Eh mana satu yang sulung ni ? semua sama ja.

Hello darling! 
 
Cerita raya masih sepanas pisang goreng baru angkat dari kuali. ouch! ouch! panas gitu kan. Harus la i pun nak tayang-tayang cerita raya lagi walaupun dah dua hari masuk kerja. Mood raya tetap ada hokey!.

hari ketiga berhari raya di rumah sedara di Pendang. sengih-sengih depan camera cabuk itu acara wajib. bersama adik beradik dan sepupu teruna yang gebu.


Empat dari lima beradik. yang kelima tak payah tunjuk la sebab mesti kau dah dapat tau dia bongsu. Okey sekarang cuba teka yang mana satu kaklong, kakngah dan kakchik dan kaklang. 

Harus tergaru kepala nak teka kan. Dah jadi soalan lazim pulak sekarang ni bila jumpa sedara mara or kawan-kawan family "EH mana satu yang sulung ni? semuanya sama ja." YEAHH! selaku si sulung yang masih kekal remaja hingga mengelirukan orang ramai, i sangat gembira dengan soalan-soalan terkeliru seperti tu. Ye, i sedang tersengih-sengih menulis entry ini. dan mesti adik-adik i yang kelihatan tua tu sedang berbulu bila baca entry ni.

 Ye, ye, next time i akan pakai tag SULUNG untuk tak mengelirukan orang ramai lagi dan mengurangkan tahap cemburu adik beradik i. hak hak hak. ada juga lepas ni dapat mesej tahap menyampah dari adik beradik.


Herot berot mulut mengajak suku sakat bergambar. susah betul la kanak-kanak riang ria tu nak bergambar. tak mewarisi bakat anak-anak encik mokhtar dan puan zarina yang gila posing langsung. 

Gambarajah cucu Arwahyarham Abdul Khadir dan Arwahyarhamah Samsiah di depan rumah i yang masih dalam proses pembinaan di Kampung Bukit Tembaga. tak lengkap pun manusia dah gambar tu. semua sekali sepatutnya ada 13 orang. 11 perempuan, 2 lelaki. ketandusan teruna nampaknya.


first time jumpa Amani si 'awan nano'. budak tu dah boleh berjalan baru i dapat jumpa. sadis betul. punya la susah nak jumpa sepupu sendiri. nasib baik la dapat berkumpul sanak saudara masa raya ni. kalau tak entah bila la dapat jumpa budak tu. Amani anak pak tam i. dapat duit raya baru la nak dekat-dekat ye. mata duitan ya kamu! >.<


3 comments:

ishiko said...

ye ye ye sy faham perasaan seronok itu..
sesungguhnya adek2 kita memang akan jeles.. ahahha ~

izma. said...

hohohohohoho sapa tua???

ada mokhtar said...

ishiko = kesian diaorang kan. hehe

izma = hak hak hak. anda lah orang nya