3 idiots the best. tayangan akhir tahun yang best


Assalamualaikum!


Salam tahun baru kepada semua. malam tahun baru ni i melepak kat rumah je, tak kemana-mana pun. sebenarnya i macam tak berapa terasa sangat yang esok dah masuk tahun 2011. kalau tv tak tayang cerita best-best sempena tahun baru mesti i tak terasa langsung esok dah tahun baru. sungguh ketara seperti putera katak di dalam akuarium kan. haha..


kau tengok tak cerita 3 idiots?.. serius sangat rugi kepada korang yang tak tengok. gila kentang, gila-gila. memang sangat best! okey, tengok promo dulu.



search youtube sendiri la kalau nak tengok yang lain-lain. pada yang belum tengok, i suggest sila download cerita ni. 


sesungguhnya i ni kategori makhluk yang tak berapa minat nak tengok hindustan. paham-paham la kan. oh tidak! sangat bosan bila tengok aksi gaduh tumbuk terajang pukul. senjatanya pulak kayu hoki. lepas tu bila happy menari guling-guling kat taman. lepas tu main kejar-kejar dalam gerabak keretapi. tu belum cakap pasal menari tukar sepuluh dua puluh helai baju. okey i propa je yang sampai dua puluh helai baju tu. 


tapi! hati i sudah tersangkut bila tengok 3 idiots. sekali lagi i cakap ye MEMANG BEST! still ada adegan mari menari dan bernyanyi sambil menukar baju. tapi jalan cerita 3 idiots ni sangat menarik dan buat i gelak tanpa henti. then setelah gelak sampai sakit rahang, tiba-tiba ada part sedih. menakung jugak air mata i tadi. sesudah air mata bertakung, kembali bergelak dengan sangat girang. 


pelakonnya amir khan dengan karena kapooor. tu jelah yang i kenal. haha. nampak sangat i buta hindustan kan. okey what, at least ada jugak yang i kenal kan. *__* dah dua kali i tengok ni. tapi serius, tak jemu. rasa excited nak tengok untuk kali ketiga dan seterusnya. tiba-tiba jadi peminat fanatik pulak kan. terima kasih pada astro fiesta sebab tayang cerita ni. dah tiga kali ulang ni. dan sekarang i mengaku yang i layan hindustan *__*


bermesra dengan kak limah di katil

Assalamualaikum!

selamat hari minggu ye tuan-tuan dan puan-puan. suka betul i bila dapat berguling-guling lama atas katil pagi ni. matahari dah tegak kat kepala pun i masih berbungkus selimut konon-konon macam salji tengah turun dengan rintik-rintiknya. oh nikmatnya! 


nama je still cuti sekolah tapi last week i tak dapat masa tidur penuh berkualiti. isnin sampai khamis kena bangun awal pergi sekolah. jumaat bangun awal pergi pasar pagi. sabtu, semalam la tu kan. bangun awal sebab nak jumpa kak limah. 


out of date la kau ni cik ada. orang semua dah jumpa kak limah, tapi kau baru je jumpa kak limah semalam. hello! nasib baik i bangun awal tau semalam berlari ke kaunter tiket tgv jj tebrau city. kalau i bangun lambat confirm frust tertonggeng i tak dapat tengok kak limah. mak ai!! walaupun macam dah basi cerita hantu kak limah tu tapi semalam still penuh panggung lagi. rupanya masih ramai yang sewilayah dengan i asyik tertinggal kereta api. 



dan ini lah mangsa-mangsa menjadi peneman i tengok hantu kak limah semalam. benci tau insan-insan tersayang i pergi tengok tak ajak i. siap tengok lebih dari sekali pulak tu. benci korang tau! nasib baik ada budak-budak ni. 



ni students i, annur and venusha. tahun 2010 ni i guru kelas diaorang. so dengan sewenang-wenangnya diaorang menggunakan cikgu bujang ni untuk dapat tiket kebebasan dari parents diaorang untuk keluar rumah berpoya-poya. penat kaki i melayan diaorang ni semalam. diaorang gunakan i untuk berjalan-jalan dan i gunakan diaorang untuk teman i tengok hantu kak limah. 


kalau tak ada diaorang ni harus jugak i pergi tengok sorang-sorang. oh tidak! terasa begitu sedih layan movie sorang-sorang walaupun tahap sakit rahang kot gelak bila tengok hantu kak limah tu. tak payah nak buat review la kan sebab semua orang awal-awal dah tengok cerita ni dari i. cuma i nak cakap, yes! i dapat gelak dengan sepuas hati. sorry ye kanak-kanak, cikgu korang ni memang tak da makna nye nak cover-cover gelak. tapi dengan mr ehem kena cover sikit. nanti kena tegur.haha..



dah penat berjalan dan bersesak, mari memenatkan perut pula. tak suka betul pergi jj bila weekend. manusia teramat la ramai. semua restoren penuh manusia.  benci tau! tapi semalam terpaksa pergi jj jugak semata-mata nak bermesra dengan hantu kak limah. i malas la kan nak bawak kanak-kanak ni pergi ke jb. karang risau pulak parents diaorang ni kalau balik lambat. 


kesimpulannya hantu kak limah best. i puas. dan sampai je rumah semalam i terus tak sedarkan diri. lebih 4 jam jugak i membuta. dan kemudian membuta lagi di malam hari sehingga ke tegak matahari di kepala pada hari ni. tahniah, kau memang pakar tidak sedarkan diri cik ada. okey, bila bangun je dari katil, perut terus memainkan musik hip hop. mari mencari makanan pula *__*




irma hasmie dah ada pengganti nabil. hi hi bye bye nabil.


Assalamualaikum!

say tata to nabil. pelukan nabil telinga capang dulu sudah tiada makna. tak best! tiba-tiba nak letak gambar ni awal-awal sebab nak panaskan entry yang agak ketinggalan kereta api tanah melayu. suka-suka hati je buat tajuk macam gitu, padahal tak kenal pun siapa lelaki tu. okey, semua ini i reka cerita sahaja ye. sila jangan percaya selagi abang nara belum keluarkan gosip terkini.

ho ho ho merry Christmas. semalam i gantung stokin kat tangga rumah, tapi kenapa i tak dapat hadiah. mr ehem kata i tak dapat hadiah sebab i gantung stokin busuk. hello, i gantung stokin baru segar dari kedai tau. warna pink belang-belang gitu. then mr ehem kata mesti sebab rumah i tak ada corong asap. tu sebab uncle santa berjambang tak dapat masuk rumah i. okey, alasan ni i terima. esok i nak call uncle tuan rumah nak mintak dia renovate rumah sewa ni, buat corong asap. dan harus la uncle rumah tu akan cakap kat i "adik cantik, u dah gila ke?".


okey, i mengarut je tu. orang islam mana sambut christmas kan. so tak payah la nak melebih-lebih konon-konon kau yang menyambutnya kan. bukan agama kita tu. sekadar menghormati orang-orang yang sambutnya sudah la. tiba-tiba terasa nak jadi ustazah kat sini. sedang bergaya seperti ustazah dato mashitah ibrahim ni sambil melihat bunga api kat langit dari tingkap rumah. tengok bunga api orang sambut christmas tak berdosa ye. *__*


introduction yang panjang disitu nampaknya. mari terus ke isi kandungan. mari mencuci mata menambah saham melihat artis bergaya sakan kat anugerah skrin 2010 semalam. sanggup i tak keluar makan semalam semata-mata nak menambah saham beratkan bahu kiri i ni tau. mari melihat, mencuci mata *__*


mari bermula dengan pasangan-pasangan  merpati terbang sejoli yang sedang bahagia. tak lama lagi jumpa di mahkamah la tu. choi! mulut tak ada insuran la ni kan. gurau je *__*. tapi realitinya kan, macam dah bosan je i tengok kes-kes cerai berai, putus tunang, putus kawan, putus segalanya, gaduh-gaduh artis. apa-apa pun i doakan semoga jodoh diaorang semua ni panjang. bukan jodoh artis je, jodoh SEMUA ORANG! 







seterusnya gambar artis posing solo molo. 








seterusnya the hottest mummy yang terpaksa bawak anak sebab bibik ambil cuti sakit.





oh tidak! oh bulan! memang hot la nenek ini kan.


dah berat kan bahu kiri tu. dah cukup panas kan. okey, mari lihat artis-artis yang menyejukkan hati dan mata pulak. 



alamak, i baru perasan gambar artis perempuan je yang banyak. nak tengok lagi gambar-gambar artis lelaki dan perempuan lain kelik disini ye . ask 2010. TV3MALAYSIA .


lelaki perlu bertindak pantas sebelum terlepas. wujud persaingan di situ.

Assalamualaikum!

sebelum mula cakap mari kita menyanyi sepatah dua kata dulu ye. ehem ehem, training anak tekak dulu. 

apabila engkau berjumpa dengan seorang dara, 
yang banyak memberi harapan dengan sepenuh jiwa,
jangan biarkan ia menunggu, janganlah sampai ia berlalu..
jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang!

okey, search sendiri lagu jangan tunggu lama-lama ni dan teruskan menyanyi sendirian berhad ye. dan tiba-tiba nak taip mesej peribadi ikhlas dari hati. kepada encik teruna-teruna yang sudah mencuri hati cik dara-dara, sila bertindak pantas ye. jemput la jumpa ayah dan mama okey. hantar rombongan meminang dengan segera. lirik lagu kalau berpacaran tu.  

laporan banci penduduk 2010 dah menunjukkan bilangan lelaki lagi ramai dari wanita  ye tuan-tuan. tu baru dalam Malaysia, belum kira lelaki-lelaki omputeh, omhitam dan segala warna lelaki-lelaki negara lain kan. so lepas ni jangan kecoh-kecoh la nak cakap lelaki negara ni tak laku. sila bersaing dengan sihat ye. oh tidak! apa yang i tengah merapu ni!

eh kenapa gambar ni ada kat sini. hurm..


tiba-tiba datang mood mahu menaip isu paling serius dalam hidup. bukan sekadar benda-benda sekecil tahi mata seperti bagitau orang ramai yang esok i nak pergi shopping baju kurung dua tiga pasang kat pasar kemboja kota tinggi. eh, terlepas cakap pulak. i tak ada niat pun nak cakap benda kecil macam tu tadi. 

kembali ke isu serius dalam hidup ye. penting tau benda ni. kalau tak buat i tak boleh tukar status. masih berkaitan lelaki kena pantas seperti tajuk di atas. tapi yang ni lelaki dan perempuan sama-sama kena buat. ala, panjang lebar pulak nak melalut. cakap je cepat cik ada! okey, i nak pergi kursus khawin ni.

kau dah nak khawin ke cik ada? bila? berapa hantaran kau? baju khawin kau dah tempah? pelamin kau warna apa? tak tak! semua soalan tu jawapannya belum lagi. bukan i yang nak khawin dalam masa terdekat, tapi housemate i. housemate i belum pergi kursus khawin lagi. so untuk menghilangkan kebosanan pergi sorang-sorang dia ajak la i temankan. off course la i on je kan. senang i nak khawin nanti. dah settle bab kursus ni kan. 

tapi yang tak bestnya, tadi housemate i search kursus khawin kat area johor. mak ai!! mahalnya. jauh beza dengan harga kat terengganu. housemate i orang terengganu. so dia ada la survey harga kat sana. rm50 je. kat johor ni harganya sampai rm120. melampau kan bezanya. agaknya kat johornya ni sijil kursus tu dibuat dari kertas kualiti tinggi kan, tu sebab harganya mahal. tiba-tiba sedapkan hati sendiri buat alasan macam paling munasabah gitu.

then search pulak harga kat negeri lain.

 area selangor & kl harganya rm80 je. 


search pulak kat negeri kedah. i selalu nampak iklan kursus khawin kat hasani. so search harganya. 

yuran rm80 jugak.


musykil pulak kenapa harga kat johor mahal. takpa la esok nak jalankan misi mencari banner-banner kursus khawin. hari tu i ada nampak banner-banner kursus khawin ni kat tepi jalan masa lalu jalan bukit tiram. tak jauh rumah i. mana tahu, harganya tak melampau sangat kan.i pulak yang excited nak pergi kursus khawin. macam mana ni. i nak tanya mr ehem la kenapa i excited sangat ni. haha..




realiti dan fantasi seorang yang terlampau


Assalamualaikum!


misi hari ni i nak menunaikan segmen tertunggak geng blog pink. maaf berlori-lori la ye. tu la kan dulu masa time belajar asyik buat kerja last minute sangat, so sekarang ni pun dah melekat ketat-ketat perangai last minute ni. ni semua pengaruh rakan sebaya la. masa baru lahir dulu i tak macam ni tau. bila semakin membesar, dah pandai berkawan baru i jadi macam tu. haha. tiba-tiba salahkan orang keliling.


bukan main meriah lagi group pinky ni bersosial kat facebook. suka betul i berkenalan dengan mereka-mereka. sangat berseronok berborak dengan geng blog pink yang comel-comel semuanya. walaupun i ni dah masuk kategori akak diaorang. oh tidak! terasa sangat tua la pulak. benci tau! kenapa kulit i dah tak tegang ni ? dah macam erra fazira dalam cerita hingga hujung nyawa pulak. okey sekali lagi off topics. tak suka betul cerita tu. tadi tertengok kat astro. kenapa la suka ulang cerita tu. tak suka!


dah cukup melalut panjang lebar. mari ke segmen realiti dan fantasi.



segmen kedua ni cerita pasal diri sendiri je. pasal apa yang i idam-idamkan yang akan termakbul, maknanya yang akan menjadi realiti. dan juga apa yang i idam-idamkan akan jadi angan-angan mat jenin je, maknanya fantasi. so mari bermula dengan angan-angan yang bakal menjadi realiti. insyaAllah.



tahukan apa benda ini? ye, ini adalah sejenis keropok yang paling rangup di dunia. sangat enak dikunyah. ngap ngap. dum! kepala i kena ketuk dengan kuali.


i sedang berangan-angan nak guna benda alah yang sangat seksi, munggil, jelita, kacak, macho, slim, langsing dan segala atuk nenek best ni next year. harus salahkan mr ehem sebab menyemai angan-angan ni pada i. tak sabar nak tunggu mr ehem hadiahkan i benda ni. ceh! bukan nak kumpul duit sikit-sikit lama-lama jadi bukit beli sendiri, tapi nak mengharapkan mr ehem hadiahkan pulak.


insyaAllah angan-angan i nak guna i phone 4g ni akan jadi realiti. kalau tak dapat dari mr ehem, i beli sendiri. *__*. tapi hati i tengah dup dap dup dap tunggu mr ehem tiba-tiba bawak kotak berbungkus comel, ikat ribbon warna pink. then bila i buka  kotak tu i terus menjerit "i phone! suka! suka! sayang kamu!"


okey tuan-tuan dan puan-puan. sekarang i nak tunjukkan angan-angan i yang akan jadi fantasi semata-mata. i selalu berangan-angan nak jadi cantik, cun melecun, badan langsing, kaki panjang, rambut panjang ikal panjang, kulit putih gebu, mata menusuk kalbu, bibir mulut. pendek dan panjang kata semuanya cantik.


hanis zalikha the gorgeous!

i nak jadi jadi macam ni boleh? okey, berangan la kau cik ada. kesimpulannya ini hanya fantasi la kan. sekian, terima kasih *__*




jatuh cinta dengan ayoub


Assalamualaikum!

Burp!! hodoh betul perangai tiba-tiba mengeluarkan aroma kekenyangan kat sini. *__*  nyum nyum! menu dinner i malam ni prosperity burger. Alhamdulillah, nikmat sedap tekak dan kenyang perut. bila perut dah kenyang mula la berguling dan bergolek sakan depan tv. lepas tu mula la merungut perut naik, perut mengelebeh. macam-macam la kan. dasar manusia betul kan. jangan jadi macam i tau. *__*


hari dan malam yang ditunggu-tunggu dah pun tiba. ceh bukan main lagi ayat. ada apa yang kau sibuk-sibuk tunggu hari selasa malam rabu ni cik ada? ada rombongan datang meminang ke. oh tidak!  bukan malam ni je tau i menunggu. malam esok dengan malam lusa pun i akan tertunggu jugak . i sebenarnya tunggu nak bergolek depan tv melayan cerita AYOUB.




