mencuci mata dan menghabiskan duit




gila jalan-jalan, gila merayau, gila shopping, gila habiskan duit. itu semua sifat i. boleh menggigil tau kalau terperap dalam rumah je. itu baru setengah hari. kalau seharian terperap dalam rumah memang tahap menggelupor la i. boleh tergolek-golek dari tingkat atas rumah ke lantai bawah. okey, itu memang sah gila. 



untuk atasi kegilaan sampai tahap menggelupor hari ahad lepas, maka ligat la otak berfikir nak merayau ke mana. beberapa minit kemudian terkeluar idea merayau berpakej mencuci mata ke pasar kemboja, kota tinggi. lokasi yang sesuai sangat la untuk menghabiskan duit. 




nak mencuci mata sangat kan, nah kau! berubah menjadi alien bermata lalat. 


tengah menahan gelak yang amat sangat tu. kalau lama lagi menahan boleh putus saraf-saraf yang ada. ditambah pulak dengan terpaksa buat muka tak tahu malu depan pekerja-pekerja kedai tu yang tengah menjeling dengan sinisnya. aauuh!! terhiris hati i tau. 




sengaja jauhkan diri dari segala kain-kain yang ada. paham-paham la tarikan untuk mengeluarkan duit dan memberikan pada tokey kedai memang kuat sangat bila berdiri dekat dengan kain-kain tu.




alamak, kepala i tersenget la pulak *__*



siap bermangga kau. sesuai sangat kalau nak mengenakan peragut. mesti peragut datang cari kau balik sebab nak minta kunci mangga tu. 



handbag bermangga lagi. menangis la peragut-peragut lepas ni bila para wanita bawak handbag bermangga ni. tunggu apa lagi, cepat la pergi beli. tapi, jangan sampai tuan sendiri terhilang kunci mangga tu pulak sudah la. tak pasal-pasal menyusahkan diri sendiri tu.



aktiviti mencuci mata dan menghabiskan duit selesai bila i dah berjaya beli kain satin untuk buat shawls satin secara sendirian berhad. tunggu jelah i upload gambar shawls baru i tu ye. tahun bila nak diupload tu tak tahu la. *__*




12 comments:

tykaa said...

wahh ! jalan jalan g kota tinggi ye ? kite orang kota tinggi ! ^_^ kat kota memang murah kain kain and even baju kurung ready made pon sgt murah . kalau nak lagi best shopping , dtg hari jumaat pagi . ade pasar borong kat kawasan perindustrian on the left of the road side (from jb ) berdekatan ladang tai tak :D

bact said...

ishk3..
sakan aih cikgu neh
hahhaha













ha. bila nk buat tutorial tudung belit ha?
ka nak gua yg buatkan??
kah kah kah

ada mokhtar said...

tykaa = kota tinggi mmg the best la kalau nak shopping baju kurang.. i pernah pegi psar pagi tu.. tapi tak boleh pegi every week sbb keje.. time cuti baru boleh pegi..


bact = hahaha, bz la tak sempat nak buat.. insyaAllah akan buat =)

Rozuan Ismail said...

cermin mata tu buatkan anda memang style.shopping kain sakan nampak!!

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

besaq nye spec...
hehehe...

una badarudin said...

shawl cikgu cantik lah!!
:)

ada mokhtar said...

rozuan + senja = segan la i pakai spek gedabak macam tu =)

una = i pakai tudung 4 segi je tu.. hehehe..

azalia hjsalleh said...

wow very the vintage.
x semua org pandai mix & match
termasuklah i ;(

cikpuanhady said...

waahh..banyak tempat soping ek kat kota tinggi ni..hmm..menarik ni..

Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Jom skodeng :Belog Kami : Notre Belle Histoire

ada mokhtar said...

azalia = i pakai sesedap hati i je tu =)

cikpuanhady = a'ar mmg tempat bershopping tu...

meo said...

wah, mcm saloma! :D

meo said...

wah, mcm saloma! :D