Berbuka puasa di Siang Seafood Restaurant


Assalamualaikum. sepanjang bulan Ramadhan bukan main berkobar-kobar lagi nak update aktviti berbuka puasa. sangat excited tau nak share pasal tempat-tempat makan yang i dah cuba. 
 
kali ni nak bercerita pasal aktiviti berbuka puasa dengan mr ehem masa shopping hujung minggu lepas. actually bestfriends i, en wan dan puan farah pun bershopping sekali. tapi bila mr ehem sampai je diaorang terus cabut. nak dating berdua la tu konon.

disebabkan kitaorang bershopping kat area Sogo, Jalan Tar dan sewilayah dengannya, so malas nak pening-pening kepala fikir tempat berbuka, i dengan mr ehem decide berbuka kat Siang Seafood Restaurant, Sogo. 

tengah kusyuk sangat baca menu. kitaorang amik SET A. for two person. Restaurant ni dah sediakan pakej set berbuka untuk ramadhan. tak payah nak pening-pening, amik set je kan senang. lagipun ni first time cuba makan kat situ, so memang zero tentang rasa makanan yang ada.

dapat table yang paling hujung. kononnya sesuai untuk orang-orang bercinta la kan. kat belakang i tu akuarium hokey.

yeah!! ikan sedang berenang-renang. sementara menunggu waktu berbuka boleh la mencuci-cuci mata tengok ikan ni ke hulu-hilir dalam akuarium.

suasana dalam restaurant lebih kurang pukul 6.30 petang

ini pulak suasana bila dah dekat waktu berbuka. semua table dah pun penuh

menu yang ada dalam SET A. nasi, tomyam seafood, ayam, kangkong dan telur. air sirap yang sentiasa boleh refill. lepas tu dapat agar-agar warna hijau.

jemput makan >.<

harga SET A RM48. then plus dessert and tax  jadi la RM66.65. terus terang i cakap i tak berapa gemar sangat makanan kat situ. rasa biasa-biasa je pun. tak ada yang WOW sangat pun. Dessert kat restaurant ni memang haru la. agar-agar bodoh je kot sampai RM6. haiiyyoo!! tak bombastik pun tau.

yang menarik hati i cuma ayam dengan sos mango tu je. maybe sebab i suka yang masam-masam manis gitu kan.

tapi servis kat sini memang bagus. memang tak sempat duduk diam pun pelayan-pelayan tu. suasana restaurant memang tenang. dapat makan dengan penuh kekusyukkan. cuma kalau boleh biarlah rasa makanan yang ada tu hebat jugak >.<



dah sudah berbuka sambung shopping lagi. ni tengah berehat sekejap depan Sogo. aktiviti biasa la kan mr ehem kena cas battery dia dulu >.<


4 comments:

anamizu said...

wow! agak mahal tuh..hehe
tapi xpela,bukan selalu ye tak? hehe

faqhrule said...

propa dalam fb kemain ye korang dua orang! :P

ada mokhtar said...

anamizu = tapi kalau makanan kat kedai biasa lg best sebenarnye =)

ujang = waktu tu ikutkan hati sangat..

rasyd said...

Kat situ org makan dim sum dan chinese food je