selera senibong seafood



Assalamualaikum. 


okey,jom kira berapa hari lagi kita akan sambut Ramadhan. tolak tambah bahagi lebih kurang 5 hari lagi je kan. syukur Alhamdulillah dapat jumpa Ramadhan lagi tahun ni. puasa ganti pun dah beres diganti. 10 hari tu i kena ganti. huiishh sangat menguji ketahanan mental dan fizikal tau. 


sebelum sambut Ramadhan kena la sambut hari raya puasa ganti dulu kan. so lokasi merayakan rasa kesyukuran dapat ganti puasa dengan jayanya walaupun di saat-saat akhir tahun ni kat selera senibong seafood. 



muka berseri-seri tengah menunggu meja penuh dengan makanan. berseri-seri sebab lega dapat habis ganti puasa juga. azam tahun 2011, nak cepat-cepat ganti puasa. tak nak tunggu Rejab dengan Sya'ban baru nak ganti. sampai demam termuntah-muntah la i memaksa diri puasa walaupun tahu diri tak sihat. 


okey, meja dah pun penuh dengan lauk pauk. mari kita lihat apa yang i dengan geng ganti puasa order. 



menu wajib : khailan ikan masin.
saja je kan tayang gambar sayur dulu konon-konon mengamalkan cara hidup sihat. ^-^



udang butter



siakap bakar
disebabkan pari yang kitaorang request dah habis so terpaksa la digantikan dengan siakap. actually siakap tak berapa best la kalau dibakar. pari jugak the best. 



lalalalalalala, okey bukan. lala cili api
sangat sedap. pedas dengan manis bersatu padu



sup daging
ini kegemaran i. sup masam-masam gitu. 10markah lebih untuk batang caleri yang banyak. 



harus la minum sebijik kepala. eh, kelapa. kegemaran i ni. 



bersama geng ganti puasa . cik dayah dan puan aliana juga puan azian yang malu-malu tak nak bergambar 
 ^-^


okey,  i tayang gambar pemandangan kat selesa senibong seafood ni pulak ye. 


i duduk kat bahagian luar restoren. kena angin sepoi-sepoi bahasa gitu



bersebelahan dengan singapura je pun. terasa bahang singapura bakal dikalahkan oleh rimau je esok malam kan. 


terus penuh dengan pelanggan bila waktu malam. 



so, kesimpulannya selamat menantikan Ramadhan dan kepada yang belum habis ganti puasa lagi korang ada masa 5 hari lagi. harap Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan yang lepas. dan insyaAllah mr ehem mesti ajak i berbuka kat senibong lagi kalau ada rezeki berbuka sama-sama nanti ^-^



6 comments:

Mrs Earth said...

uitt cik ada, dah abis ganti ke blom? jangan lupe roger2 i kalau nak bukak pose nanti

butterflyana said...

kamu ditag. meh ke belog saya meh?
:)

ada mokhtar said...

mr earth = mesti la dah habis laling.. hehe.. okey, jom buka puasa sama2 ye nnt =)

ada mokhtar said...

butterflyana= sekarang juga i pegi.. hehe

Papa-NtiQ said...

hi ADA...saya baru jer gi makan kat selera senibong seafood dan dah upload kat blog. nanti jenguk la yer senang2 tu :)

ada mokhtar said...

papa ntiq : insha Allah :))