rm30 untuk tutup aurat dan kelihatan gorgeous.


Assalamualaikum!

dikala gaji lambat lagi nak keluar kat mulut atm, hati ni makin mengedik la pulak nak membeli belah menghabiskan segala rm yang ada. jangan risau. ketagihan bershopping tetap dalam diteruskan walaupun duit dalam dompet tu cuma tinggal rm30. duit boleh cari. ketagihan shopping tak boleh dibiarkan. nanti lagi melarat. haha.. ada jugak kena ketuk dengan senduk kepala i ni kan. 

okey, dua tiga hari lepas masa melayan mood cuci-cuci mata i jumpa banyak items penutup aurat mahkota wanita yang gorgeous tahap berdarah hidung. trend shawls dan pashmina sekarang bukan main laju lagi. cepat betul masuk trend yang buat hati i cemas. hasilnya, dah tak terpakai pulak shawls yang ada. then tiba-tiba keluar unsur kebaikan untuk bersedekah kat students i. semua shawls yang dah tak berkenan di hati dah pun clear dari wardrobe i. 

wajah makhluk-makhluk suka habiskan duit shopping shawls dan pashmina dengan menggunakan duit jejaka ditengah-tengah itu. kecuali i ye. i dah ada duit sendiri. okey i ngaku. baru tahun ni je i guna duit gaji sendiri *__*


check out list shawls yang buat mata i jadi rambang ni ye. gorgeous and affordable darling! below rm30.


crumple shawls from Kf Glam. only rm22. i suka sangat shawls yang jenis keronyok macam gini. memudahkan hidup i tak payah nak iron. warna-warni citrawarna meriah macam gini senang di match kan dengan baju.    


lagi crumple shawls. tapi yang ni from radiusite. shawl atiaa. made from cotton. sah-sah senang tak banyak kerenah. rm19.  


shawl ombak. dari radiusite lagi.  i dah beli shawl obmak ni warna light blue. rasa gila sopan wanita suci pakai warna lembut macam gitu. *__* i beli dengan harga rm20 je tapi bukan kat radiusite ni. i beli kat kedai kecik kat dalam tesco mergong. i pun tak sure apa nama kedai tu. dah banyak kali beli kat situ tapi tak pernah belek pulak nama kedainya.


cotton candy ball from ayunar. only rm20. i dah grab yang ni semalam. red colour kau. tapi sayang. i beli harga rm25. rugi duit i lima hinggit. berkira sangat. haha. padahal i boleh je shopping kat ayunar ni kan. i pernah shopping inner kat ayunar ni dan i suka their job.


gipsy shawl from Mia Stuffz. harganya rm20. ada macam-macam corak lagi. kalau tak tahu nak belit shawls ni, mia stuffz berbaik hati kasi tutorial. kelik je link tutorial mia stuffz ni.


murah dan cantik kan. ye, jom shopping!


kebahagiaan dalam perpisahan. eh silap. kebahagiaan dalam kejayaan.


Assalamualaikum!

 muka bahagiaan yang sedang dibuat-buat 


 wah gitu tajuk ala-ala lagu shahir af8 pulak kan. mentang-mentang la shahir sedang sakan dengan kereta BMW sekarang. mewah u. pandai je pulak bukak cerita gosip kan. i tengok melodi last sunday. ada cerita pasal si shahir ni. yelah dulu kan kereta canggih manggih fairlady dia accident. tak siap baiki lagi, dah pulak keluar cerita dia pakai BMW. hebat budak tu kan. ayah dia tan sri ke?

si shahir ni cakap kereta-kereta yang dia pakai tu bukan dia punya. semua harta orang. tapi orang tu baik hati kasi dia pinjam. yelah, kesian kan. mesti dia patah kaki sebab tak da kereta. baik orang tu kan kasi dia pinjam BMW. kalau kau atau i tak da kereta agak-agak ada tak orang baik hati nak kasi kita pinjam kereta BMW? BMX pun belum tentu orang kasi kan. yelah, si shahir tu siapa. artis meletop kot. tahap buat konsert kan London. tak kan la orang nak kasi pinjam proton waja je. 

cukup-cukup. terlebih sudah cerita pasal keraguan i pasal jawapan nak selamatkan diri  si shahir gigi besi yang kiut ni. mari buka cerita pasal mencari kebahagiaan dalam kejayaan pulak ye.

 muka yang ni nampak bahagia tak? tak nampak jugak ye. makna gayanya i kena mencari kebahagiaan dalam kejayaan la. 


tuah manusia kat dunia ni tak sama. ada yang gila payah nak berjaya dan gila payah nak bahagia. ada pulak penuh bunga-bunga bahagia tapi hidupnya sederhana je. ada pulak spesis manusia punya la gempak berjaya  tapi hidup tak bahagia. macam-macam kategori kan. untung bagi manusia yang terpilih bila dapat berjaya dan bahagia serentak dalam hidup. 

tak mustahil pun nak dapat kebahagiaan dalam kejayaan ni dalam hidup. cuma mungkin kena tambah bahan perasa sikit. jom baca beberapa tips mencari kebahagiaan dalam kejayaan.

