pemandangan pantai murni

Assalamualaikum! 


tak suka! tak suka! cemburu membuak-buak dalam hati i dengan adik beradik i. sampai hati diaorang selalu pinggirkan i. mentang-mentang la i tercampak jauh kat selatan, diaorang kat utara jadi dengan tanpa belas kesian diaorang mengabaikan i. innocent je korang ye adik-adik ku bila kakak korang ada kat rumah. semua buat muka malas nak keluar rumah..


tapi bila kakak korang ni balik johor je, mula la korang bergerak ye. korang kan tahu kakak korang ni terkinja-kinja nak join korang tersengih berposing tepi pantai dengan korang. sampai hati korang ye adik-adikku. i merajuk ni tau!!! 





dicuri dari sumber budak bernama ciiima. baru dua, tiga hari lepas umur gambar ni. 


benci tau!! i nak gambar macam gini jugak bersama diaorang. lokasi penggambaran di pantai murni, yan, kedah. lebih kurang 5 minit je dari rumah i kalau berjalan kaki. tapi sayang seribu kali sayang. setahun sekali je kot i pergi bertenggek kat pantai murni ni. agaknya sebab dekat sangat dengan rumah, so rasa bosan.


tapi bila adik-adik i pergi berposing macam gambar-gambar ni, hati i membuak-buak nak pergi pantai murni jugak. memang meriah je suasana kat pantai murni ni setiap petang. kalau hari cuti umum bertambah-tambah ramai manusia yang melepak kat tepi pantai ni. sekurang-kurang nya bertambah la rezeki peniaga yang berniaga kat pantai murni tu. 




lagi gambar mereka bercanda di pantai murni. yang ni diaorang pergi bulan disember. siap menjamu selera rojak pulak tu. haisshh!! dah lama betul i tak pekena rojak pantai murni. boleh tahan jugak la rasanya. *__*






dan seterusnya yang ni beberapa hari sebelum gambar yang di atas tu. rajin betul diaorang ni berjalan kaki bila i tak ada kat rumah ye. berbulu je i rasa ni. 




pesanan untuk adik-adikku, cepat pujuk kakak korang ni. pandai-pandai la korang share duit belikan hadiah untuk kakak korang. okey, atas dasar hati yang baik, i bagi tips memilih hadiah ye. share duit belikan kakakmu nokia X5-01 warna pink je. cepat! cepat pujuk i! 





6 comments:

anith chan said...

laaa. cik ada org yan rupanya yea..
kampung anith kat sedaka :))
hehehe

ciiima said...

hahahaha tu la balik awl sgt..
xdenye kitorg nk pujuk2..

bulan 3 ni pi la pantai..hahaha

ada mokhtar said...

anith = lor sekampung rupanya kita ni.. =)

ciiima = tak kira. cepat belikan aku handphone baru...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

cantekkkknye....
pic tue...

cik kia said...

cantiknyeeeeee semuaaa :)

ada mokhtar said...

senja & cik kia = kalau i ada mesti lagi cantik.. haha