Marhaban Ya Ramadhan



Assalamualaikum. Alhadullilah esok dah pun masuk bulan Ramadhan. bulan yang penuh barakah, penuh suci. sekejap je masa berlalu kan. baju raya tahun lepas pun rasanya elok je lagi, dah kena mencari baru raya baru pulak untuk tahun ni. ishh! Ramadhan pun baru nak menjenguk esok, dah pun fikir pasal baju raya. fitrah manusia. manusia macam i la tu. 


Marhaban Ya Ramadhan
bulan di mana nafas kita menjadi tasbih,
tidur kita menjadi ibadah,
amalan kita diterima
dan doa kita di ijabah




ruginya kalau tak diambil kesempatan sepenuhnya sepanjang bulan Ramadhan nanti. insyaAllah i nak Ramadhan tahun ni lebih baik dari yang lepas-lepas. dah terlalu banyak peluang yang i dah bazirkan selama ni. 


yelah, hidup kita kat dunia ni tak ada siapa pun yang tahu lama mana. entah esok lusa dah sampai ajal kita. apa sangat la bekalan yang ada untuk dibawa mengadap Allah swt nanti. tak kan nak bawa dosa yang tak habis-habis digalas tu pulak kan. 


kalau pun Allah swt panjangkan umur kita, mencari keredhaan tu kan yang terbaik. segala nikmat yang diberi kita guna sampaikan kadang-kadang kita terlupa nak bersyukur dengan nikmat yang ada. yang tak bestnya siap buat dosa pulak tu menggunakan nikmat yang diberi. sekali lagi, fitrah manusia macam i la tu. 


bila diri ditimpa musibah mula lah mempertikaikan kenapa itu, kenapa ini, kenapa, kenapa. yang sebetulnya kena pertikaikan tahap solehah diri sendiri. setebal mana iman pada Allah swt. sejauh mana ingatan pada Allah swt. sekuat mana amalan pada Allah swt. oh tipisnya segalanya. Allah swt cuma nak memberi ingatan tentang kebesaranNya pada kita. 


bukan niat nak merubah diri sampai tahap berpurdah bagai ala-ala waheeda wahsini tu. i menulis macam gini hari ni sekadar berkongsi rasa nak mencari keredhaan Allah swt dalam hidup ni. sekadar nak mengingatkan diri sendiri betapa kerdilnya i disisiNya. so, kesempatan Ramadhan yang akan sampai esok harapnya dapatlah i manfaatkan dengan baik. 


"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang yang benar-benar berpuasa. dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. hapuskanlah dosaku, wahai Tuhan sekalian alam. dan ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa" amin...


No comments: