heels lama yang menyakitkan betis harus terus dibuang. ini petua nak betis yang sihat.


Assalamualaikum!


Aduhai lenguhnya kaki i ni. maklum la kan pakai heels LAMA berjalan ke hulu hilir,  naik turun tangga, then berdiri lama-lama. i tengah mengurut-urut kaki i ni dengan minyak yu yee. tiba-tiba je belasah je guna minyak ni memandang minyak tersebut je yang i jumpa. ada lagi satu, losyen mustajab. tapi macam lagi sengal je kan kalau pakai losyen mustajab tu kat kaki i. karang tiba-tiba mengecil pulak betis i ni. 


sambung sebut pakai heels LAMA tadi. i rasa faktor terutama yang buat kaki i lenguh adalah sebab pakai heels LAMA sebab sepanjang tahun lepas kaki i elok je walaupun kehulu hilir memanjat sana sini. ulang sekali lagi puncanya heels LAMA. jadi apa maknanya tu ye. maknanye i kena google heels cantik comel cun melecun untuk menggantikan heels LAMA i tu.

dan hasilnya i jumpa ini :

Red Point heels
harganya rm168

sukanya yang ini. tiba-tiba rasa nak jadi princess bila nampak heels ni. haha..okey dah alang-alang search heels cantik munggil, maka elok jugak i buat entry untuk segmen shopping online geng blog pink. dah lama kan tak buat entry untuk segmen blog pink ni.



hasil yang i dapat seperti di bawah ye. sungguh cantik jika heels dari online shop ini tersarung di kaki ku juga kaki mu. 

Oxford Pointy Suede heels
harganya rm67
 
June Baby 
harganya rm80




dan yang terakhir, You, Me & Shoes. tadi lepas balik kerja i dengan housemate singgah kedai makan. sesudah kenyang melantak bihun soto, i pun dengan penuh tulus ajak housemate i masuk kedai cosway yang cuma selang dua tiga buah kedai je dari kedai i makan. alasan i nak masuk cosway tu adalah sebab i tak pernah masuk kedai tu. then i berniat baik nak beli ironing aid. 



punya la jakun kan first time masuk dalam cosway i teruja dengan barang-barang dalam kedai tu. kau sebut je nak apa semuanya ada. dari berus gigi sampai la ke baju kecik dan besar. mini market pun kalah ni. tapi, minyak masak tak ada jual kat cosway ye. i tak nampak minyak  masak pun tadi.


kesudahan yang diperolehi i tak beli ironing aid tapi beli heels. macam tak percaya pulak boleh beli heels dalam cosway. selama ni i cuma ingat cosway ni ada jual barang-barang penjagaan diri dengan rumah je. tak sangka pulak ada jual kasut. dan boleh buat hati i tertarik pulak tu. semua ni gara-gara test benda-benda yang dijual la. mula-mula test perfume. then nampak kasut test kasut lak. tiba-tiba rasa cantik kat kaki sendiri. satu pujian untuk diri sendiri nampaknya disitu kan. then nafsu menggelodak "kau kan memang nak beli heels, ni dah jumpa yang best, tunggu apa lagi. beli jelah"


lantas terus check purse cukup duit ke tak. OWH cukup nampaknya. terus cakap kat salesgirl i nak size 5 dan terus pergi kaunter bayar. selesai proses penggantian heels LAMA i tadi.



9 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

sape2 rendah pakai nieh...

Miss Izah Mohamed said...

ehhe xsuke pakai heels tp wedges ok.. ehehe

Markonah said...

cantik2 dan murah2 la ! nicee ;p

Myra Arshad (: said...

seriau pakai heels, takot tepelecok. keke.

ishiko said...

hahaha... sis Ada, ayt tu neyl ckp kt saya masa nk beli heels utk raya last year..
'ra kan memang nak beli heels, ni dah jumpa yang best, tunggu apa lagi. beli jelah" >_<

ada mokhtar said...

senja = terasa begitu kerdil sekali.. hehehe

izah = suka wedges gak.. rs stabil. tapi saja je nak ubah angin pulak..

markonah = betul tu.. beli! beli!

myra = kena catwalk r.. hehehe

ishiko = betul tu.. dah berkenan cepat beli.. nnt rs menyesal lak..

anamizu said...

yg shortie bleh cepat beli nih..hihi

.cik yaya. said...

hahahaha..samalah size 5!! or 4..huhu

ada mokhtar said...

ana = golongan macam i mmg kena beli cepat.. hehehe

cik yaya = eh lama je ek kita ni .. =)