1. andai kata kita dah berusaha tapi still hasilnya tak seberapa. makna lain tak berjaya la tu kan. please jangan berhenti kat situ. tapi cuba selidik kat mana punca kita tak berjaya. then start a new step. pegang kata-kata ni "usaha yang berterusan pasti akan membawa kejayaan". don't give up! 

2. perkata penting dalam kerja or apa-apa dalam hidup ni mestilah kena rasa seronok. tapi biasala kan, kadang-kadang mesti terdetik rasa tak seronok jugak kan. once dalam keadaan gitu, jangan terus layan perasaan  tak seronok tu. apa yang kita kena buat, cuba cari balik keseronokkan. create la suasana yang boleh kembalikan suasana seronok. 

3. kalau nak berjaya, jangan terikat dengan pemikiran yang lama ala-ala zaman datuk nenek dulu. keluar dari zaman kegelapan dan cari lampu. cuba create somethings new. yang lebih kreatif untuk rangsang diri sendiri. 

4. bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. dalam nak capai yang apa kita mahukan mesti la banyak betul halangan yang wujud. berasap la otak kita berfikir macam mana nak selesaikan masalah. bila dalam keadaan bermasalah macam gini, cuba jadi orang yang berfikiran positif. jangan sesekali fikirkan alasan bagi masalah. tapi fokus untuk cari langkah penyelesaian walau dengan apa cara pun. 

5. kalau nak berjaya dalam apa pun yang kita buat, beri komitmen 100%. usaha dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah kebahagiaan dalam kejayaan akan jadi milik kita. 


alamak terpejam mata pulak. 


buat masa ni i sedang selidik punca masalah i, sedang cuba berfikiran postif, sedang mengingati detik-detik keseronokkan dulu, sedang cuba berfikir idea kreatif yang boleh i gunakan dan akan terus berusaha dengan komitmen 100%. i nak kebahagiaan dalam kejayaan juga. i sayangkan hubungan i dan i sayang kerjaya i.


peace no war!


masa berkempen sudah tinggal 2 hari


Salam dan selamat siang. terus terang i cakap i sedang jalankan misi berkempen. dah macam masuk pencalonan pilihanraya la pulak kan. tidak tidak. i bukan pemimpin mana-mana parti politik. 
okey, dah tau kan i nak berkempen apa. tak payah nak membebel panjang lebar lagi. tempoh undian dah tinggal dua hari je lagi. maka harus la i mintak tolong kamu kamu yang cantik, baik hati, hensem serta budiman. mulut manis je kalau nak mintak tolong kan *__*



mula-mula kena LIKE page Mia Stuffz. kelik je pada Mia Stuffz ni. i dah link kan. tak rugi kalau like page Mia Stuffz ni tau. dapat cuci mata dan shopping dengan nikmatnya. kalau tak percaya cuba la search dan Like page Mia Stuffz tu. gadis-gadis cantik mesti tergila nak latest shawls macam yang Mia Stuffz ni jual. ha yang lelaki pulak tak payah nak segan-segan. korang boleh shoping shawls untuk mak, mak we dan wife korang. 

dah settle like page Mia Stuffz, korang cari la gambarajah bajet ayu ni ye. 



tak payah pening-pening tengok ramai sangat gadis kat situ. kelik je link yang i bagi ni. adasyida mokhtar. kan dah keluar muka i. so, saudara saudari yang budiman sila la tolong tambahkan jumlah like gambar i tu ye *__*  terima kasih je atas pertolongan korang. i sayang korang lebih *__*


ni salah satu latest collection Mia Stuffz. colourful gipsy shawls. check it out babes =)


asam pedas kegemaran Dr Puad Zarkashi



tayang gambar asam pedas ikan merah yang lazat lagi enak lagi menyelerakan dulu kasi meleleh air liur korang. haha. sungguh kejam perangai kan. nasib baik bukan bulan Ramadhan. tak pasal-pasal menambah sebakul dua dosa i kan sebab buat korang terliur miur. serius i cakap LAZAT!!


