sayangi ibubapa

Assalamualaikum. 


Alamak! tiba-tiba penyakit malas nak update i datang lagi, padahal dah berjanji nak menaip tanpa henti sepanjang bulan ni. day 4 i kena update pasal my parents. okey, tayang gambar encik mokhtar dengan puan zarina dulu.


yang pakai baju belang-belang tu encik mokhtar dan yang pakai baju bunga-bunga tu puan zarina. haha. sengal je cara memperkenalkan abah dan mama kesayangan i ni. dah sah-sah la korang terus dapat tau yang mana encik mokhtar dan yang mana puan zarina bila tengok gambar ni kan.


i sayang encik mokhtar dan puan zarina. sayang sangat-sangat. ada ke anak tak sayang parents diaorang..? ishhh derhaka tau! tak cium bau syurga nanti. sekarang ni selalu je ada drama kisah-kisah anak derhaka pada parents. i ada tengok cerekarama tv3 baru-baru ni. tayang cerita anak derhaka. nabila huda yang berlakon. memang sah la anak derhaka mesti dapat balasan teruk. tak payah tunggu kat akhirat, kat dunia pun tuhan dah bayar cash je. 


abah and mama i ada karekter yang berbeza. dah memang ditakdirkan macam tu kan. kena saling melengkapi. kalau seorang jenis banyak cakap, yang sorang lagi kena la yang jenis pendiam untuk mendengar. ambil contoh api dengan air jelah kan. kalau api disimbah api, bertambah garang la jadinya. kalau air disimpan air, terlalu cool la pulak. so kena la ada gandingan dua karektor yang berbeza untuk complete each other.


biasanya mama i akan jadi medium penghantar untuk abah i. yelah kan, adik beradik i semuanya perempuan. so perempuan bercakap dengan perempuan kan lagi mudah. no no! bukannya abah i tak cakap apa-apa. kalau ada apa-apa, kitaorang mesti duduk sekali and berbincang anak beranak.


dulu masa i dalam alam kanak-kanak memang i tak nafikan parents i garang. mungkin cara diaorang nak mendidik i dengan adik beradik untuk hormat pada diaorang. lagipun umur kanak-kanak waktu yang sesuai untuk mendidik kan. 'melentur buluh biar dari rebung'. tapi bila i dah ke alam remaja dan alam sekarang, i dapat rasa parents i macam kawan i. kitaorang berborak, berbincang sama-sama macam kawan. cara diaorang nak nasihatkan i pun dah berubah. pendekatannya lebih kepada berbincang bukannya kena cubit macam kanak-kanak dulu.


i rasa semua parents yang waras dan sayang anak-anak diaorang pun buat benda yang sama macam parents i. insyaAllah harmoni keluarga tu. i harap keluarga i akan sentiasa bahagia, dirahmati Allah swt. keluarga korang jugak *__* 


pengamal slogan 'keluarga ku, syurga ku'



3 comments:

Anis Adila Aris said...

tapi bila i dah ke alam remaja dan alam sekarang, i dapat rasa parents i macam kawan i

setuju sangat!!!!

my mum dah jadi mcm bff i :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

keluarga adalah segalanye...

ada mokhtar said...

anis = best kan bila rasa parents macam kawan.. boleh borak2, sharing pape =)


senja = tiba-tiba rasa nak nyanyi lagu keluarga bahagia pulak ni.. hehehe