan, walaupun banyak yang tak boleh buat bila jadi cikgu, i tetap rasa beruntung jadi cikgu. Yelah dari tadi asyik cakap beruntung tapi kenapa?

Sebab kalau dapat kerja yang boleh pakai skirt pendek i tak kan dapat kad-kad-kad-kad raya yang banyak macam ni. *sengaja taip kad tu banyak kali. nak menunjukkan bilangan yang banyak. 
Kau hadoo?? Untunglah jadi cikgu sebab students sangat baik hati, sayang mmuaah muaahh ganda23 kat cikgu, sudi bagi kad raya pada cikgu.

 Nah! kemain panjang kau ucapan raya. Ouchh! cikgu terharu darling. siap ucap terima kasih sebab dapat ubah markah jadi B ke A. okey, lepas ni lagi bersemangat cikgu ajar. bukan setakat A, 100% pun cikgu sanggup. HAHA.. tetiba energetic pulak kan.

Dari murid kesayangan cikgu. Don't worry dear, kamu memang baik, sebab tu cikgu sayang. Cikgu tak simpan dalam hati pun perangai nakal kanak-kanak korang semua. Ala dah nama pun kanak-kanak, biasa la nakal sikit-sikit tu kan.
Pecah kaca, pecah gelas,
Sudah baca, harap balas.
OHH sweeet!! tetiba teringan pantun masa berbalas surat dengan kawan-kawan sekolah masa zaman kanak-kanak riang dulu. Surat untuk boyfriend cinta monyet pun pernah tulis macam gini jugak.


Sejak teknologi mengatasi segalanya sekarang, memang terasalah kemeriahan pos kad raya dah makin suam-suam kuku. i sendiri pun lagi suka send sms/mms takpun send gambar/ucapan raya kat fb. lagi mudah, menjimatkan pulak tu. Tapi bila dapat kad raya, rasa seronok tu lain macam sikit tau. sayang pulak kalau budaya hantar kad raya ni hilang kan. 

Berkurang kerja posmen tahun ni. sekeping je kad raya yang posmen campak kat rumah i. Kad raya ni memang special. Sebab besar, ada muzik dan haruslah sebab pengirimnya. Kalau tak jadi cikgu mesti i tak dapat kad raya ni tau.

dipos dari Negeri Sembilan ke Kedah hokeh! daripada Mr Ehem buah hati i. disebabkan study kat IPGM lah i dapat berkenalan main-main mata lepas tu turun ke hati dengan Mr Ehem.


Ini bukan kad raya tapi ampau raya untuk students yang baik hati bagi kad raya pada cikgu. disebabkan tak sempat balas kad raya diorang, jadi cikgu ganti dengan duit raya jelah ye. sesuka hati je pulak tukar tradisi >.<



4 comments:

miss nana said...

hehe..tak sabarnya nak jadi ckgu jugak...tapi lagi 3tahun..insyaAllah...^^

Omar said...

Banyak kad raya student bagi tu.. pos atau diorang tinggalkan kat staff-room jer?

ada mokhtar said...

miss nana = InsyaAllah nnt jenuh la nak membalas kad raya students.. hehe

omar = diaorng tinggal atas meja i je pun..

Sarah Mohd Saleh said...

mmg beshh pon jd ckguu.dpt adiahh dr murid..dlu jd ckgu tadika,terase sronok dpt mcm2 dr parent n murid tuh.hih