selamat pengantin baru




lagi cerita kahwin untuk hari ni. meriah betul setiap kali cuti sekolah. penuh dengan aktiviti makan nasi minyak. Alhamdulillah ramai yang buat pahala besar kan. nikah dapat elak dari maksiat, buat segala makhluk syaitan menangis. then buat kenduri pulak dapat bersedekah pada orang ramai. wah gitu! ayat dah macam penceramah pulak. dapat jugak ilmu tau bila tengok majlis akad nikah kawan-kawan. 



the sweetest bride, arm amalina. tak lekang senyum dari bibir kan bila dah tukar status cik gadis kepada puan. 




alamak terdapat gegaran pulak di situ. reunion wanita-wanita sekampus. dalam masa 6 tahun banyak sangat dah berubah. 6 tahun lepas masing-masing macam budak-budak je. terjerit-jerit kat asrama, mengular nak pergi kelas, main kejar-kejar kat padang. sekarang ada yang dah jadi mak budak pun. i jelah agaknya yang ada perangai budak-budak lagi *__*



wajib la kan ada gambar bersama pengantin. kasi transfer sikit seri pengantin tu kan. 



salah satu hantaran hasil tangan kawan i jugak, encik fadzil. may be i akan guna khidmat dia jugak la nanti. 




ucapan yang wajib ; semoga korang berdua bahagia hingga ke akhir hayat. sentiada dirahmati dan diredhai. 



6 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

berseri abes muka pengantin...

Zaza said...

selamat pengantik baru..! agree ngan org atas ni. berseri muka pengantin..

Anis Adila Aris said...

tuan belog bila pulak nak kahwin..hehe

SofieyAzwa said...

sekarang kan musim mengawan..heheheh

faqhrule said...

baru aku perasan, wana skolah aku tu pun ada ek

ada mokhtar said...

senja + zaza = memang bseri-seri.. hehehe

anis = insyaAllah bila smpai jodoh nnt.. doakan la ye =)

sofiey = cuti sek mmg musim mengawan.. hehehe

ujang = a'ar, itu la dia...