Songs of the sea @Singapore


singapore update:

kalau dah ke singapore harusla pergi sentosa island. dan kalau dah sampai sentosa island jangan lepaskan peluang tengok songs of the sea pada waktu malam. selain mencuci mata menambah dosa kat pantai pada siang harinya. wwwuuuuuu seksi meksi betul awek-awek kat pantai. boleh pulak buat aksi ghairah-ghairah dengan pasangan diaorang. ISHHH!!! "syurga dunia, neraka akhirat". okey dah lari tajuk ni. 

gambarajah wajib. bukti i dah pernah sampai kat situ *__*

persembahan muzikal berwarna-warna di tepi pantai ni memang menarik. masa persembahan baru mula otak i tak habis-habis fikir macam tak best  je songs of the sea ni. lebih kurang macam persembahan kat cowboy town agaknya. then when the show starts, ha ambik kau! memang layan. telopong mulut, mata tak berkelip. 

sangat cantik mainan lampu-lampu seiring dengan lagu-lagu nya. menyentuh kalbu la segala effect lampu dan airnya. masa effect api-api keluar, i boleh rasa bahang panas api tu.. canggih weh! dah sah-sah la dapat tepukan gemuruh dari penonton kan.

show ni mula pukul 7.40 malam dan habis lebih kurang pukul 8.30 malam. sekarang ada additional show pukul 9.40 malam. harga tiket cuma $10 per person. duit Malaysia lebih kurang RM24. ala lebih kurang harga masuk cowboy town jugak.

layan jelah gambar-gambar yang i sempat tangkap. terpaksa pinjam camera orang lain sebab slr i dah habis bateri masa show ni. time show best ni la jugak bateri habis. nyampah tul.







more information search ; songs of the sea 

memilih kad kahwin


Salam hari minggu untuk kamu-kamu. hari ni i nak share apa yang i dapat masa pergi wedding exhibition kat danga city mall last week. memang banyak knowledge pasal nak berkenduri khawin i dapat. untung i pergi dengan bakal-bakal pengantin, so bertambah-tambah banyak la ilmu yang i dapat. insyaAllah boleh i guna bila dah tiba masanya nanti.  

entry ni i cerita bab nak memilih kad khawin je ye. hal lain nanti-nanti i cerita. banyak juga la booth kad khawin join wedding exhibition ni. macam-macam jenis kad khawin ada. bukan setakat design, macam-macam pakej dan harga ada. sampai naik pening la kepala arm nak decide kad khawin yang mana paling sesuai.

harus senyum bila bergambar walaupun tengah pening. with my dearest friend, arm. bakal naik pelamin bulan mac nanti. 


i memang suka design kat khawin kat booth kad-kadkahwin.com ni. untuk orang yang suka design moden, ala-ala kulit cd/dvd boleh la pilih untuk tempah kad kahwin kat sini. i suka sebab sebagai customer kita boleh buat pilihan sendiri. dari gambarnya, design nya. kita tak terikat dengan design yang biasa. kalau rasa bosan juga asyik tengok design kad kahwin yang lebih kurang sama, sesuai sangat la tempah kat sini. "lain dari yang lain, idea baru". ni yang i boleh describe tentang kad-kad khawin kat sini. 
harganya pun sangat berbaloi dan memang pada kategori mampu. untuk kad yang macam gambar i upload tu harganya lebih kurang 65sen hingga 80sen je. bergantung pada design dan saiz kad tu.
kedainya kat taman bukit piatu mutiara, melaka dan jalan pesta baru,  muar.  link ; kad-kadkhawin.com
 

ni pulak masa kat booth kadkahwinku.com. rasanya ramai yang tahu pasal kedai ni. bila berborak dengan kawan-kawan, majority tahu pasal kedai ni. design nya memang cun. bagi i design dia simply, elegant, mantoop. kualiti kadnya tak usah cakap la kan. walaupun kualiti best, harganya tetap berbaloi. pada tahap mampu je lagi. galeri utama di kajang dan cawangan selatan pulak kat danga bay. i pernah pergi galeri kat kajang. tak tipu, i memang teruja tengok design kat kahwin kat situ. serius, rasa nak terus tempah walaupun tak tahu lagi kendurinya bila. *__*

sal tempah kad kahwin kat sini. dah siap pun kad kahwin dia. dia dah tempah sebelum wedding exhibition ni sebab kendurinya 20 november nanti. overall puas hati. sal kata mahal sikit sebab dia tempah last minit. so kalau nak murah, sila la tempah awal ye. 

