lokasi dating wajib pada setiap tahun


Assalamualaikum! 


pertama sekali nak ucapkan takziah kepada keluarga pelakon faizal yusof. mari ambil sikit masa sedekahkan Al-Fatihah. terkejut betul bila tengok berita petang tadi pasal pemergian arwah faizal ni sebab rasa baru sangat tengok muka dia kat tv dalam cerita tiramisu. tiap-tiap petang i menunggu tengok cerita tu. tak sangka kan, orangnya muda lagi. tapi ajal maut ditangan tuhan. yang muda pun bila-bila masa je boleh dicabut nyawa. so sentiasa la ingat perkataan MATI. 


Alhamdulillah dah selamat masuk ke tahun 2011. cantik betul tarikh hari ni kan. 1.1.11. sesuai sangat la jadikan tarikh khawin. tapi apakan daya, i tak boleh khawin hari ni sebab hari ni i kena kerja. ceh! tak reasonable langsung kan alasan. betul tak tipu. awal-awal pagi lagi i dah pergi kerja. i tulis nama kat office tadi pukul 7.45 pagi then sign balik pukul 1.00 petang. see! macam mana i nak khawin hari ni kan. kesuntukan masa kan. haha. sangat suka la kan dapat merapu macam gini. 


tak ada maknanya la kau nak berdating enjoy bercuti tahun baru hari ni kalau mengajar kat johor. dengan bangganya i menyatakan hari ni hari bekerja kepada guru-guru di johor. sepanjang setengah hari i kat sekolah hari ni, 21 dari 33 parents kepada murid-murid kelas i datang bayar yuran sekolah. harap-harap dapat la i selesaikan yuran murid-murid tu selewat-lewatnya sampai hujung bulan ni. bukan apa, malas nak pening-pening kan kepala. *__*


disebabkan hari ini i tak dapat berdating, maka i bersama pasangan i mengambil keputusan untuk berdating lebih awal iaitu dua hari sebelum tahun baru. advance hokey! 



dan hasilnya kami berdating dalam fitting room dengan muka penuh girang macam kanak-kanak baru lepas makan ice-cream juga mendapat baju baru. memang kitaorang baru lepas menikmati ice-cream dengan penuh kemanisan pun. dan memang mr ehem tengah test baju baru pun.




sedang menunggu mr ehem mencuba baju diluar fitting room dengan penuh kegedikan mengeluarkan mesin menangkap gambarajah dan memerangkap gambarajah secara sendirian berhad. fuhh! sila baca ayat tadi tanpa henti ye sebab i cuma letak satu je titik tu kan. 




dah keluar pun mr ehem i ni. maka kami pun berbincang sesuai cantik tertarik menarik tak baju ini. tambah tolak bahagi darab, mari mencuba baju lain pula. dan setelah 3 helai baju dicuba, hasilnya TAK BEST! jom pergi cari kat tempat lain *__*




sebelum ni dah pernah bergambar dalam fitting room yang sama. setahun lepas agaknya. tahun 2012 kita bergambar dalam fitting room ni lagi ye sayang. haha. tiba-tiba pulak fitting room ni jadi lokasi dating wajib sekali untuk setiap tahun. lebih kurang macam sambut anniversary dalam fitting room jelah. *__*




10 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

korang yg sweet....

faradeeba said...

hahaha
dlm fitting room yer?
tak cube lagi.
nnti i cube pulak.

eh u cikgu? comelnye! :D

Amalina E Azmi said...

suweett sgt ;)

ada mokhtar said...

senja = haha.. meow, malu lak =)

faradeeba = cuba la, best tau.. hehe.. yurp, i cikgu... =)

amalina = tenkiu =)

sabdaziz said...

hai preety thnks to visited my belog.
cantek kamera. ;P

Nina Zam. said...

wahhh wahhh. nnti nk try dating dlm fitting room. tp x de pakwe. epp epp. belajo dulu. ehee.


mata asyik focus kat kamera je. hehe

ada mokhtar said...

sabda = thanks too =)

nina = blajar dulu, nnt cari la pakwe =)

kak ina kl (1) said...

cepat-cepatlah bernikah yer dik..

molmolla said...

fewwwittttt! ;D

ada mokhtar said...

kak ina = insyaAllah =)

molmolla = meow, malu lak i =)