kerepek hari raya


Assalamualaikum.

Makin dekat hari lebaran makin menjadi-jadi semangat bershopping. bukan setakat shopping pakaian je, semua benda rasa nak beli. nak bertukar yang baru. rasanya macam dah mengikut nafsu je yang lebih ni. okey, tiba-tiba rasa insaf sekejap bila tengok angka-angka dalam ATM dah makin mengecil  >.<

korang dah shopping kuih-muih, biskut-miskut, kerepek-merepek belum untuk hari raya nanti? kalau belum, i ada tempat best untuk shopping segala benda-benda makan ni.

AZHAR FOOD SUPPLIER
i selalu je dengar iklan kedai ala-ala gudang segala kerepek-kerepek ni kat radio. memang dah familiar sangat nama AZHAR FOOD ni. lokasinya kat Rengit, Johor. kat tepi jalan utama je kedai ni. senang sangat nak cari. memang puas hati shopping kat sini tau.

 okey, dah sampai depan kedai. jom melintas jalan. tengok kanan, kiri, kanan. jom!

 Luas tau. dah macam nak bershopping dalam econsave la pulak kan.


alamak gambar berkualiti rendah pulak, tapi sibuk je nak upload jugak kan. model tengah menunjukkan antara biskut-biskut raya yang ada dijual. tak payah susah-susah nak berperang dekat dapur. datang sini tunjuk-tunjuk je. terus siap. pantas, jimat tenaga, mudah dan murah. 


 Bahagian biskut raya lagi

ni yang paling i suka. JERUK! macam-macam jenis ada. rasa nak melompat-lompat seronok dapat jumpa macam-macam jenis jeruk. kecur air liur la pulak bila sebut pasal jeruk-meruk ni.

 sibuk pilih kerepek. sampai berpeluh-peluh ketiak tau.


nak jugak muka dengan kerepek kan >.<


 okey, dah penuh tiga bakul dengan kerepek. tengah menunggu turn nak menbayar pulak.


 okey, dah sampai depan kaunter. 


dengan mudah je, just pilih-pilih, tunjuk-tunjuk i dah dapat banyak kerepek dan biskut yang lazat, enak dan menjilat jari untuk dijamu pada tetamu dihari raya nanti. Wah, sukanya. Jemputlah ke rumah i raya nanti, nanti i bagi korang makan kerepek ye >.<



7 comments:

ainondreamergirl♥ said...

banyaknyaaaaaaaa biskut raya. beli laa, bawak dtg rumah. hehe :)

eva said...

wah!!! byk nyerrr... mesti nak meli byk2 kalau kat situ kan.. tak sabar nak raya dah.. hehe

ecadwinkyasha said...

wahh..ini baru betul kuih tunjuk. :)

ada mokhtar said...

ainon = u kena datang makan kat rumah i la =)

eva= kalau nak beli banyak mmg harus beli kat situ. murah =)

eca = a'ar, tepat sekali =)

yuyuy ekyn said...

azhar food ni mmg glemer.hehhe.satu kepek cekgu. :D

Syuxer said...

perghh banyak nya kuih raya..3 lori treler baru muat kot angkut semuanya hehe

ada mokhtar said...

yuyuy = jemput beraya kat rumah i la. makan krepek puas2.. hehe

syuxer = amboi, tu macam nak berniaga pulak =)