aksesori wanita



Assalamualaikum. hye peeps >.<  sementara menunggu azan maghrib berkumandang, sempat je lagi nak update seratus dua ratus patah perkataan kat sini kan.

wanita dah aksesori mana boleh dipisahkan. ibarat lagu dah irama gitu. amboi bukan main lagi kan perumpamaan. tapi tu la hakikatnya kan. kalau dah pakai tudung, harus la kena ada brooch. baru mantap. walaupun i lagi suka pakai jarum je, tapi kadang-kadang nak la jugak pakai brooch bergantung gayut-gayut. kasi vogue sikit.

 hambik kau! sekali open table je habis i borong.tak payah pergi borong jauh-jauh, brooches ni semua i beli kat bilik guru sekolah i je pun. ustaz suhaimi yang jual. khas dari sabah hokey. macam-macam benda dijual kat bilik guru tu. rezeki bulan ramadhan katakan. macam-macam bisnes wujud. semuanya menang tangan. Alhamdulillah.

biru hijau turquoises yang hujung tu i punya. awal-awal lagi i dah chop.  

untuk mama, syima, anies, pqah dan mimie. complete untuk enam orang i beli tau. sila cepat berebut warna kaum kerabat ku >.<


quote kata-kata sorang cikgu lelaki kat sekolah i sikit ye 
"orang perempuan ni tak ada beban, batu digalasnya. orang lelaki pun kadang-kadang rasa rimas bila janggut dah panjang, tapi orang perempuan boleh je gantung brooch panjang berjela kat leher. tak cukup leher, galas kat bahu. lepas tu siap junjung kat kepala. pelik betul"


3 comments:

laskar pelangi said...

alahai..comelnya brooch dia..nak satu..

anamizu said...

wahh comelnye brooch..
dpt sorang sepasang ek? hehe

salam lebaran dr cik ana..
maaf segala slh silap :)

Sir Marcello said...

awal ramadhan aritue...punya ramai budak pompuan opis aku pakat beli menda2 macam nie...kalo satu dua takpe juga..ini macam pakat beli pukal jer...

kira hari2 tukaq yang baru ka?