murid-murid ku sayang, kamu ada hak untuk mintak hadiah dari mak ayah kalau dapat no 1 dalam kelas.

Assalamualaikum.


okey, sambung lagi tajuk kat atas tu. kalau dapat no 2, no 3 pun korang masih ada hak untuk mintak hadiah. hadiah, token, reward or apa-apa yang lebih kurang maksudnya ni sangat penting untuk motivate students untuk terus kekalkan prestasi diaorang. sure la rasa bangga kan bila usaha diaorang dihargai. lagi-lagi dari orang paling dekat, parent diaorang sendiri. 


sedangkan wonderpets pun raikan kejayaan diaorang dengan batang saderi, inikan pulak manusia. 



tengok, cikgu pun raikan diri sendiri dengan token yang dibeli sendiri bila dapat siapkan menanda buku latihan students yang riang ria sampai tercarik rabak segala mukasurat. 



setiap students ada level diaorang yang berlainan. i rasa segala achievement yang meningkat patut diberi token. kalau sebelum ni markah mathematics sentiasa dapat 5, tiba-tiba ujian bulan march markah meningkat jadi 25, harus la student tu diberi penghargaan. tak semestinya dalam bentuk kebendaan contohnya hadiah, tapi ucapan tahniah pun dah cukup bermakna tau. kembang kempis bontot diaorang bila kena puji. insyaAllah diaorang akan usaha lagi untuk jadi yang lagi baik.



tapi, kena la beringat jugak. jangan la terlebih manjakan diaorang. karang lupa diri pulak budak-budak ni. yelah, perasan dah bagus, so tak payah study, tak payah nak usaha lagi. ha, yang ni tak patut terjadi. 




 teringat pulak masa zaman i sekolah dulu-dulu, parent i mesti bagi token pada i bila i dapat no 1. sangat seronok beb perasaan tu. kalau boleh tiap-tiap bulan nak kekalkan prestasi tu. tapi tu zaman dulu. pencapaian students diukur dengan kedudukan dalam kelas or dalam tahun. sekarang ni dah tak sesuai nak ukur pencapaian students macam tu. banyak aspek lain yang lebih penting dari kedudukan nombor tu. contoh yang i rasa lagi penting adalah usaha dan sahsiah students tu. aspek-aspek tu lagi penting untuk masa depan diaorang. 




token yang cikgu sediakan untuk murid kelas cikgu yang dapat pencapaian gred terbaik merangkap lulus semua matapelajaran, merangkap berkelakuan baik sepanjang kelas cikgu. tahniah ye sayang-sayangku, keep it on!. next test cikgu tambah jumlah hadiah ye. tu pun kalau pencapaian kamu-kamu meningkat la kan. 




kalau sentiasa dapat markah 0 je pun korang masih ada hak jugak. tapi hak untuk dapat pelempang la kan. tak pun hak untuk dikurang dalam bilik, belajar sampai demam. tersangat berpenyakit malas nak berusaha la tu. 

8 comments:

una badarudin said...

whoaa!
bestnye
nak jd ank murid ckgu ada jugaklah macam ni
:)

Cik Kamoo said...

NK JADI ANAK MURID CIKGU BOLEH KE...AHASK ...

ada mokhtar said...

una + cik kamoo = i garang tau.. tak takut ke.. hehehe

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

nak jadi anak murid cekgu gak la...

meaw said...

wowwwwwwww! cikgu ni baiklah,nak masuk kelas cikgu bule tak?hehehe :P

dwaty said...

tak pernah minta hadiah coz tak pernah dapat no 1... paling tinggi pun dapat no 2...hehehe

fyna said...

cikgu e?
beshnye jd anak murid..
:)





jom singgah n follow belog fyna.
http://inibelogfyna.blogspot.com

bact said...

yg dpt kosong tu apasal kejam sngt hadiah yg diberi ha??
hahahhaa