anak yang selalu tak hantar buku, tapi cikgu yang kena marah



Assalamualaikum,  Salam Sejahtera . 


sangat sibuk dua tiga minggu ni. macam-macam kerja nak kena siapkan. terbaru yang belum i siapkan sepenuhnya adalah aktiviti menghantar buku tulis kanak-kanak kesayangan i kepada guru penolong kanan. agak terhegeh-hegeh i kumpul buku kali ni. mana tak nya, tersangat la banyak kerja lain yang i kena settle kan. alhamdulillah dah siap segala urusan Larian Perdana Mahkota, jadi sekarang dah boleh fokus kumpul buku tulis semua kelas yang i ajar. 




sempat pulak la kan pose senyum-senyum walaupun kerja tengah banyak. i saja je nak upload gambar i pakai uniform KRS. 


bukan senang tau i nak merajinkan diri pakai uniform panas macam gini. sekali sebulan je i akan pakai uniform ni ye. setiap isnin pada minggu ketiga dan setiap hari rabu semua warga sekolah kena pakai uniform. hari isnin minggu pertama i akan pakai uniform KRS, then setiap hari rabu i akan pakai uniform Puteri Islam. suka hati i je kan pakai macam-macam uniform. latest i tengah merangka duit nak beli uniform pengakap pulak *__*


okey, kembali ke cerita menanda dan mengumpul buku tulis students. nasib baik la i ada rak dan meja yang besar tahun ni, so dapat la i menyemakkan rak dan meja dengan segala buku. tahun ni strategi yang i buat adalah setiap kali siap buat latihan or nota dalam kelas, i akan terus kumpul buku murid-murid dan simpan atas rak. strategi ni i buat semata-mata nak mengurangkan penyakit sakit hati bila ramai sangat students yang selalu buat perangai tertinggal buku kat rumah. haissh!! geram betul i dengan perangai asyik tertinggal buku ni. 


paham-paham jelah kan kalau dah tak bawa buku tu mesti la budak-budak ni main je dalam kelas. bila suruh  tulis dalam kertas pulak, harus la kertas tu hilang entah ke mana. macam-macam ragam diaorang ni. dan yang paling menyakitkan hati bila ada parent yang tuduh cikgu tak tanda buku anak diaorang, padahal anak diaorang tu yang sentiasa tak bawak buku. kesian kan, umur muda dah kena penyakit nyanyok. 




rupa paras meja yang baru je i kemas semata-mata takut korang mengucap panjang tengok meja terlalu semak sampai terlindung muka i. 




i dah sediakan macam-macam jenis cop untuk memudahkan kerja i. yang dalam gambar tu contoh dua cop yang i tempah. yang kecik kat atas tu menunjukkan i dah tanda buku students, siap nama i dengan tarikh. cop yang besar kat bawah tu pulak untuk guru penolong kanan dan parents sign, menandakan diaorang pantau buku anak diaorang. 


i ada tempah cop 'bagus' dengan cop 'incomplete, please do' jugak. cop bagus tu harus la sebagai penghargaan pada students yang buat kerja dengan bagus. dan cop yang incomplete tu pulak untuk students spesis malas. 




bila dah siap kumpul dan tanda buku students, i kena rekod nama students yang hantar dan tak hantar buku dalam buku rekod mengajar i. tujuannya memudahkan i untuk kenal students mana yang liat sangat nak hantar buku. selain tu, ini jugak sebagai bukti kalau tiba-tiba ada parent yang meroyan tak tentu pasal kata cikgu malas tak tanda buku anak diaorang. 


alhamdulillah semuanya dah siap. sekarang dah boleh hantar kat bilik guru penolong kanan *__*




penutup cerita ini , tutup buku jom balik. jam dah pukul 2.00 petang ni. 




7 comments:

Puteri Iqa Izyan said...

wahhh..cikgu posing..

ni kalau anak murid tgk nih, mesti nk join jugak..
lalala~~

.cik yaya. said...

wawawa!! cikgu yg berdedikasi btol cik ada ni..hehe

Bro Fit said...

woahh pakai uniform KRS nampak segak ar plak.. thumbs up! hehe..

- Fitrihadi.com -

nizamsani said...

comel beruniform.

ada mokhtar said...

puteri = hahaha.. malu kalau students tgk ni..

cik yaya = jangan la puji lebih-lebih.. hehe..

bro fit = thank =) tiba-tiba rasa macam tentera pulak..


nizam = thanks =)

Anonymous said...

CARA PEMAKAIAN UNIFORM KRS YANG KURANG TEPAT. CARA PEMAKAIAN LANYARD SALAH. CARA PEMAKAIAN TANDA NAMA JUGA SALAH. HARAP SEKARANG SUDAH BETUL. CIKGU DAH PAKAI PANGKAT LEFTENAN. SEPATUTNYA CIKGU DAH MAHIR TENTANG CARA PEMAKAIAN YANG BETUL. APA-APA PUN SAYA PUJI SEBAB CIKGU NAK PAKAI UNIFORM PADA HARI KOKURIKULUM. BUKAN RAMAI YANG SANGGUP BELI DAN NAK PAKAI. SAYA MEMBETULKAN SUPAYA TIDAK TIMBUL KEKELIRUAN. CARA PEMAKAIAN YANG BETUL ADA DI DALAM BUKU PANDUAN KRS DI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.
-AHLI JAWATANKUASA KRS KEBANGSAAN-

Anonymous said...

Apaulet/agaulet mesti di atas colar baju.
Lanyard tidak boleh melintasi dada.
sila rujuk etika berpakaian pegawai krs yang sedia ada.