sila ambil perhatian ye. hari selasa, rabu dan khamis i tak free untuk apa-apa aktiviti di waktu malam bermula pukul 10.30 hingga pukul 11.00 malam. tak payah la nak ajak i kuar dating. i tak layan. haha. gila berlagak. padahal kalau mr ehem ajak berdating confirm i buat muka kiut miut macam meow. buat mata bulat lepas tu kelip-kelip kan, ceh! bajet muka tu comel la pulak kan. 


apa yang best sangat dengan cerita ayoub ni sampai buat i tertunggu-tunggu. jangankan masa berdating, masa keluar beli makanan pun i sanggup korbankan tau. nasib baik ada abang delivery yang cepat dan pantas serta memikirkan perut i yang baru nak start berkeroncong. 




i suka ayoub sebab ada dua orang manusia yang hensem. oh tidak! sangat nakal mata ini. bagi i tak da la hensem mana sangat pun, not my taste. ceh! sunggub berlagak ayat tu kan. haha. pelakon cerita ni boleh tahan best. siapa tak kenal fizz fairuz, pelakon yang meletup dalam nur kasih ni kan. lepas tu ada iqram dinzly yang sangat sopan santun dalam cerita ni. ada ke makhluk yang sangat-sangat baik macam watak ayoub ni kat dalam dunia ni ek. insyaAllah ada, tapi susah nak jumpa kan. stok kalau jumpa harus terus pergi pinang dia jadi suami la kan. 


heroinnya pulak fiza dengan watie. setakat hari ni episod 12 watak fiza tak ada la banyak sangat. walaupun i tak berapa minat tengok watie berlakon, tapi i puji dia berlakon dalam cerita ni. menjadi la gediknya tu. *__* . yang paling i suka tengok watak norish karman. kelakar betul tengok dia calit lipstick belemoih. okey, tak paham ek belemoih tu apa. belemoih tu maksudnya comot. macam orang tiga suku conteng lipstick kat muka depa. dengan rambut gerbang dia tu. thumb up to NK. selalunya i tengok dia berlakon jadi orang kaya, pandai bergaya tapi kali ni dia jadi orang yang ala-ala tiga suku gitu. 


watak man sewel lakonan razak ahmad paling best. kelakar habis jugak. tapi episod malam ni sedih. man sewel dan mati. dah tak boleh la i gelak-gelek dengan watak man sewel yang terer speaking. hebat kau, orang sewel speaking amerika. haha. .


bagi i arahan hilter m zami ni memang best. sama macam sebelum ni. tak mengecewakan. memang kalau boleh i tak nak terlepas setiap episod la. bukan main gila lagi kan dengan cerita ni. so, jom berguling depan tv tunggu cerita ni lagi malam esok =)



hadiah hari pertama pergi sekolah


Assalamualaikum!


Alhamdulillah ada jugak rezeki muka tak berapa complete i ni. senyum pun sumbing je. pakai tudung pun herot-bengot je. kulit hitam berkilat. sebelah mata pun orang tak nak pandang. lain la macam hanis zalikha tu. kalah siti nurhaliza. dah tak siti situ sana sini lagi sekarang. merata-merata orang sibuk bercerita pasal hanis zalikha the gorgeous tu kan sekarang. haissh!! tiba-tiba rasa merendah diri di sini.  okey, i memang rendah pun *__* 


melalut benda lain la pulak. tadi i nak cerita pasal rezeki i menang contest sebenarnya. hari ni hadiah contest 'i love miastuffz' dah pun sampai. yeah! yeah! ayuh lompat katak sepuluh langkah. i join contest ni last month. then hadiahnya dipos lebih kurang dua minggu lepas. disebabkan i guna alamat sekolah, so hari la baru i dapat tuntut hadiah tu kat office sekolah. i dah mula start kerja hari ni even lagi dua minggu sekolah mula. well, guru cemerlang kan. *__*


excited sesangat-sangat la kan nak bukak envelop padahal dah tahu hadiahnya shawls. sampai je rumah dengan penuh rasa girang i pun test shawls baru ni. dah hasilnya :




muka penuh rasa bangga dapat pakai shawls baru. padahal badan sedang beraroma yang sangat enak. bau peluh-peluh masam bercampur dengan kekotoran serta segala datuk nenek habuk. i kena bersihkan bilik muzik kat sekolah tadi. tolong my friend, ina. dia dah naik pangkat next year. jadi ketua panitia muzik. selamat menjalankan tugas ye cik ina. selamat main piano baru jugak. tergeliat jari jemari tulus mulus i ni tadi tekan-tekan piana. 