okey, i memang nak tayang kesedapan asam pedas lagi. nampak sangat la i penggila asam pedas kan. hari tu dah pernah story pasal asam pedas tetel kat melaka, hari ni nak story pasal asam pedas tambak kat batu pahat pulak. i suka share tempat makan ni dengan korang sebab sharing is caring kan. lagipun i dapat pahala sipi-sipi sebab mengenyangkan perut korang dengan makanan yang sedap kalau korang pun terus berlari pergi makan kat tempat yang i story morry tu. 



memang kena buang daerah kalau orang batu pahat sendiri pun tak tahu tempat ni. buang negeri pun i rasa berpatutan. gila kejam kan. ha tu la sebab i tak jadi hakim. i jadi cikgu je. lokasi asam pedas tambak ni kat tengah bandar batu pahat. sebelah pejabat pos batu pahat. depan sikit je dari dataran penggaram yang ada monumen pahat dengan tangan yang gah tu.


Dr Puad Zarkashi pun pernah sebut pasal kesedapan asam pedas ni masa kat parlimen. office UMNO batu pahat kat belakang kedai asam pedas ni je pun. memang sentiasa penuh je meja kalau datang waktu tengahari. selain dari asam pedas tambak ni, ada gerai-gerai lain lagi. gerai-gerai nis sederet. semuanya memang power rangers punya kuasa jual asam pedas.



asam pedas ikan merah untuk dua orang makan, telur asin, sayur kacang botol, nasi dua pinggan, air tea o ais dua. semuanya rm17.50. sangat-sangat berbaloi-baloi. yang paling meletup pemakan pilih kat sini isi ikan merah, kepala ikan merah dengan ikan pari. 



tunggu pa lagi, mari kita ngap. baca doa makan dulu ye sebelum makan. jangan share makanan korang dengan si syaitan. *__*


jom jalan-jalan cari makan lagi. 








tangan, kaki dan mata gatal


Assalamualaikum. ni apa kes belum tidor lagi. tak baik untuk kesihatan tau diri dan baby dalam kandungan tau berjaga lewat malam. tiba-tiba pulak nak kasi tarbiah pagi-pagi dingin beku ni. i dah tidur tau waktu ni. post ni i taip masa pukul 10.00 malam tadi. 'benda' suruhan i yang publish post ni pada waktu ni. ha tegak la bulu roma la tu. 

belog i ni dah ada 'benda' lain tau. tiba-tiba ada tangan lain gatal menaip comment kat shoutbox i menyamar guna nama nyah siap pakai url belog i. lepas tu nak melaga-lagakan i. kau ingat i ni ayam laga ke? memang dasar tak da kerja lain kan. tak payah la nak menambah-nambah bahan perisa ye. hal rumah batu banglo i jangan la kau buat-buat sibuk. baik kau mintak maaf. bukan apa takut kau dapat dosa melaga-lagakan i tu je. kau rasa bersalah tak? bagus la kalau rasa bersalah, tapi kalau tak rasa apa-apa, i suggest kat kau pergi jumpa pakar sakit jiwa. malas la i nak panjangkan cerita benda ni. selagi tak porak poranda hidup i ni, selamat la kau si 'benda' bertangan gatal.

full stop pasal tangan gatal. masuk pada kaki dan mata gatal. yang berkaki dan mata gatal tu i. gatal nak merayap-rayap menghabiskan masa cuti kat kampung ni dengan kanak-kanak riang ria yang sentiasa berkepit dengan i ni. mentang-mentang cuti ni kereta i ada kat kampung, bukan main sakan lagi diaorang mengerjakan kaki i tekan pedal minyak jadi driver diaorang ke hulu hilir. macam-macam agenda ada dalam kepala bergeliga diaorang  tu. 

dan antara idea bergeliga tu mesti la mencuci mata yang gatal di cinema.


tapi i pun sebenarnya suka idea bergeliga diaorang tu. bosan melepak menganga je kat rumah. i pun dah jarang nganga depan tv sekarang. internet pulak slow je. so banyak masa i habis dengan berkuak macam-macam gaya je. bagus jugak melayan kepala otak bergeliga penuh agenda berpoya-poya kanak-kanak riang tu. lagipun rasa macam dah lama pulak tak habiskan duit dua tiga puluh kat cinema. 



ni last movie yang i tengok. masa cuti depavali lepas. dengan kanak-kanak riang berdua ni dan 'someone'. anies dengan p'qah tak ikut masa ni. plan asal nak tengok  \You Again, tapi sangat sedih semua cinema kat kedah tak tayang movie tu. benci tau! kempunan i nak tengok You Again tu. tunggu beli dvd jelah nampaknya. 

