apa ada pada sinetron


Assalamualaikum!


terima kasih kepada google. sekadar gambar hiasan ye *__*


apa yang ada pada sinetron indonesia? menurut pemerhatian dan pandangan i ;


#  episodnya panjang berjela-jela. meleret-leret sampai beratus episod. padahal scene tu boleh je dipendekkan. ini saja je dipanjangkan sampai tahap keluar la babak merapu-rapu yang langsung tak penting pun. 


#  mesti ada watak sampingan yang bodoh-bodoh konon-konon sebagai pak lawak or mak lawak la. namanya dia mesti dah menunjukkan dia tu seorang yang ala-ala lurus bendul, lepas tu tak boleh bawak masuk majlis. sebenarnya watak macam ni langsung tak buat i rasa nak gelak pun. rasa bosan ada la. 


#  percintaan tiga segi yang penuh konflik itu ini. mesti ada watak dua orang lelaki rebut sorang awek or dua orang awek rebut sorang lelaki. watak insan ketiga tu memangg gila punya jahil. penuh dengan tipu muslihat. ada je plan berjela panjang nak rebut kekasih dia. yang jadi rebutan tu pulak macam lalang. sekejap ke sana, sekejap ke sini. dah tahu pihak ketiga tu jahat, tapi terpedaya juga konon-konon nak cuba cintakan dia. lepas tu mula la meroyan tak boleh lupakan kekasih dia dan tak boleh nak jatuh cinta pada perempuan lain. apakah semua ni?


#  anak bertabur sini sana. boleh pulak kan dah bercinta lama tiba-tiba bapak sama. tak pun bersangkut as sepupu. masa muda-muda ada hubungan dengan perempuan sana sini. lepas tu mengandung tinggalkan aje kat kampung. simpan rahsia bertahun lama cover baik punya. then lepas 20 tahun, anak dah besar segalanya kantoi. bocor la rahsia tabur anak sana-sini. kalau tak tabur anak pun, diaorang ni suka bagi curi anak takpun bagi anak kat orang lain. 


#  asal dari gadis miskin duduk rumah sewa selalu kena halau campak-campak barang keluar rumah dek tuan rumah tiba-tiba bila pergi cari kerja kat bandar terjumpa ayah kandung, atuk kandung, nenek kandung, segala bagai kandung la. lepas tu terus jadi orang kaya. terus boleh ambil alih syarikat. jadi ceo gitu. hebat kan. 


#  mak, ayah, datuk, nenek suka sangat nak rahsiakan kisah silam pada generasi bawah. puas la disorokkan kisah silam tu. konon-konon tak nak kenang kisah duka diaorang, padahal anak tu merana je hidupnya. 


#  watak heroinnya mesti lembik, asyik kena buli, asyik makan hati. pendek dan panjang kata asyik jadi mangsa keadaan. babak air mata jelah yang penuh dalam hidup heroin. 


#  mesti ada scene zoom muka terkejut dekat. kejap muka orang tu, kejap muka orang ni. reaksi muka yang sama je pulak tu yang di zoom. penting ke scene zoom ni?


#  okey, ni yang last. dah banyak punya i taip kan. dalam sinetron harus ada scene terdengar perbualan orang lain. biasanya perbualan tu adalah benda-benda rahsia. watak jahat la yang selalu sangat terdengar perbualan ni. 


semua yang i senaraikan kat atas tu membuatkan i rasa bosan nak tengok sinetron. i rela tidur dari tengok sinetron-sinetron yang lebih kurang sama je ideanya. ceh! dasar kuat tidur nak salahkan sinetron pulak kan. haha..


ishhh! melampau betul kau cik ada semuanya tak kena. i tak kata pun semuanya membosankan.ada jugak yang best tentang sinetron indonesia ni. contohnya, pelakonnya hensem dah cun habis. auuuuwww.. geram i! watak sampingan yang bodoh bendul tu je rasanya yang buruk rupa sikit. yang lain semuanya meletoP! pakaian diaorang pun sangat memberangsangkan. 


selain dan rupa paras dan pakaian yang best, i suka sangat dengan lagu-lagu tema sinetron. contohnya lagu dallam sinetron tasbih cinta ni. layan........


best kan!

liriknya simple je, ulang-ulang je pun. tapi tetap best!. sekian itu sahaja pendangan i berdasarkan sinetron-sinetron yang i pernah tengok. banyak sebenarnya kalau i nak list. haha. kantoi layan sinetron indonesia gak. *__*




15 comments:

farawh. said...
This comment has been removed by the author.
farawh. said...

agak laaa.

macam cerita kat tv9 pukul err. pukul petang-petang tu -_-

cinta & anugerah(?)

ingatkan dah habis . masuk kolej dah 3 sem. tak habis-habis lagi. =.="


sape yang layan sinetron smpai habis tu memang hebat lah. sesungguhnya penantian yang penuh sabar. haha.

Nurul Kornain said...

mmg.. mmg sgt.. sinetron ni dah memenuhi tv-tv kt malaysia ni.

yang paling aku geram tgk.. babak zoom2 tu.. trend sinetron indon kot. zoom sane.. zoom sini. zoom berkali-kali. konon terkejut nak kasi lagi2 dan lagi terkejut la.

aku tak suka crite indon. tp crite tu jugakla yang terpaksa aku tgk sbb dah x de crite lain.

fyna said...

pastu pulak bile ada yng terpecah rahsia..mula ada muzik pastu muka semua series ja..haha lawalk2..i pon xsuka!

ciiima said...

farawh = i tabik spring kat sapa yang boleh tahan menunggu sinetron dari episod 1 smpai episod 150.. hehehe.. gila tabah..

nurul = aku bengang sebab semua channel nak tayang sinetron.. sakit hati kot terpaksa tengok.. hehehe

fyna = mmg penuh dengan perkara sengal je babak dalam sinetron ni.. hehe

Abang Jonni said...

bab yg aku suka tgk.... hero dan heroin nak kawen... tgk2... adik beradik... huhuhu... langsung tak jadi kawen...

faradeeba said...

ohhhh, kite setuju!
ade jeh konflik tak hbs hbs.
boring betol.

kite tak suke drama indon, kite suka filem indon jeh. :P

syuhada mokthar said...

ea..name kite same la..
hehehe

iRa~" said...

sokong cerita dia meleret2..huu..
dlu suka gak tp skang xbpe..hee..
ada still tgk hari2 ek..cayaaa la.. :P

p.s : bakal cikgu ke da jd cikgu?

ada mokhtar said...

abg jonni = tragis sangat kan cinta diaorang tu.. hehe

faradeeba = klu filem boleh layan.. sinetron mmg tak sunggup lak..hehe

syuhada mokhtar = hahaha..boleh sama la pulak kan. nice to meet you adda mokhtar..

ira = i mesti buat muka tak keruan kalau terpaksa tengok.. hehe.. i dah mengajar 1 year =)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

patut muka mcm heroin indon...
hehehe...

najiahtul syafiqah ismail said...

saya pun tak suka sinetron indonesia.. sebab lama sangat siri dia...

ada mokhtar said...

senja = hahahaha.. cun la maknanye tu kan..

najiahtul = tu la kan.. bosan tunggu habis =)

schazie said...

best !

ada mokhtar said...

schazie = =)