jangan curi harta i ye. i dah belajar cara menguruskan aset tau.


Assalamualaikum! 


hello, hello, hello. tiba-tiba je mood happy sebab esok cuti kan. *__* letak muka senyum meleret sikit nak membuktikan i tengah dalam mood happy. jadi malam ni i boleh update belog dan berblogwalking hingga larut malam. 



cak! dah lama tak pakai tudung bawal. datang seru nak pakai tudung bawal pulak malam ni. terlebih rajin nak pegang iron la pulak kan malam ni padahal sebelum ni sangat la malas nak iron tudung. tu la sebabnya i suka pakai shawls. lagi-lagi yang jenis kedut. tak payah nak susah-susah bazirkan tenaga manusia dan tenaga elektrik kan. 


tak nak cakap pasal tudung bawal or shawls warna-warni pun dalam entry ni. dah cukup hot kot isu perempuan pasal shawls warna-warni ni kan sekarang. naik la traffic masing-masing kan bila cakap hal ni. malas i nak cakap. lu ada otak, lu pikiaq la sendiri. haha. okey i sedang pegang pembaris yang baru dibeli. menyampah betul asyik hilang je harta benda i tau.  


then nasib baik la hari ni i dengar ceramah pasal pengurusan aset kerajaan hari ni. ceramah tadi telah membuka mata i. 


buktinya mata i terbuka tu kan. sempat pulak bersengih-sengihan depan camera time dengar ceramah. nasib baik penceramah tu tak tunjuk jari kat i then soal i apa yang dia tengah terangkan macam i selalu buat kat students i bila diaorang berborak waktu i tengah mengajar. 



penceramah jemputan dari Muar, En Md Sukor bin Othman. nasib baik la orangnya pandai buat lawak, jadi tak ada la kepala i menganggukkan semua benda yang dia cakap kan. walaupun tajuk LDP hari ni agak membosankan sebenarnya tapi keadaan i masih stabil je lagi tadi. nasib baik PTK dah dimansuhkan, gerun jugak i dengar bila penceramah tu cakap yang soalan berkaitan pengurusan aset alih kerajaan ni masuk dalam PTK. harus la gugur rambut i nak menjawabnya. kelik Majlis Ketua Pembantu Tadbir Sekolah untuk baca hal-hal berkaitan pengurusan aset alih kerajaan ni. 


sebagai kakitangan kerajaan memang harus ambil tahu la pasal pengurusan aset alih kerajaan ni. tiap-tiap hari kita menggunakan aset kerajaan kan. so tak boleh la lepas tangan. tapi sebenarnya pembantu tadbir  yang akan buat pengurusan aset ni. kakitangan macam i ni cuma uruskan aset-aset biasa je contohnya macam aset dalam kelas. tapi ilmu-ilmu tadi akan i gunakan jugak kalau tiba-tiba i kena jadi guru yang menjaga bilik-bilik khas contohnya makmal komputer tak pun bilik kemahiran hidup. 



muka-muka cikgu-cikgu yang kononnya tengah sangat khusyuk. 




setelah mendengar dengan sangat teliti dan cemerlang segala taklimat siang tadi, maka i pun mengaplikasikan segala pembelajaran itu. dan hasilnya segala aset i telah dilabelkan seperti gambarajah pembaris tersebut. jangan berangan la kau nak curi pembaris i lagi. bukan main panjang lebar berjela label tu. 

syida/sktpw-143/01/1 maknanya hak milik syida digunakan di tempat i kerja. code 143 maknanya i love my stuff, dibeli pada tahun 2001 dan bilangannya 1. Datuk nenek punya lama beli tahun 2001 kekal sampai sekarang. elok je pulak la pembaris tu kan. cerita disebaliknya adalah i tersalah tulis code tahun. tiba-tiba ketinggalan zaman nak tulis 11 tertulis 01. haha..


8 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

cekgu2...
sempat snap2 lagi eh...
hehehe...

Jejaka Terhangat said...

hehe..pon jadi..

Jejaka Terhangat: Isu Tudung Takkan Pernah Selesai

ada mokhtar said...

senja = harus la kan.. hehehe

jejaka = sentiasa menjadi =)

ishiko said...

sis ada, saya punya pembaris macam tu bli masa form4 smpai skrg ad lagi.. sbb sume mende saya letak nama.. hahaa

ada mokhtar said...

ishiko = mak ai lama nye bertahan.. pandai u jaga barang kan.. hehe. nak kena belajar dari u ni..

c.i.k.a.m.i.e.a said...

ouh.. itu rupanya code2 dia.. baru tau.. selama ni semberono je tulis apa cikgu suh tolong

amie said...

amboi cikgu..sakan sunggoh pic pembaris panjang tu..dah dekat 10 tahun dah memakainya..ish3..tahniah sebab dapat menjaga dengan sunggoh2. kena framekan ni ha.

ada mokhtar said...

cikamiea = i pun baru paham gak sebenarnye.. hehe

amie = hehehe.. pembaris tu baru je beli.. i tersalah tulis 11 dengan 01..