Perling Mall memang cantik, tapi...




Assalamualaikum..



sebelum bercerita tanyang gambar ni dulu ye *__*




soalan ni untuk orang johor. korang pernah masuk tak dalam bangunan ni.? tetiba la pulak nak buat bancian kat belog ni. i sengaja tak nak tanya penduduk luar johor sebab i rasa orang johor sendiri pun belum tentu pernah singgah ke bangunan Perling Mall ni.



sebelum ni tak pernah terbukak hati pun singgah masuk bangunan Perling Mall ni walaupun dah kerap sangat ke hulu hilir lalu depan bangunan ni. alkisahnye tiba-tiba terbukak hati nak singgah masa rombongan i, my sis dan tubish ke Tanjung Pial, Kukup. masa lalu je depan bangunan ni, tiba-tiba tubish bukak cerita yang dia pernah terbaca dalam belog pasal bangunan Perling Mall ni. penulis tu cakap bangunannya cantik, tapi sayang tak ramai orang kat situ.



so dengan semangat berkobar-kobar kitorang decide nak singgah masa odw balik dari kukup nanti. alang-alang dah tengahari, perut pun dah berbunyi-bunyi,  boleh la cari restoren best yang ada dalam Perling Mall tu sekali kan.



masuk je kawasan carpark mall, tiba-tiba kitaorang rasa pelik. carpark free, tapi kereta tak banyak pun. dengan tersangat la mudah kitaorang dapat park kereta betul-betul depan pintu masuk mall. suasana kat luar mall nampak lengang je. dengan slumbernya la i dengan my sis, syima berposing.



design mall ni memang unik. cantik. ala-ala bangunan rumah zaman dulu-dulu. berseni la kesimpulannya. okey, usha gambar dalam mall pulak ye :












tengah ghairah tangkap gambar kecantikan mall tu, tiba-tiba ada sorang pekerja mall tegur  "tak boleh tangkap gambar kat dalam ni!". upppss!! gitu pulak. ala ruginya. bangunan cantik tapi tak boleh nak simpan dalam memori camera pulak.


bangunan ni 2 tingkat je. i dah tahu kenapa tak ramai orang datang Perling Mall ni. sebabnya tak banyak kedai pun yang bukak dalam mall ni. tak rasa meriah pun nak membeli belah. kedai makan pun adaa dua tiga buah je. MCD dengan secret recepi kalau tak silap i.


 i rasa rugi betul bangunan yang cantik macam ni tak dapat sambutan. ni lah kali pertama dan last i pergi situ rasanya *__*


8 comments:

Chempaka Sari said...

penah lalu tapi tak penah masuk...phewwww~

cik nana said...

macam menarik utk singgah wat pertama kali nye dan terakhir. hehe. nak try masuk la nanti ;)

einz miszmessy said...

confirm owg johor pun tak g ag...hahaha,,,,sygnye....penat arkitek tu reka...tak dpt pengunjung nak abadikan kenangan dlm mall tuh....um~sdyh jep...

einz miszmessy said...
This comment has been removed by the author.
wawaney said...

unik! klasik2 gituh, i bkn org johor, lagi tak ah nak singgah, jauh btol. huhu

LaDy DrEaM's... said...

memang sangat cantek, tapi rugi tak dapat banyak nak snap2 kan... Memang tak tau pun kewujudan mall ini... tq for sharing...

ada mokhtar said...

aár betul tu.. memang kerugian la.. i pun tak kan pergi situ lagi rasanye.. hehe

shera haifa said...

penah smpai kat perling mall tu.. tp cm seram lah kat dalam tu,,