Asam Pedas Claypot Melaka

Assalamualaikum. 


cerita pasal asam pedas lagi kali ni. memang tak dapat disangkal i memang peminat asam pedas. dan seperti telah ditakdirkan bertemu pasangan yang minat asam pedas jugak. maka, asam pedas akan jadi menu yang sentiasa berada dalam kepala. 


aktiviti wajib bila keluar berdating adalah mencari makanan yang sedap. bila dua kepala peminat asam pedas bercantum idea, keluar lah idea "jom makan asam pedas". cantek! laju je langkah kitaorang ke kedai asam pedas claypot. i dah pernah cuba menu asam pedas tetel kat kedai ni dulu masa hangout dengan wan and farah. memang terbaik!! so kali ni cuba dengan mr ehem pulak.



menariknya kat sini, asam pedas diletakkan dalam claypot. tak dapat jumpa tau kat tempat lain. 



set nasi dan asam pedas. ada sayur taugeh, telur masin dan asam pedas claypot. 


i makan asam pedas ikan pari. 



mr ehem pulak makan asam pedas tetel. 


kedai ni tak jauh dari jonker walk. sangat senang nak cari. terus je dari tempat parking kereta jonker walk tu sampai jumpa sign board taman kota laksamana. berdepan dengan kedai asam pedas claypot ni, ada kedai asam pedas pokok besar. i belum pernah try asam pedas kat kedai tu. insyaAllah next time. 



mr ehem kata asam pedas kat sini best! 



5 comments:

enasoffy said...

sedap ke asam pedas??
sy dh 3taun kt melaka, masih xterliur ngn asam pedas.. ;)

Ana Je La said...

haha..kta da mkn kt cne..sdap kn?hehe

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

air liur aku dah meleleh...

ada mokhtar said...

enasoffy = biasa la tu.. lidah lain-lain kan. hehehe.. kalau i kat melaka cnfrm tiap2 mnggu mesti ada one day i pekena asam pedas.. =)

ana = yurp, i suka asam pedas kat kedai tu..

senja = pa lagi, cepat la turun melaka. layan asam pedas.. hehehe

Abang Tuah said...

meh cuba kat restoran selera hang tuah..setakat ni customer ramai ckp Terbaik!!
Add: Jalan Bukit Katil,Kg duyung,semabok melaka
google maps utk cari lokasi