shopping baju raya


hye peeps.

 kamu-kamu semua dah beli baju raya ke belum?  amboi kat mana-mana shopping complex, uptown, bazar pendek dan panjang kata semua tempat yang ada orang berniaga baju raya penuh dengan pelanggan sekarang ni. bersesak-sesak gitu.

actually agak merimaskan la bila terpaksa sesak-sesak dengan orang ramai berebut-rebut nak beli baju raya. kalau kat tempat ada air-cond boleh tahan lagi. tapi kalau bershopping kat tempat ala-ala jalan tar tu memang kena kuat fizikal mental. peluh harus la mencurah-curah macam mandi kan.

untuk elak bersesak i suka shopping awal-awal lagi. boleh buat pilihan dengan tenang je. untuk parent yang ada anak kecil i suggest sila la shopping awal sebelum orang ramai berpusu-pusu keluar shopping. bukan apa, kesian i tengok budak-budak kecil berpanas, menangis sebab rimas. lagi satu i risau budak-budak kecil ni hilang. Yelah, parent sibuk sangat memilih baju kan.

tapi yang tak bestnya pilihan baju-baju yang dijual tak semeriah bila masuk bulan ramadhan la kan. ala i ni cakap je suka shopping awal-awal tapi last minute pun boleh je merayau-rayau menghabiskan duit lagi. sebelum ramadhan dah shopping. tengah ramadhan pun shopping. akhir ramadhan pun shopping lagi. lagi la teruk kan >.<

jadi dipendekkan cerita, seronoknya dapat bershopping bersama emak dan para adik beradik. mentang-mentang la semua adik beradik perempuan, jadi insan lelaki yang bernama encik mokhtar tu dengan sewenang-wenangnya ditinggalkan sorang diri kat rumah. 


bersama p'qah. adik i yang nombor empat. dah besar panjang pun. membesar dengan jaya sampai berjaya kalahkan kebesaran i selaku kakak sulung la pulak kan.



pinjam handbag emak sebab besar boleh isi banyak barang. lagipun i malas nak bawa balik banyak handbag setiap kali balik kampung. kalau balik naik kereta sendiri lain la kan. boleh sumbat banyak barang dalam kereta.


mimie dan syima depan kedai kasut yang i selalu shopping masa zaman sekolah dulu. sekarang tak layan la. Lucky Angle kot nama kedai ni. i pun dah lupa. terus terang i cakap kat City Plaza, Alor Star ni bukan ada kedai yang best sangat pun. haha. perlekehkan tempat sendiri nampak. that is the reality hokey!


syima & p'qah. ni kat first lady. bukan main ramai orang lagi.


memang dasar pantang jumpa cermin besar kan.


cermin besar lagi! mimie pun nak jugak. so kena la ulang sengih-sengih depan cermin lagi. macam biasa la ini aktiviti sementara tunggu puan zarini keluar dari fitting room. akhirnya selepas lebih kurang sejam dalam first lady ni, puan zarini berjaya beli sehelai blouse yang sangat murah. patut la ramai betul orang dalam first lady ni. affordable place to shopping.


okey, i dah penat. lama betul si mimie ni pilih kasut. at the last habuk pun tak ada. tak jadi beli pun. haiiya!! jom la balik wahai emak dan adik-adikku.



sampai je rumah nampak encik mokhtar tengah masak nasi kat dapur. alo kesiannya kena tinggal >.<


7 comments:

ishiko said...

alahaiii... seronoknye...
xdaba nk blk next week nk brsopim brsama ibu d para adek.. huhuu

ishiko said...

err.. btw MK tu baru buka..
kedai tu dulu used to be BisikBisik

einz miszmessy said...

wah seronoknye~~

butterflyana said...

adik u name syima tu santek.
kim slm dia eh...hehe

ada mokhtar said...

ishiko = shopping jgn tak shopping.. hehe

owh bisik-bisik. klu yg tu mmg pernah pegi la dulu.. tapi makanan kt bisik-bisik dulu tak best. harga je mahal.. hehe

einz= mmg best =)

butterflyana = mmg kembang bontot budak tu nnt.. hehe

yuyuy ekyn said...

dun worry.sy pown shopping sblm semase dan slepas rye.hahha.sy kn shopaholic.kihkih.

p/s : org mne sbna nye?ngaja mne?

ada mokhtar said...

spesis yg sm la ye kt ni.. hehehe
i org kedah dear.. ngajar kt jb..