suka coklat. suka ustaz coklat. suka strawberry coklat juga.


Assalamualaikum! USTAZ COKLAT, cerita baru kat channel Oasis. macam menarik untuk dijadikan aktiviti wajib bergolek depan tv untuk  melopong tengok cerita ni. cerita pasal agama tapi pendekatannya ala-ala komedi. i rasa mesti lebih kurang setanding macam cerita geng surau. 


i search sinopsis cerita Ustaz coklat ni tadi. ceritanya pasal ustaz kassim baru balik ke kampung dari London.  dia bawa pendekatan agama pada penduduk kampung tu terutamanya geng-geng terejai sepanjang masa melepak melalak. cara dia pikat hati penduduk dengan buat coklat sendiri. menarik kan. so, haruslah jangan tak tengok channel 106 ye. 




dan bila sebut-sebut pasal coklat ni, tiba-tiba je i teringat strawberry celup coklat kat cameron highlands ni. uihhh!!! delicious! bila masuk je dalam mulut rasa manis. then bila gigit rasa manis bercampur masam. berpakej gitu. again, delicious! 




menikmati dengan penuh teruja sampai tak sempat-sempat nak cari kerusi duduk. sambil berjalan mulut mengunyah. haishh! tak sopan betul kan. 3 batang lima ringgit ye. okey haruslah i akan mencuba sendiri kat rumah kan. dan memang i dah cuba buat pun. tapi menyampah betul bila cari gambar strawberry coklat buatan tangan i tak jumpa. tak dapat la i tayang-tayang kat sini. 


terasa nak pergi cameron highlands weekend ni semata-mata nak borang strawberry dua tiga lori lepas tu nak celup coklat. haha.. statement yang sangat tak rasional kan kerana tak mungkin la itu terjadi.. hari sabtu nanti i kena sekolah ganti untuk Chinese new year. jangan jealous ye, i cuti 9 hari nanti. haha.. 




8 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ko buat air liur aku meleleh malam2 nieh...

ishiko said...

hahhaa.. kami juga chuty yer...


http://ishikosworld.blogspot.com/2011/01/116-saya-nak-ke-saya-suka.html

ierahaziera said...

i pon suke strawberi celup coklat kat cameron...ughhhh
terbayanhg-bayang rasa manis nyerrr

ada mokhtar said...

senja = haha, objektif tercapai

ishiko = chuty-chuty.... best!

ierahaziera = delicious! i pun terbayang-bayang je ni =)

Nurul Kornain said...

sape yg blakon syida?

ada mokhtar said...

wan hanafi su, yasmin hani, pekin

ara said...

aishh..
sedap nyee..
=]
adoii..

Nem0 o0h Nem0 said...

sedap!!!
aku klo teringin nk mkn strbery coklat,g mkn kt cameron.bestt~