cikgu beraya


Pengalaman duduk kat Johor rasa berbeza sangat dengan suasana kat Kedah. Penduduk kat Johor memang beraya sakan. menggunakan sepenuhnya setiap hari dalam bulan Syawal. selagi belum habis Syawal selagi tu la mood raya tetap ada. Beza dengan suasana kat Kedah. agak kurang terasa la mood raya bila dah habis minggu pertama Syawal.

naik ja sekolah lepas cuti raya hari tu sekolah i pun buat sambutan hari raya. tapi kecil-kecilan ja lah. antara cikgu-cikgu ja tak melibatkan murid. layan gambar jelah ye =.= 


Ustaz Fauzi

Majlis tahlil sebelum jamuan raya

kemain kusyuk amin kan doa. si aina siap pejam mata gitu.

tubish & zahidi

my big bos Encik Isa Bin Abu. My Guru Besar hokey. bagi ucapan sikit sebelum mula menyerang makanan .

jamuan raya ala kampung gitu. harus la kena control ayu duduk bersimpuh walaupan kaki tu dah kemain kebas.

berebut makan untuk second round. kuat makan betul depa ni.  haha .

daddy & sons . from left : Jam, the Old man Nazir, Naim

merpati dua sejoli, sedondon pulak Akak Haslina dengan Cikgu Nazir.

Geng serumah sewa .



mak dara & anak dara . off course anak dara tu i la kan.

Gambar kenangan semua guru Sekolah Kebangsaan Taman Puteri Wangsa. dah macam kanak-kanak rebina ja pulak perangai cikgu bila tak ada students .


p/s : terima kasih daun keladi pada RadwanShah selaku photographer. lain kali banyakkan lagi rupa paras i ye. tak adil sungguh gambar i ada dua tiga keping ja. kesian i tau berposing guna iphone ja. 


1 comment:

Redbloodsnow said...

meriahnya majlis kan :)