ni la kad kahwin sal. i jadi posmen tolong sebarkan kad kahwin pada kawan-kawan lain. *__*


seterusnya booth kadgelari.com. yang paling berbaloi bagi i kad kahwin di booth ni. design menarik, pakej menarik dan harga yang best. kad kahwin kat sini siap pakej dengan free banner dan kotak bunga telur. pendek dan panjang kata memang berbaloi-baloi. link; kadgaleri.com .
dah puas berpening-pening kepala, arm decide tempah kad kahwin kat sini. kedainya di taman johor jaya, johor dan di pontian, johor. harga sekeping kad cuma 70sen. yang bestnya dapat 2 banner dan 1000 keping kotak bunga telur. menarik kan. *__*


seterusnya booth studio inspirasi ns. booth ni pun tak kurang menariknya. design best, harga best, siap pakej barang percuma. kalau teringin nak tempah kad kahwin design karton sesuai sangat la tempah kat sini. i jumpa kat kahwin paling murah kat booth ni. link; studiopages.net. 

apa yang i dapat; pilih kad kahwin yang sesuai dengan bajet. tak payah nak terlalu berfikir nak kad kahwin yang grand meletop-letop. cuba cari yang design menarik tapi dengan harga yang berpatutan. tak payah la nak bazirkan duit untuk kad kahwin yang grand. nanti orang buang jugak kad kahwin tu kan. sesetengah orang je yang suka simpan kad kahwin yang orang bagi. i la tu. i simpan tau semua kad kahwin yang kawan-kawn bagi pada i. bagi i tu kenangan yang i kena ingat. okey, seterusnya kalau dapat boleh cuba pergi wedding exhibition sebab boleh dapat macam-macam hadiah percuma. contohnya percuma banner dengan kotak telur. dah boleh cut cost untuk benda-benda tu. so untung la kan. lagi 1, tempah kad kahwin awal untuk elakkan kena tambah cost or apa-apa masalah lain. 

tak sabar nak tempah kad kahwin sendiri *__* weeeeeeeeee....


Changi Road @Singapore

hello *__*

gambar segar dari ladang. panas lagi tau. i baru je sampai rumah ni. hari ni one day berjalan-jalan meronda singapore. dan keadaan i sekarang adalah hampir pengsan. sangat penat. nak kata jauh sangat jalan kaki, i rasa tak da pun. maybe badan rasa tak selesa sebab perubahan cuaca. hahaha. poyo gila statement. pergi sekarang seberang tambak je ada hati sebut perubahan cuaca. hari ni cuaca memang tak menentu. panas terik, then hujan. kuyup jugak la i tadi. dah lama tak kena hujan, so bila sesekali melasakkan badan macam hari ni mula la rasa ting tong je. tambah pulak i memang dah rasa tak sedap badan 2, 3 hari ni. 

with aliana and mimi at geylang serai. 

nanti-nanti jelah i upload story visit singapore ni. banyak je story lain tertunggak ni. i busy dengan hal sekolah sekarang. nak menanda kertas exam final year, then nak settlekan dokumen-dokumen student, nak uruskan hal annual dinner guru, nak sediakan bahan untuk program 'one step ahead', macam-mcam lagi la.  so harusla i korbankan belog ni sekejap. 

checklist entry tertunggak edisi oktober. saja je i taip kat sini, untuk ingtkan diri i. senang kalau tiba-tiba i blank tak ada idea nak update nanti. 1. wedding exhibition, 2. kem kami anak Malaysia, 3. shopping, 4. visit singapore, 5. makan asam pedas tetel. COMING SOON!

