pengalaman temuduga paling seronok. nak tips ?

Assalamualaikum! 


Alhamdulillah akhirnya dah sampai nur hidayah dan taufiq untuk i mengupdate belog. sanggup tau i bangun awal hari ni semata-mata nak update. awal la sangat kan, dah pukul 10.00 pun. i rasa awal lagi ni. kalau melodi dah start baru la i rasa lewat. 


Alhamdulillah semuanya lancar last week walaupun i dalam keadaan separa robot. interview suruhanjaya perkhidmatan pelajaran (spp)  sangat best!! haha.. ulang sekali lagi sangat best! kau pernah rasa interview best? ada ? tak ada kan...? hahaha.. tiba-tiba i bertukar jadi takbur dan riak pulak ni. haishhh!! 


apa yang best sangat tu bila pergi interview? okey, i cerita. lepas je solat subuh i dengan bestfriend i tubish terus bergerak. kebetulan pulak i dengan dia dapat panggilan interview hari yang sama, waktu yang sama dan bilik yang sama. itu best yang pertama. best yang kedua, selain tubish, ada kawan-kawan yang lain yang interview sekali. kejap ye i kira.. arm, tarzan, tango, tongkang. okey semuanya 4 orang. itu belum termasuk kawan-kawan dari ipg lain lagi. dah macam jejak kasih pulak kat luar bilik interview tu. 


bukan main awal lagi kitaorang sampai kat pusat interview tu. lebih kurang 20 minit je dari rumah i. padahal masa pergi survey jalan sebelum tu kitaorang ambil masa 40 minit tau. masa dalam kereta i dengan tubish siap praktis nyanyi lagu negeri johor dengan lagu sekolah. preparation kot-kot penemuduga tu tiba-tiba tebiat nak dengar suara ala-ala siti nurhaliza i ni. 


dup dap dup dap. ini bunyi organ dalam badan i ye. i manusia normal okey. harus la ada rasa nervous kan. tak disangka-sangka i jadi orang pertama. amma appa, bertambah hijau dan biru la muka i kan. terus baca kat pintu nama penemuduga bilik dua. 'Dato Haji Dangiran bin Haji Mustafa'. alamak! dato tu! mati la i nanti. mesti susah soalan dia tanya. 


7.30 pagi. masa dah sampai nampaknya. dato pun dah sampai. i dah bersiap-siap baiki segala tudung, baju, kain, dah buang air kecil. ready!! tiba-tiba dapat arahan dari urusetia i kena masuk dengan dua orang lain. maksudnya masuk bilik temuduga bertiga la. aik, peliknya formatnya temuduga kali ni. sebelum-sebelum ni i dengar masuk sorang-sorang. 



selesai menggoreng part perkenalkan diri. jeng jeng jeng . masuk ke segmen soalan menakutkan. haha..

soalan pertama ; apakah maksud seimbang dalam Falsafah Pendidikan Negara dan terangkan cara i sebagai guru mengaplikasi seimbang tu dalam subjek yang i ajar. 

soalan kedua ; berikan punca kenapa terdapat murid yang kurang paham atau langsung tak dapat ilmu yang i ajar semasa proses pengajaran dan pengajaran sedangkan terdapat murid lain yang paham. terangkan cara mengatasinya. 

soalan ketiga ; berikan punca masalah sosial dikalangan kanak-kanak, remaja dan dewas berlaku. dan berikan peranan sebagai guru.

soalan bonus ; hahaha. ni yang paling best, tiba-tiba pulak i rasa macam dalam show serasi bersama. bila dapat jawab semua soalan dapat masuk segmen bonus. soalannya kenapa hanya duit RM5.00 je yang dibuat daripada material berlainan dari duit-duit yang lain. soalan ni i jawab salah. haha..


sepanjang dalam bilik interview, dato ni sentiasa bagi respon yang positif. sentiasa senyum. sentiasa guna bahasa yang sangat membina. Alhamdulillah, semuanya baik. Guru besar i pun sangat membantu. Alhamdulillah i dapat sokongan dari pihak dia. dan sekarang masa menunggu keputusan interview keluar. may be amik masa lebih kurang dua bulan lagi. i harap sangat keputusannya pun BEST. insyaAllah, doakan i ye.


lepas habis je interview, i dengan geng jejak kasih pun pergi mengeteh kat mamak. tukar-tukar kad kahwin, tukar-tukar cerita. dah lenguh mulut bercerita masing-masing pun bersurai. i, tubish dengan arm pun pergi merayau kat shopping complex baru, KSL City. ha yang tu nanti la pulak i cerita. dah panjang sangat menaip hari ni kan. bubye *__*






No comments: