kelas make up



Assalamualaikum. 


selamat kembali bekerja kepada diri sendiri dan semua orang yang bekerja. yang belum bekerja tu teruskan usaha mencari kerja ye. nanti baru korang tahu betapa nikmatnya dapat cuti hari pekerja setiap tahun. 


bukan main gembira terloncat-loncat la kan dapat cuti tiga hari. macam-macam plan i dengan geng bff rancang. kononnya nak memanfaatkan cuti hari pekerja di tahun kedua kitaorang bekerja dengan penuh makna. tapi, apakan daya. pengalaman bekerja dua tahun tu terlalu sikit dibandingkan dengan orang lain. kitaorang terlambat merancang. rupanya orang lain lagi awal merancang percutian dari kitaorang. jadi semua tempat dah full book. hancurlah harapan percutian kami. 


tak pa lah, i dah ambil pengajaran. lepas ni kena rancang sesuatu tu cepat-cepat. jangan lambat-lambat. bila dah terlambat mula la nak meroyan kan. tu kisah cuti hujung minggu lepas. nanti la i update apa yang i dengan geng bff buat untuk merawat kepatahan hati tak dapat bercuti merehatkan di pulau-pulau. 


so, entry untuk hari nak menayang-nayang aktiviti pembelajaran make up sesi kedua. dah berminggu pun kejadian ni tapi baru hari ni dapat seru nak mengupdate.  



kelas kedua ni memang berbeza sangat dengan first class dulu. kalau dulu i menconteng muka orang dewasa tahap mak-mak budak. tapi kali ni i menconteng muka anak-anak pulak. beza memang berbeza. maklumlah muka budak-budak suci bersih, tak ada noda-noda yang mencacatkan pun. 




mak andam tengah ajar cara buat sanggul. biasalah kan life as cikgu kena membiasakan diri jadi serba boleh menyolek budak-budak. yelah bila kat sekolah kena selalu menghantar budak-budak pergi buat show or pertandingan apa-apa. contohnya dalam masa terdekat ni budak-budak sekolah akan buat persembahan tarian zapin. so, siap sedia untuk diconteng muka ye kanak-kanak. 


cara makeup budak tak perlu tebal-tebal macam orang dewasa. cukup dengan sapu liquid foundation dengan two ways cake je. 



hasil kerja tangan i sendiri. komen mak andam untuk hasil kerja i ni ;

@ sapuan liquid foundation okey
@ sapuan two ways cake kurang rata / kena tebalkan sikit
@ kena praktis lagi teknik sapuan
@ eyeliner yang i pakaikan bagus
@ sapuan blushes kurang rata. nampak bertompok




nampaknya i kena praktis banyak lagi lepas ni. ha, cepat siapa nak jadi model i untuk angkat tangan *__*

5 comments:

farahmad55 said...

takot nk jdi model u..hahaha

nurul izma said...

nanti kalau nk kuar g jalan2 kami sume kne bratur tggu turn kak make up okey...

ada mokhtar said...

farah = eleh, meow2 pulak..

nurul izma = hahaha, banyak cantik ampa..

azalia hjsalleh said...

wow. so nice

ada mokhtar said...

azalia = thanks dear =)