shawls bulat-bulat tahi kambing. bertambah koleksi shawls i. sebelum ni i ada beli shawls bulat-bulat macam ni. tapi warna merah. suka! suka! 


kelik kat sini ye kalau nak baca entry yang i buat pasal contest ni. 'contest i love miastuffz' . terima kasih banyak-banyak kepada mereka-mereka yang vote i hari tu ye. sayang korang sangat. time ni la tiba-tiba cakap sayang kan. terima kasih juga ye penganjur contest ni. nanti buat contest lagi, sure i join. *__*



segmen pecahkan ais pink


Assalamualaikum!

PINK! i suka pink. i sayang pink. tapi tak ada la sampai tahap mati kalau tak dapat barang pink. buktinya i masih stabil je walaupun tak dapat pakai myvi pink. i memang sentiasa tertarik dengan anythings yang berwarna pink. kalau muka kau pink pun mesti i kelik LIKE kat dahi kau. bagi i pink ni sangat WANITA. 


panjang pulak mukadimah pasal ice breaking geng blog pink i tu kan. okey make it simple. dengan bangga dan sangat terujanya i join geng blog pink anjuran cik yaya. really kiut idea cik yaya. terkinja-kinja i nak join geng ni tau. so mari i perkenalkan diri i. 




comel kan benda kiut ni *__*

nama betul-betul i nurul syuhada. i anak encik mokhtar. nama manja-manja i syida. tapi i suka guna nama ada untuk belog i. kampung i kat kedah. tapi sekarang i kat johor. tercampak kat hujung semenanjung semata-mata berkhidmat untuk negara. tiba-tiba wujud sentiment sayangkan negara di situ. haha. umur i sekarang 24tahun. i lahir 16 september 1986. i kasi cuti pada korang semua setiap tahun ye. sila berterima kasih pada i hokey *__*


okey sekarang pendapat i tentang geng blog pink ni pulak. i suka sangat dengan idea wujudkan geng blog pink. sebabnya i boleh tambah kawan dengan gilangnya. seronok tau bila boleh berkawan. boleh belajar banyak benda. pada i setiap orang unik. ada pendapat sendiri. so best kalau dapat tukar-tukar pendapat. 



yeah geng blog pink gorgeous! 


kalau lepas ni dapat buat gathering dengan geng-geng blog pink mesti best kan *__*



water & land of excitement @ The Carnivall


Assalamualaikum, salam sejahtera !


i masih menghirup segala angin-angin sepoi bahasa, bau-bau orang kedah buat masa ni. masih jugak request macam-macam menu dari mak i. laksa penang, masak lemak cili api rebung and today paprik rebung. kena nikmati sepuasnya tau, nanti dah balik johor menggelupur pulak  bila teringat makanan-makanan kegemaran i tu. 


so sempena masih kat kedah. i nak bercerita apa yang ada kat kedah la ye. best ke kedah ni? domino's tak ada. jucso pun tak ada. digi centre pun bapak susah nak jumpa. haish!! tiba-tiba rindu johor. tapi kan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. bila teringat bau ketiak mak abah mesti nak balik negeri sendiri jugak kan. okey, tak kena langsung kaitan peribahasa tu. 


jom cakap pasal apa yang best kat negeri kedah ni. i rasa ramai yang tak tahu kat kedah pun ada theme park. biasa la orang utara kalau terasa tebiat nak main-main air akan pergi bukit merah laketown or lost world tambun. may be kurang promosi jadi faktor theme park kat kedah ni orang tak berapa tahu. even rakyat kedah sendiri. so ashamed!