layankan jelah cerita estet. Ya Rabbi. speechless. payah betul nak buat comment pasal cerita tu. the best word yang i boleh cakap SENGAL! semuanya sengal. sengal yang negatif dan sengal yang positif. apa-apa kesengalan tu dapat la buat i gelak. 




i suka tengok wayang kat kedah sebab MURAH.  kalau kat JB tengok wayang berdua dah lebih kurang sama harga dengan tengok wayang berempat kat kedah. tapi yang tak bestnya, tak banyak pilihan movie.   seat d-8,d-9,d-10,d-11.. eh kenapa ada 4 seats. siapa punya seat lagi 1 tu. okey, teka sendiri ye.  i baik hati kasi klu ye. i bukan tengok cerita seram dan bukan tengok pada malam jumaat. sangat membantu kan klu i bagi tu.


selamat tidur dengan nyenyak *__*


tak mungkin kerana sayang


.mimie mokhtar. show sempena majlis hari raya di IPD Yan. 


budak ini namanya mimie mokhtar. i ada mokhtar. eh sama la pulak binti i dengan budak ni. suratan atau kebetulan kah ini? apa kaitan budak ini dengan i? i kenal dia ke? dia kenal i ke?

enough!! sudah la! i sendiri pun rasa menyampah bila tulis benda merapu macam kat atas. begitu gedik kan. budak kat atas tu adik i yang bongsu. tersangat lah manja budak i. waktu gaduh i dengan dia memang saling berpura-pura seperti kura-kura dalam perahu tak kenal sesama kitaorang. tapi bila berbaik, kitaorang memang melekat. 

sorry la rakaman ni kualitas nya sangat mundur sekali. ala, paham-paham la bila tangan tak dibedung yang pegang kan. mati i kalau pqah baca ni. i joke je tau pqah. terima kasih banyak-banyak-banyak tolang rakamkan ni untuk i ye. jasamu dikenang. nanti tolong rakam show yang lain pulak lak. menyampah tul i. i selalu tak dapat tengok live show budak ni. 




selamat pagi Malaysia. mulakan hari anda dengan sarapan


breakfast penting. setiap orang kena breakfast. i pun kena breakfast. kalau i tak breakfast nanti perut i anjurkan konsert goyang gerudi inul. lepas tu kepala i terasa ting tong. dan kemuadian badan i menggigil-gigil. dan pada ketika itu, tangan i merasa gian mahu mencubit perut-perut gendut kanak-kanak yang berdosa dan tidak berdosa. oleh sebab itu, i kena breakfast.


u dah breakfast ke belum ? kalau belum jom i belanja. konon-konon macam iklan kfc mamat rambut kembang yang nak belanja semua orang tu. tiba-tiba bermulut manis nak belanja orang pulak pagi ni. mampu ke kau cik ada? okey, i tengah ukur baju pada badan sendiri. kalau setakat seorang dua, insyaAllah mampu. tapi kalau semua, bankrupt la i nyah oi.. 


nikmatnya hirup english tea sambil suap toast bread kat mulut. ngap ngap ngap ngap gigi mengunyah. ha siap pakej dengan bunyi i bagi. nak tunjukkan kenikmatan dunia tu. sila jangan fikir i nak belanja korang breakfast kat sini ye. kopak poket i kalau anda berfikiran gitu.


 i sebenarnya cuma nak cakap yang i rindu kat teman sekereta purple i. dah lama tak melepak kat rengit coffee minum teh kegemaran i dengan kamu-kamu. lokasi wajib kita kalau dah buntuk sangat tak tahu nak lepak kat mana kan. bila Jb nak ada cawangan rengit coffee ni kan. nanti kalau i rindu-rinduaan kat kamu-kamu cik farah dan kekasih, boleh la kita melepak bergosip panas hot fm sambil minum teh kan. 



jemput minum sambil online. cari satu dua latest gossips. 


orang gedik suka melayan mesti la dapat hadiah dari secret admire



home sweet home.. yeezzza!!
 i dah dapat bergolek-golek di bawah ketiak mak kat kampung halaman yang banyak buah pelam. 

