rindu zaman sekolah

#Wordless Wednesday#



hobi saya

Assalamualaikum. 


okey kasi usha gambarajah penting dulu ye ;-)



okey, apakah makna semua ini? maknanya i tiba-tiba rasa tebiat nak memulakan hobi baru. actually minat nak menjahit ni dah lama wujud dalam jiwa ni. tapi banyak sangat dugaan datang melanda kan. 


dengan penuh azam i bernekad jugak nak melaksanakan hobi menjahit ni. dan paling penting nak membuktikan pada adik-adikku yang suka sangat pandang sinis pada i konon-konon hangat-hangat tahi ayam je ni. tapi tak dinafikan. kadang-kadang i memang macam gitu.


tapi kali ni lain tau! semangat berganda-ganda ni.  insyaAllah.. i akan mula menjahit secepat mungkin. tunggu ye hasilnya *__*




Update terkini

Ehem-ehem... Testing update via iPhone... Kasi cuci sikit sawang dalam blog ni...

HR Steak House

Kami suka makan! 
Kami pencinta makanan sedap! 




tengok betapa seriusnya muka bila belum makan. baca menu dah macam nak telan menu je. actually i nak cerita pasal makanan western yang i boleh kasi markah 5 bintang. bila jumpa tempat makan yang best harus la kena share dengan semua orang kan. 



lokasinya HR Steak House, Kampung Baru. ni first time i makan kat situ. tapi mr ehem dah banyak kali. dia yang introduce tempat ni kat i. menunya off course la western. 



okey, usha menu dulu. yang bestnya kat sini, semua menu sangatlah murah. pakej combo pun harganya below RM20. kuantiti makanannya pulak memang banyak. untuk korang yang kategori pelahap tu sesuai sangat la makan kat sini. 



sorry la ye, kualiti camera ni akan kureng sikit. puas i menahan tangan tak nak kasi gegar. huh! dasar tangan tak bedung kuat-kuat masa kecik dulu kan. suasana kat situ agak kelam kabut sikit masa i makan sebab hujan tersangatlah lebat. so semua orang berebut nak makan kat  dalam bangunan. 




ini kaunter air





ini pulak customer yang tengah control cun semasa menunggu makanan sampai. i order chicken chop combo.    harganya kalau tak silap i RM14. bila order combo automatik akan dapat chicken chop + lamb chop. ha! puas kau nak mengabiskan makanan yang banyak tu. 




ini mr ehem punya. siap ada udang gitu. i dah lupa pulak apa yang dia order ni. tapi yang penting combo jugak la. see! banyak kan. 




selamat mencuba *__*



beza alam kanak-kanak dan alam dewasa bila tetamu datang rumah

Assalamualaikum. 



macam serius sangat je kan title i tu. tiba-tiba je tulis pasal benda serius padahal dah macam biskut je sekarang dalam dunia blogging ni. sekejap muncul, sekejap diam. biasa la penyakit malas dah datang balik. 



okey, apa beza alam kanak-kanak dengan alam dewasa. mengikut pengalaman sebenar i la kan. lebih kurang 15 tahun lepas bila ada tetamu datang bertandang kat rumah, i sebagai kanak-kanak berumur 10 tahun tersangat la suka nak mengibuk dengar apa yang parent i dengan tetamu tu berborak. walaupun tak berapa paham apa ceritanya, tapi still nak menyemak jugak kat ruang tamu. konon-konon nak memeriahkan keadaan sambil menyelam dengar apa yang orang dewasa borakkan. 



dan harus la tiba-tiba terasa pedih-pedih kat paha bila mama or abah cubit paha bagi isyarat suruh masuk dalam bilik. bila tetamu balik harusla kena marah kan. "budak kecik jangan nak menyibuk dengan orang besar menyembang. suka sangat ye nak menyibuk pasang telinga" ayat tu la yang i selalu dengar dulu. 



then bila dah masuk alam dewasa sekarang, keadaan dah jadi berubah pulak. dah tak macam dulu-dulu. bila tetamu datang rumah, i akan cepat-cepat berlari masuk dalam bilik, bertapa je dalam bilik. dan perubahan paling ketara, mama dengan abah akan menjerit panggil i keluar dari bilik,  duduk sekali dengan tetamu. kena berborak sekali dengan tetamu. i pulak yang akan rasa serba tak kena. rasa tersangat la malas nak tunjuk muka depan tetamu.



macam cepat je semua ni berubah. tiba-tiba terasa nak jadi kanak-kanak balik. boleh ke? *__*




p/s : promosi fb i kejap ye. i ada bukak acc fb baru. jemput la add fb i ye *__* 
ni la linknye : FB BARU I