BBQ steamboat @ D'Terrace BBQ Steamboat


Assalamulaikum. 


cerita pasal makan-makan sampai buncit perut kali ni. memandangkan i dengan mr ehem memang 'berhantu' sangat dengan bbq steamboat, so haruslah lokasi nak memuaskan nafsu makan kat restoren bbq steamboat. 



kali ni kitaorang cuba kat restoren yang tak pernah kitaorang pergi lagi. D' Terrace BBQ Steamboat. dah banyak kali sebenarnya bff i si farah dengan wan suggest tempat ni kat i. tapi tak fell pulak nak pergi kalau tak ada mr ehem. so kena la tunggu dia datang johor dulu. tetiba rasa nak menjerit tak suka cinta jarak jauh. TAK SUKA! TAK SUKA! 


off topic la pulak kan. balik ke cerita asal. lokasi restoren ni kat JB. jalan nong chik. ala sebelah dataran JB je pun. depan thistle hotel. senang je nak cari restoren ni. 


konsepnya sama je macam Rawa BBQ Steamboat dan Steamboat & Grill Cottage yang i pernah cerita dulu. boleh makan sebanyak mana asalkan tak membazir. ada macam-macam jenis lauk. pilih la yang mana berkenan. then suka hati kita la nak campak dalam periuk steamboat or nak bakar hidup-hidup. harga RM19.90 per individu. 



haruskan bakar segala jenis daging dulu. 



makanan laut yang tengah tunggu turn nak dibakar




mr ehem bersemangat mengadap segala lauk yang ada. 




macam gini la rupanya di dalam kedai. kitaorang datang awal, so baru 2,3 tables yang ada customer masa tu. kalau datang malam sikit harus la kena menunggu baru dapat table. 



last but not least rupa paras manusia yang dah bertambah 3 inch ketebalan perutnya.  *__*



i suggest tempat ni pada korang-korang yang jenis nak melahap banyak-banyak. makan la sepuas hati korang nak. makanan memang sedap. sangat pandai la restoren ni perap ayam. seriously BEST! kalau datang makan ramai-ramai rasanya lagi best. meriah gitu. 





4 comments:

mardhiah ismail (: said...

wahh nak try la ! bestnyerr ! hehe

syAzAnA said...

mahal x yang?

einz miszmessy said...

hope to eat seafood~

ada mokhtar said...

mardhiah = wajib try... hehehe

syazana - rm20 je dear.. makan je banyak mana pun.. =)

einz = jom pi makan sama2 =)