Alhamdulillah pukul 5 pagi tadi i selamat jugak sampai rumah. macam-macam dugaan jadi semalam. dah gaya macam lebai malang pulak kisah i semalam. flight i sepatutnya pukul 10.55 malam. then masa sampai kat senai lebih kurang pukul 9.00 malam, i dah rasa tak sedap hati. jerebu tahap macam kabus kat cameron highland nyah. terbantut pemandangan mata. dan memang betul la pa i rasa. flight terpaksa delay sebab cuaca  teruk. terpaksa la i bergelimpangan kat airport. kesian jugak kat mak dengan abah yang jadi penunggu kat airport bayam lepas. harus la panas bontot menunggu i sampai.

lebih kurang pukul 1.30 pagi i sampai kat bayam lepas. rupanya tak habis lagi malang. i ingatkan dapat la i sampai rumah dengan kadar paling segera. tahap datuk nenek punya mengantuk mata i ni. kitaorang terpaksa  naik feri sebab jambatan pulau pinang ditutup start pukul 1.00 pagi sampai pukul 10.00 pagi esoknya. bertambah-tambah lambat sampai bila semua kereta berpusu nak naik feri. berjam-jam jugak la terkemut-kemut dalam jem. kesian kat abah semalam tahan mata. i dah semestinya tersengguk-sengguk. bila bukak je mata dah masuk simpang rumah rupanya. bertuah punya anak kan. 

pagi ni kepala semua orang dah ting tong. paham-paham jelah kalau badan penat sangat, then tak cukup tidur pulak. macam ada ambulans dua tiga buah keliling kepala ni. kepala ting tong sangat sesuai jadi alasan malas masak hari ni kan. ceh! macam la selama ni kau yang masak cik ada. ye-ye, i ngaku malas masak. tapi i rajin ke hulu hilir ke serata ceruk Yan untuk cari laksa tadi. malang lagi! dah serata ceruk cari, semua kedai tutup. benci betul tau. patah la hati nak makan laksa sedap hari ni. terpaksa beli kat kedai pilihan terakhir tadi. ceroi, tak feel langsung. 

kisah malang dah berakhir. cukup-cukup la cakap pasal benda tak best kan. sekarang cakap benda best pulak. YEEhaaaa. sekotak bungkusan misteri sampai tadi. jeng jeng jeng. bapak gila excited ni. mesti secret admire i kasi hadiah ni. ala, orang suka melayan, gedik-gedik macam i ni kan mesti la ada secret admire. harus la dapat hadiah misteri nusantara macam gini kan. berangan la kau cik ada. cantik ke kau? 



dup dap dup dap. sound effect bunyi nervous meneka apa ada dalam kotak tu. cepat-cepat, mari teka apa dalam kotak ni. tv plasma kah? kerusi urut ogawa kah?  imiganasi i tinggi tau, jauh lebih tinggi tarafnya dari ketinggian sebenar i. 

tengok pada cara i sengih dah dapat baca aras kegedikkan i kan *__* . 



i dapat teman peluk-peluk baru la nyah. gebu gitu. hadiah ni sebenarnya dari mamazakwan. hari tu i ada tulis pasal i menang contest kan. so ni la hadiahnya. terima kasih ye mamazakwan. harus la semakin berkobar-kobar semangat i nak join contest lagi lepas ni *__* 

budak kecik mimie awal-awal lagi dah lantik bear gebu ni jadi teman peluk dia. melepas i nak berpeluk dengan bear ni. tak pa la, rela berkorban demi adik kenek dirindui yang buat bulu mata i jatuh masa i kat JB. tak sabar nak memang contest lain pulak. gila riak punya statement kan nyah. hahaha *___*





ho ho ho happy holiday


i kat Jb lagi. tengah bergolek-golek kat rumah bff. tuan rumahnya belum balik, tapi sesuka hati je i buat macam rumah sendiri. tuan rumah tinggalkan kunci kat lokasi tersorot di luar rumah. teknik biasa orang buat. tinggal kunci dalam kasut, dalam pasu bunga, lagi best dalam peti surat. tapi syyyhhh.. jangan kasi tau orang lain tau. sila berlagak seperti ini rahsia kerajaan rumahtangga anda sahaja ye. 


flight malam ni pukul 10.55. huh! lambat lagi. dah tak sabar nak balik berkepit bawah ketiak mak. nak mengadu itu ini. nak merengek demam. nak merengek tolong kesat hingus. dah tua bangka pun nak manja-manja. harus la ini mendatang kecemburuan pada adik-adik i tu kan. ada i kesah *__*


terima kasih daun keladi ye my dearest paah dan tubish atas kesudian korang disusahkan oleh i. tak pasal-pasal kena berkhidmat jadi teksi pulak kan. sayang korang. nanti i belanja korang makan mcd. *__* cik paah, sila kuatkan semangat. nanti jangan main bump car di atas jalanraya lagi ye. tubish, drive carefully. kalau singgah ayer hitam beli lemang, jangan lupa orang lain tau.


