talib dan ayuni dah buat cikgu pening

kisah dalam kelas 1 Nilam antara pukul 11.20 hingga 11.50 pagi pada waktu pendidikan muzik. berbekalkan alat muzik kayu tik tok, dengan semangat cikgu nak bermain alat muzik dengan students. tengah syok menunjukkan skill ala-ala pemuzik terkenal mengetuk kayu tik tok , tiba-tiba : 


ayuni : cikgu, talib ambil duit saya dua puluh sen

cikgu : talib! kenapa ambil duit ayuni?

talib : ayuni yang bagi 

cikgu : ayuni, kenapa kamu bagi duit pada talib?

ayuni : talib yang mintak dua puluh sen tadi.

cikgu : pulangkan duit ayuni balik talib



lebih kurang sepuluh minit kemudian.




ayuni : cikgu, talib bagi saya empat puluh sen je

cikgu : aik, tadi kamu kata kamu bagi dia dua puluh sen je?

ayuni : dia ambil duit saya enam puluh sen tadi

cikgu : talib! berapa yang ayuni bagi kamu tadi?

talib : mula-mula dia bagi saya dua puluh sen, lepas tu dia bagi saya empat puluh sen

cikgu : kenapa ayuni bagi kamu duit?

talib : duit saya hilang tadi, saya mintak pada ayuni


terus hilang mood i nak main kayu tik tok. terasa nak ketuk je kepala budak-budak ni dengan kayu tik tok. 
nak salahkan siapa kat sini ? 



5 comments:

bact said...

bestnya jadi talib dgn ayuni
hahha


lawak gila depa neh

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

pening aku kire duet diaorg nieh...
hahaha...

ada mokhtar said...

bact = aku memang rasa nak ketuk kepala diaorang ni.. hehehe


senja = aku pening dengar si ayuni merengek..

SMK JENAGOR said...

tak paham. heheh.. gurau je,, heheh

ada mokhtar said...

i kena belajar bahasa tamil r nampaknye.. hehehe