bercuti di Salak Denai Chalet



Assalamualaikum.


I nak kenalkan lokasi best yang ada kat Yan, Kedah. off course la memperkenalkan tempat sendiri kan. biasa la kan kalau datang wabak rindu kampung halaman, mula la nak cakap pasal kampung halaman je.  




Okey, jom  ke Salak Denai Chalet. lokasinya kat Jalan Peranginan Batu Hampar. jangan risau, bila dah sampai kat Yan, banyak je signboard nak ke Batu Hampar, so follow je signboard tu. nanti korang akan jumpa signboard Salak Denai Chalet ni. 


apa yang menarik kat Salak Denai Chalet : (kelik facebook Salak Denai Chalet)


dah nama pun Salak Denai Chalet, so konsepnya kekampungan gitu. rumah kampung, interior design kampung, suasana kampung. segalanya kampung la. keadaan sangat sunyi, tenteram, damai dan penuh privacy. sangat bagus la untuk tenteram jiwa. 

Ada beberapa jenis chalet disediakan disini. Harga setiap chalet bergantung kepada keluasan dan kemudahan yang terdapat dalam chalet tersebut. Selain chalet, kemudahan dorm pun disediakan. 



Chalet Siti Safiyyah . 



Chalet Siti Khadijah .



yang ni pulak Chalet Siti Fatimah. setiap chalet lengkap dengan tempat tidur, tempat memasak dan kolam. no sharing ye.  so kalau korang book salah satu chalet ni korang dapat menggunakan segala tu dengan sangat puas hati. best tu setiap chalet ada kolam sendiri. tak payah nak malu-malu meow berkuak sepuas hati dalam kolam. 


Memang sepuas hati la kan bermain air memandangkan setiap chalet ada kemudahan kolam sendiri. harganya pun sangat la berpatutan. kalau setakat nak mandi manda boleh sewa untuk setengah hari. harganya RM60. kalau nak bermalam kat situ boleh sewa sehari semalam. harganya RM80 je. Ini rate bagi Chalet Siti Fatimah. murah kan *__*


kepada mereka-meraka yang ada sedara-mara kat Yan yang berniat nak mencari homestay or chalet boleh la book menginap kat Salak Denai Chalet ni. boleh tahan meriah jugak Daerah Yan ni bila musim cuti sekolah. maklum la banyak majlis perkahwinan, so ramai la kerabat dari luar nak mencari tempat tinggal. 


untuk maklumat lanjut boleh check sendiri kat website Salak Denai Chalet. selamat bercuti :)




6 comments:

EJA said...

tak pernah lagi ke kedah..huhu..cam best ja tempat tu..

ishiko said...

waahhh... best uh.. buleh feelin2 cam ade kolam kat rumah.. murah lak tu..

Ooo.. sis org kedah ke.. ingtkn joho

ada mokhtar said...

eja = jemput la ke kedah =)

ishiko = i orang kedah, tapi sekarang keje kat johor =)

anaiha yusof said...

salam ana nak buat promosi nie,
Dapat RM100 - RM500 Sehari Dengan Bisnes Segera!
Dapatkan Laman Web Anda Sendiri & Nikmati Keuntungan 100% Milik Anda.
Murah hanya rm 49.90
kalau nak maklumat lanjut sila layari link nie=)
http://www.dmshop.netii.net/
tq.100%confirm

lagi2 promosi kalau nak resepi resepi yang sedap & menarik sila layari link ini
http://mynoraza-resepiariffbonda.blogspot.com/
follow sekali pun chumel2 juga =)

dan juga tutorial letak banner HB dapat gain 4 sen per click =) http://splendiferousandleisure.blogspot.com/2011/02/tutorial-letak-heartbeatdapat-4-sen-1.html
tq
btw nice to know you keep in touch

Nem0 o0h Nem0 said...

murahnyaaa! dah la murah,cntik lak tu tempatnya..

ada mokhtar said...

nemo = ha, cepat-cepat la book =)