 kepada housemate i yang paling bombastik melotup best, puan azian, dayah dan aliana. selamat berhoye-hoye di kampung korang ye. selamat bersalin dengan selamat dan dapat baby boy yang comel ye puan azian. i doakan u dari rumah i ye. selamat menghampiri jodoh ye cik aliana. selamat berdating ye cik dayah. 


kepada semua cikgu sekolah, murid sekolah i ucapkan dengan penuh gilang gemilang nya, HAPPY HOLIDAY *__*. tak payah fikir-fikir, buat-buat rajin ingat buku ye.  holiday adalah sangat anda berhoye-hoye-hoye sampai lebam kepala otak. *__* dengar cakap i ni tau. bubye



in memories. 

penyudah segala kekusutan


semuanya jadi makin teruk sekarang. serba serbi jadi kucar kacir. i dah tak keruan tahap nak terjun dari tempat tinggi.


wwwWWWWWWAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhgggggggggggg!!


terjun dari tempat tinggi sambil menjerit sekuat hati. bestnya kalau dapat buat aksi bungee jumping diwaktu otak tengah berserabut dan badan dah tak berdaya nak tampung bebanan. 

letih sangat dengan beban sekarang. demam selsema tak baik lagi, ditambah pulak dengan pakej batuk. badan sentiasa panas, tapi tapak kaki ni sejuk je memanjang. sepanjang masa nak kena pakai stokin. dah gaya orang tengah berpantang pulak kan. lemas betul. muka lak dah macam nenek kebayan. mengelupas sini sana.TIDAKKKK!!!  benci tengok muka sendiri kat cermin. budak-budak sekolah pun naik menyampah tengok muka selekeh i sekarang. 

tu pasal  kesihatan. ni pasal kerja berlambak nak kena siapkan. tak memang tangan. kalau ada jual tangan palsu boleh cantumkan kat badan ni, memang awal-awal lagi i beli. kalau ada 10 tangan  mesti cepat siap kerja i kan. tapi kalau beli sampai 10 tangan, i nak cantum kat mana. badan i kecik je.. karang smpai ke kaki pun ada tangan juga. okey, cancel. beli dua tangan je cukup. dua tangan original plus dua tangan extra. so dapat cepatkan kerja 20% lebih cepat kan. 


kesihatan dah, kerja pun dah. ni pulak pasal 'dia'. waaaaaargggggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
seriously, I've no words to say. ni bukan priority i yang ketiga, tapi pertama. 

nak buat aksi bungee jumping kat bangunan sekolah!!!!!!!!!!!

mak, abah, adik-adik... rindu kamuu.  huk huk huk.. *__*' BENCI tau! mula la berlenang air mata ni. huk huk huk . 


konklusinya, Ya Allah, beri kekuatan kepada ku menempuh segala dugaanMu ini. daripada terus melalut tak tentu arah lagi baik i ambil wuduk baca Qur'an. agaknya dah banyak sangat dosa terkumpul, tu yang rasa panas semacam je ni. Salam. 




hasil kerja tangan tangan sendirian berhad


Salam. i nak menunaikan janji yang tertunggak. hari tu i ada tulis nak upload gambar hantaran yang bertungkus lumus disiapkan dalam masa 7 jam bersama tuan empunya diri yang menjadi cik tunangan orang dan bakal jadi puan selepas dan pak andam yang terlampau.. i upload tiga empat keping jelah ye, ponet nak upload semuanya. so, enjoy the show;


  

tema hijau untuk pihak perempuan. 





tema gold untuk pihak lelaki. 


dengan bajet yang sangat rendah, tak lebih dari tiga ratus pun cik aliana berjaya juga jadi tunangan orang. seronok tau bila mengadap proses-proses menyiapkan segala urusan kahwin RAKAN kita yang bakal berkahwin. saja je i besarkan 'rakan' tu sebabnya i belum lalui proses itu untuk diri sendiri, so tak merasa la pengalaman tu. 

untuk mereka-mereka yang bakal berkahwin yang tinggal di sekitar johor terutamanya geng cikgu-cikgu sewilayah dengan i yang tercampak kat penghujung johor ni. i tau korang-korang tengah sibuk merancang nak kahwin kan. i suggest pergi la membeli belah barang-barang hantaran or kahwin ni kat kota tinggi. memang memuaskan hati. harga barang kat kota tinggi lebih murah kalau compare dengan harga kat ayer hitam. siap boleh tawar-menawar kau. i ada jadi member kat 1 kedai barang perkhawinan ni. boleh dapat diskaun. cakap je dengan i, nanti i bagi pinjam member card okey. tiba-tiba pulak buat promosi kat sini, macam la apek kedai tu bagi i komisen kan. 


penutup karangan ini; selamat menjadi tunangan orang cik aliana. 

