Makan-Makan @ Lerk Thai





hello semua =)  


dipendekkan cerita, ini adalah cerita tekak yang seleranya sangat mengada-ngada mengalahkan ibu mengandung. kisahnya bila tiba-tiba terasa mahu makan benda masam-masam. jadi misi mencari kerabu mangga bermula.  



selera mengatasi segalanya. sanggup je berbaju kerja ke hulu hilir dalam bangunan jusco tebrau. sanggup jugak korbankan masa tidur lepas balik kerja. yang paling penting sanggup jugak atasi masalah purse yang nipis. ha, bukan main lagi kan pengorbanan demi kerabu mangga. 


 


memang original dari thai ni. kalau nak berubah selera dari restoren masakan thai yang biasa-biasa tu boleh la datang sini. memang ada kelas gitu. waiter speaking english ye bukannya kecek kelate. interior design yang simple but really nice. i suka. terasa tenang je.



tapi setakat tengok interior design bukan boleh kenyang pun kan. okey, mari-mari tengok menu yang geng merayau lepas kerja ni order. 



ini menu-menu untuk tiga orang makan. terdiri daripada pengidam kerabu mangga. kerabu mangga dengan udang sesuai untuk orang yang tengah berdiet karbohidrat. kueteow sesuai untuk orang yang sentiasa lapar sepanjang masa tapi tak jugak membesar macam i. menu soon goreng pulak untuk yang nak berdiet tapi tak tahan lapar. Eh, betul ke i eje soon tu ek? buat-buat paham jelah ye. 


delicious! i suggest restoren ni kat korang. kerabu mangga yang best. masam dan pedas berpadu gitu. 




muka puas dapat habiskan duit makan kat restoren bukannya warung.



10 comments:

nurul izma said...

ala ksian..kat kafe org kn tiap2 hari makcik tu buat krabu mangga..perghhh

ada mokhtar said...

ceh, ang mmg.....huh

Kancilbiru said...

sedapnyaa.....

ada mokhtar said...

kancil = mmg sedap... jom makan =)

ishiko said...

wuwuwuu.. sedapnya..
cam sama je kita sis.. hari tu ira pgg melabur wang dekat sushi king~

hans said...

walaweh...
kerabu mangga ker tu?

ada mokhtar said...

ishiko = nasib baik i bukan penggemar sushi.. kalau tak mmg dah pergi melabur jugak ni.. hehe

hans = yurp, tepat sekali.. hehe

damha said...

kerabu mangga kat penang pun best juga...masam2 manis pedas...ade serbuk kacang lg....he333

c.i.k.a.m.i.e.a said...

sis, ni katne???

ada mokhtar said...

damha = i memang suka kerabu mangga penang.. selalu buat jugak macam tu kat rumah..

cikamiea = kat jj tebrau