beza alam kanak-kanak dan alam dewasa bila tetamu datang rumah

Assalamualaikum. 



macam serius sangat je kan title i tu. tiba-tiba je tulis pasal benda serius padahal dah macam biskut je sekarang dalam dunia blogging ni. sekejap muncul, sekejap diam. biasa la penyakit malas dah datang balik. 



okey, apa beza alam kanak-kanak dengan alam dewasa. mengikut pengalaman sebenar i la kan. lebih kurang 15 tahun lepas bila ada tetamu datang bertandang kat rumah, i sebagai kanak-kanak berumur 10 tahun tersangat la suka nak mengibuk dengar apa yang parent i dengan tetamu tu berborak. walaupun tak berapa paham apa ceritanya, tapi still nak menyemak jugak kat ruang tamu. konon-konon nak memeriahkan keadaan sambil menyelam dengar apa yang orang dewasa borakkan. 



dan harus la tiba-tiba terasa pedih-pedih kat paha bila mama or abah cubit paha bagi isyarat suruh masuk dalam bilik. bila tetamu balik harusla kena marah kan. "budak kecik jangan nak menyibuk dengan orang besar menyembang. suka sangat ye nak menyibuk pasang telinga" ayat tu la yang i selalu dengar dulu. 



then bila dah masuk alam dewasa sekarang, keadaan dah jadi berubah pulak. dah tak macam dulu-dulu. bila tetamu datang rumah, i akan cepat-cepat berlari masuk dalam bilik, bertapa je dalam bilik. dan perubahan paling ketara, mama dengan abah akan menjerit panggil i keluar dari bilik,  duduk sekali dengan tetamu. kena berborak sekali dengan tetamu. i pulak yang akan rasa serba tak kena. rasa tersangat la malas nak tunjuk muka depan tetamu.



macam cepat je semua ni berubah. tiba-tiba terasa nak jadi kanak-kanak balik. boleh ke? *__*




p/s : promosi fb i kejap ye. i ada bukak acc fb baru. jemput la add fb i ye *__* 
ni la linknye : FB BARU I





2 comments:

ASaDa RyutaRo said...

hahaha.. dah besar ni kena bagitau kat tetamu yang kat rumah tu dah ada anak dara. mana tau ada tetamu yang nak buat jadi menantu :P

einz miszmessy said...

aneh kan....lau da cmtu nape mce kecik2 dulu dok halau suwo masuk bilik???
kan bnda cm habit....bile dr kecik cmtu....t terbawa-bawa la sampai dewasa....