Aidiladha tanpa yang tersayang


Selamat Hari Raya Aidiladha kepada mak, abah, adik-adik, atuk, nenek dan sedara mara di kedah. terima kasih atas segala pengorbanan mak abah membesarkan kak selama ini. jasamu sangat ternilai. kepada adik-adik, korang jangan nakal-nakal ye. simpan daging qurban untuk kak sikit. 

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada mr ehem. semoga segala pengorbanan kita selama ini membawa lebih keberkatan. sempena hari yang baik ni, jom la kita sama-sama buang yang keruh dan ambil yang jernih. 


ucapan hati hari raya yang penuh dengan sentimental value. bergenang air mata, hidung, jantung, hati i tau. 



Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. semoga Aidiladha ini membawa lebih keberkatan juga kepada semua dan moga pengertian korban diteliti dan membawa pengajaran kepada semua.

terasa sayu je hati ni bila dengar kemerduan tadbir raya. sedihnya beraya tanpa keluarga dan dia. rindu!!!!!! ni la padahnya bila duduk jauh dari kelurga. dah tak dapat balik raya. alang-alang tak dapat balik raya, baik duduk luar negara je. baru style. ni macam lawak je bila sebut duduk dalam Malaysia, tapi tak balik raya.

tapi apakan daya. tak ada rezeki i nak makan daging qurban kat kampung kali ni. cuma dapat makan laksa penang buatan sendiri je malam tadi. beriya i dengan housemate berperang kat dapur memasak laksa tau. harus la sedap.

pagi ni bangun dengan keadaan agak sugul.biasa la bermuka buruk setelah bangun tidor kan.  selsema tak baik lagi. ditambah pulak dengan darah keluar dari hidung. termenung atas katil berfikir nak buat apa i hari ni. ke mana nak menuju ni. off course la termengeluh panjang. 



i need ur help


Assalamualaikum tuan, puan, datuk, datin, encik, cik dan segala gelaran. i sebenarnya nak mintak bantuan tulus ikhlas dari anda semua. jangan risau ye, i bukan nak pinjam duit u, i cuma nak mintak u tolong 'like' gambar i je.

tapi sebelum tu, u mesti la ada akaun FB. harus la u ada akaun tu kan. then u kena 'like' page MIA STUFFZ ni dulu. then baru u 'like' gambar bajet cun i tu ye. linknya: adasyida mokhtar

okey, untuk mudahkan u lagi:

step 1: 

step 2: 

okey siap. terima kasih banyak-banyak-banyak ye. sayang kamu-kamu. jasa anda amat i hargai *__*


juara peringkat sungai kota tinggi

peringj

wah, bukan main meleret senyuman mr ehem i ni kan. nampak semua gigi. dah macam iklan ubat gigi untuk perokok pulak. i pulak yang rasa nak menggelupor menahan sabar. terguris, terhiris hati i tau. robek hati i bila mr ehem senyum meleret macam ni. sampai hati dia tak kasi peluang pada i langsung. u memang tak kesiankan i kan. menci! menci! menci! geram sangat i bila mr ehem mempersendakan i sebegini rupa tau!

sungai kota tinggi yang pernah melimpah ruah sehingga berjaya membuat orang-orang renek seperti i tenggelam pada tahun 2006 (kelik sini nak tengok bukti) jadi saksi hati i dirobek, dicarik oleh mr ehem dengan penuh rasa tidak kesian pada i. 


berasap kepala i tau menempis serangan mr ehem. sebenarnya i nampak kepala mr ehem pun berasap jugak. tapi i saja je tak nak kecoh macam mr ehem kecohkan kemenangan dia. benci tau! walaupun dia menang, tapi tak da semudah ABC atau 123. harus la i buat kepala dia berasap juga kan. 

 muka riang riang mr ehem lepas buat i checkmate pada first set.


muka riang ria kanak-kanak rebina mr ehem selepas berjaya membuatkan langkah king i terhenti pada second set. ala, berpeluh-peluh kepala dia baru dapat kalahkan i. 

sepatutnya i jadi juara. tapi apa kan daya, keadaan tubuh badan serta hidung i masa perlawanan ni tidak stabil. i bersin lebih dari 10 kali dalam masa 5 minit tau dan jumlah tisu yang digunakan tidak dapat dikira. 

dan semestinya i sedang cuba buat muka comel selepas kepala berasap dan sedang berusaha menampal membalut hati i yang telah robek. it's ok dear, i akan pastikan i menang bila kita repeat. dan i dah berjaya menang 1 set dalam game online kitaorang. yeaaaahhhhhaaaaa....!!! sila buang title 'loser' yang u bagi kat i tu ye mr ehem.