okey, i dah nak berehat berkuak kupu-kupu. good night *__*



conteng-conteng


malam ni nak story kisah conteng menconteng. ini bukan conteng-conteng yang biasa tau. setakat conteng buku, conteng tandas malas i nak cerita kan. ni kisah menconteng arang dimuka. "berani kamu menconteng arang dimuka kami..bla..bla..bla.. " dah selalu kan dengar ayat macam gini dalam drama. cerita i malam ni bukan drama tau. juga bukan fake macam kisah fida aisyah yang ramai betul orang ping kat GB. no! no! no! i tak berdrama.

selama ni kamu budak-budak suka buat cikgu naik angin kan. tak mau dengar cakap cikgu. tak buat kerja sekolah. buku latihan cikgu kamu buat jadi buku conteng je. cikgu berbuih-buih mulut mengajar kamu main kat belakang. bila cikgu soal balik ternganga-nganga tak tahu nak jawab. bila dah dekat UPSR baru nak meraung-raung datang mintak ampun konon-konon nak cikgu doakan kamu dapat result cemerlang. off course la cikgu doakan kamu walaupun perangai kamu-kamu tu buat cikgu geram macam nak kena penyet hidung kamu je.

dan sekarang tiba masa cikgu nak kenakan kamu-kamu pulak. hahahaahahahahahahaha padan muka kamu-kamu. kamu suka conteng buku, conteng tandas kan. sekarang biar cikgu pulak rasa seronoknya menconteng. dan dengan seronoknya cikgu upload gambar kamu-kamu kat sini. *__*

 hasil contengan karya cikgu-cikgu.









sudah puas menconteng, harusla bersihkan balik. SEMBUR mereka!!!!

 ha bukan senang kan nak dapat rasa mandi beramai-ramai macam ni. mesti kamu-kamu ingat sampai umur tua nanti kan. 



dan hasilnya, mereka ini sangat gembira diconteng dan disembur


get ready budak-budak darjah 6 tahun depan. siap sedia untuk diconteng ye *__*

huh~ nasib baik cikgu sekolah rendah i dulu tak dapat idea nak conteng muka i macam budak-budak ni. memang sampai mati i tak kan lupa kalau kena conteng macam ni. 


selesai sudah


Alhamdulillah, dalm kesibukan yang konon-konon amat sangat tu, sempat juga i mengerjakan bilik i tanpa bantuan bibik. bibik sekarang bukan main demand. ada ke patut mintak i sediakan kos pengangkutan dari airport. nak naik limousin je. lepas tu kos penginapan setaraf 5 bintang blink blink. kos komunikasi nak dengan suami sanak saudara kat surabaya lagi. kos makanan tiap2 hari drive thru mcd. dasar demand mengalahkan mariah carey je bibik sekarang ni. so terpaksa la i keluarkan peluh sendiri terbongkok, tertonggeng, panjat kerusi, meniarap bawah katil semata-mata nak benteras habuk-habuk degil dalam bilik i tu. 

maka hasilnya;

cicak ni tersepit di celah almari. atas dasar kesian i jadikan dia hiasan pada cermin. asal boleh je kan *__*

rak mini yang selalunya tonggang langgang sudah menjadi sedikit teratur.

tudung lama tu i reuse jadi kain alas. bunga tu mr ehem bagi. banyak lagi sebenarnya jambangan bunga kat dalam bilik i. ala yang dapat masa konvo dulu. yang lain-lain i letak atas almari baju. nak kurangkan kesemakkan and jimatkan ruang. 

 sumbat segala charger, wayar dan sewilayahnya dalam bekas macam gini. ni baru 1 bekas, ada lagi tau bekas-bekas lain. i reuse kotak-kotak dengan bekas-bekas yang budak-budak hadiahkan masa hari guru dulu. 