introduce to you the carnivall theme park. lokasinya dekat cinta sayang resort. terus terang i cakap theme park ni kecil molek je. jauh la nak dibandingkan dengan lost world tambun, sunway lagoon dan segala atuk nenek theme park kat Malaysia ni. kawasannya memang kecil je. tapi boleh la setakat nak melepaskan gian main-main air kan.


dua minggu lepas buat pertama kalinya i masuk the carnivall ni. ceh! cerita basi *__*
i melayan my sis, mimie and syima yang gian nak main air. sebelum ni selalu je lalu jalan kelab cinta sayang ni, tapi belum sampai seru nak singgah lagi kan. then hari tu tiba-tiba terkeluar ayat-ayat manis berjanji dengan si mimie nak bawak dia main air kat the carnivall ni. terjadi masa adegan memujuk dia yang tengah merajuk tak dapat pergi holiday kat langkawi atas masalah teknikal. 



tengah berjalan masuk ke dalam water park. tak usah cakap la kepanasan membakar kulit-kulit mulus i ni kan. okey cakap pasal bayaran masuk pulak ye. i bayar rm18 untuk adult dan rm13 untuk child. harga yang i bayar tu untuk bermain riang ria kat air sahaja. kalau nak bermain kat air dan darat harganya rm25 untuk adult. then untuk main kat darat je ada harga lain pulak. boleh check out sendiri kat website the carnivall ni .



pose lagi sebelum bersalin pakaian mandi.  



dan dah bersalin kulit. eh silap. salin pakaian. mimie tengah bersemangat dengan penuh berkobar nak naik gelonsor pusing-pusing kat belakang tu. 

terkejut i bila tengok budak-budak sebesar mimie je naik gelonsor tu. kat the carnivall ni tak ada had ketinggian pun kalau nak naik segala gelonsor pusing-pusing tu. so dengan gilang gemilangnya dapat la si mimie menjerit-jerit bila berpusing-pusing dalam gelonsor tu. i la jadi mangsa kena naik dengan dia. kena kepit badan dia pulak tu, takut terpelanting. haha. sure i kena cubit ni kalau dia tau i tulis pasal benda ni. 



kena pakai jam tangan yang ala-ala nampak tak nampak je tulisannya ni bila masuk theme park ni. hitam untuk adult and kuning untuk child. kami bertiga yang pergi bersuka ria main air sebab my sis p'qah berholiday kat langkawi. anies pulak ada kuliah. incik mokhtar and my mum tak kuasa nak melayan main air dengan kanak-kanak macam gini. 



lunch time. alamak tak nampak pulak makanannya. yang bestnya kat sini harga yang kita bayar untuk masuk dah siap dengan pakej lunch. menu lunch kitaorang hari tu nasi goreng dengan air grape. makan dengan penuh lahapnya sebab dah menggigil kebuluran. paham-paham la kalau dah main-main air ni mesti laparnya tak boleh dibendung. 

perut dah kenyang, sambung main lagi.





rupa paras budak yang seronok sangat-sangat main sorang sorang kat kiddies cove. i dengan syima melepak je kat bangsal. kebetulan hari tu plus buat family day kat situ. so ramai la manusia dalam theme park tu kan. nasib baik la banyak sangat bangsal dalam theme park ni. so dapat la i dengan syima berteduh jugak. sayang kulit kau!


muka tak keruan sebab dah penat menunggu si mimie main. layankan saje lah. hilang sikit penat, sambung main lagi.



syima tak nak main gelonsor ni. apa punya penakut itu manusia kan. si mimie pulak bukan main sakan menjerit. i pun sebenarnya gayat-gayat sikit. tapi cover baik punya. al maklum la kena la tunjuk hebat depan adik-adik kan.. haha




diaorang tengah mengharung ombak buatan. konon-konon macam tengah dilanda badai la kan. apa-apa jelah.



dah pun discover setiap ruang theme park ni. masa untuk bersalin pakaian asal semula. tu pun puas i dengan syima ajak mimie balik. menangis i kalau dia tak nak balik, nak main sampai malam. tak pasal-pasal nak kena book room kat resort cinta sayang ni pulak. *__*



okey, end.