nota tapak kaki:~
tahniah ye mr ehem. nanti kita repeat game. pilih lokasi lain ye. i request nak main kat taman istana yang mengadap atas bukit mengadap Singapore tu ye. dan lagi 1, yang ni mesti u suka meloncat-loncat punya. i akan bertanggungjawab atas kekalahan i tu. antara cepat dengan lambat je masa nya. u paham-paham la ye, i tengah sibuk ssangat-sangat dengan kerja i. sekian, terima kasih *__*'


lisa surihani tersebut perkataan tak elok dalam rancangan realiti


tiba-tiba terbuka kisah artis pulak kat belog i ni. sekarang ni meletup-letup kisah si telinga capang nabil dengan girlfriend baru dia kat belog-belog. macam-macam ulasan i baca. i baca jelah, tak kuasa la pulak nak buat ulasan. itu cerita nabil, ini pulak cerita pasal lisa surihani.

i memang minat dengan lisa surihani yang cun melecun ni. dalam tv nampak well manner je orang nya. sopan santun, berlakon pun best, cakap tak terjerit-jerit .. pendek dan panjang kata semua yang baik-baik je. 

tapi!!!! jeng jeeng jennggg... tak disangka-sangka masa i tengah khusyuk tengok mari menari semalam, i dengar perkataan 'gila babi' dari mulut lisa surihani. mula-mula i fikir i just salah dengar, tapi housemate i pun dengar benda yang sama. untuk kepastian tadi pukul 8 kitaorang beriya-iya duduk depan tv semata-mata nak tengok ulangan mari menari. then!!!! tepat sekali. hari ni masa siaran ulangan, perkataan yang lisa surihari sebut tu di mute kan. 

amat mengejutkan. dalam kepala i orang sesopan lisa surihani tak kan sebut perkataan tu. yang lagi mengejutkan i, agak-agak la lisa nak sebut perkataan macam tu dalam rancangan siaran langsung. 

okey, tutup cerita pasal lisa surihani, tak kuasa i nak buat ulasan lagi. ni nak cerita pasal aktiviti menyiapkan hantaran tunang housemate i, Aliana. 


ini rupa paras pak andam terlampau. orang penting masa siapkan hantaran. kitaorang mula buat hantaran dari pukul 12 tengahari sampai la pukul 8 malam. Alhamdulillah berjaya siapkan 7 dulang untuk eddy dan 7 dulang untuk Aliana. tema gold untuk eddy, then tema hijau untuk Aliana.

bila dah mengeluarkan segala keringat mesti mendatangkan bunyi riuh rendah dalam perut. maka dengan rakusnya terus order makanan-makanan ini;






muka pak andam yang puas dapat mengarah i dan kaum kerabat rumah menjadi bibik. dari rumah yang macam kapal karam terus berubah menjadi rumah yang suci bersih. pak andam tiba-tiba bertukar menjadi eric. cantik tak....???


gambar hantaran yang dah siap digubah akan diupload kemudian. CHOW.




viva masuk air


Salam. update tentang banjir di kedah baru-baru ni. walaupun kampung i kat kedah, tapi sebelum ni i tak terasa sangat dengan banjir sebabnya kawasan rumah i tak terlibat dengan banjir. Alhamdulillah..  baru-baru ni kebetulan i balik kedah masa banjir. dan secara tak sengaja i pun tersangkut dalam banjir. tak pasal-pasal je kereta i kena meredah air masa on the way hantar mr ehem pergi shahab perdana. 

dalam otak i memang tak terfikir tengah bandar Alor Star ada air atas jalan. so, kat bawah ni gambar-gambar yang i sempat snap masa tengah bertawakal dalam kereta.  lokasi; Jalan Masjid Zahir menghala ke Hospital lama Alor Star.









 i dibelakang kenderaan biru ni. meraduk air bersama-sama. tawakal je dalam hati, cuak kau kalau tiba-tiba enjin kereta i mati. tak pasal-pasal kena panggil tow truck pulak kan. dah menambah-nambah pekerjaan. 


salam takziah kepada semua mangsa banjir. diharap anda tabah menghadapi dugaan dunia ini. one more; sorry ye i tak dapat nak menyumbang bakti jadi sukarelawan bantu mangsa banjir. dua hari lepas   GPK ada panggil i, mintak i pergi kedah dari 11-15 November untuk jadi sukarelawan. hati nak sangat pergi, tapi apa kan daya. kerja berlambak-lambak sangat banyak. i terpaksa utamakan kerja-kerja bertimbun tu dulu.