 buku-buku untuk mendapatkan mood sebelum tidur. magazine i tak simpan dalam bilik, semuanya i letak kat ruang tamu kat bawah. dapat kurangkan barang dalam bilik kan. i tak suka bilik i penuh barang. rimas..

 segala buku-buku dan dokumen penting dalam kotak ini. sila jangan rompak kotak ini ye. ia akan sangat menyusahkan i. 

    ni pulak konon-konon macam meja solek i la. segala barang-barang make-up, personal i  simpan kat sini sementara waktu i beli meja solek. 

sejuk  hati bila mengadap benda-benda ni *__*  Qur'an kena letak depan-depan mata, baru sentiasa ingat. maklum la manusia kan. 

 ni paling penting. tempat berguling-guling dan berkuak lentang. i sentiasa rindu tempat ni.

update belog je kerja, ha ambik kau buku-buku tu belum bertanda. bila nak siapkan ni? ada siapa-siapa boleh motivatekan diri i untuk tanda buku-buku ni tak? jangan suggest guru besar i ye. =P

dah masa tidur. selamat malam


Kem Kami Anak Malaysia

Salam 1 Malaysia. wah gitu semangat 1 Malaysia kan. kalau i tak bersemangat apa la guna i jadi warganegara Malaysia kan. siapa yang tak ada semangat warganegara ni harus campak ke luar negara je. kau pergi la merempat negara lain. 

tetiba pulak malam ni emosi pasal warganegara kan. *__* haha.. i kena tidur sekolah malam ni. Kem Kami Anak Malaysia hari ni dan esok. itu la kisahnya tetiba aku bersemangat semacam je malam ni. kem ni untuk murid tahun 6. biasala kan UPSR dah lepas, so banyak la aktiviti santai-santai untuk diaorang ni. 

pengisian kem ni memang sedaya upaya terapkan sentiment cintakan negara diaorang. Malaysia ye, bukan India mahupun Indonesia. tugas i just menangkap gambar kanak-kanak itu di sana sini je. mentang-mentang la i ni gila kentang bergambar, suka offer dia mengusung cam ke hulu hilir, so tugas photographer amatur ni diberi pada i. i tak kisah. lagi suka ada la. 

pukul 8.30 kejap lagi acara malam kebudayaan. excited pulak nak tengok apa la persembahan kanak-kanak rebina tu. boleh tahan kreatif juga kepala diaorang tu. lagi excited nak mengenakan diaorang malam ni. off course la i tertunggu-tunggu acara burung hantu. *__* siap la kau budak-budak. 

okey chow, nak bersiap and pergi sekolah. *__*


20102010 dan masalah rumahtangga


oh runsing! runsing! runsing! 


ha tengok tu. tak tipu pun . memang tengah runsing ni. muka i jelas kelihatan runsing sangat-sangat kan. dengan paras minyak boleh goreng ikan. paras kegelapan seperti maghrib. sangat hodoh bila berkeadaan runsing begini. tu nasib baik mulut tak muncung tahap boleh sangkut hanger. 

i runsing sangat ni. tak tahu macam mana nak selesaikan. rimas dah mata i memandang. semak sangat-sangat!!. i bukan tak nak buat, tapi i kan wanita bekerjaya yang konon-konon sangat mengalami kesibukan. so mana la i ada kesempatan nak buat benda-benda tu. 

jadual harian i padat tau. tiap-tiap pagi i pergi kerja. pukul 2 balik kerja i kena tajamkan skill renang i. yang ni memang tak boleh kalau tak buat. karang tak pasal-pasal i tenggelam. so harus la training skill berkuak-kuak ni tiap-tiap hari kan. dah penat training kena jadi pengkritik pulak. tugas i tau tiap-tiap hari kritik lakonan chenta kenduri kat tv tu. menyampah sangat-sangat tengok kenduri tu, tapi gegeh jugak nak tengok. saja la tu kan nak menambah dosa mengutuk. selesai menambah-nambah dosa i kena buat preparation untuk pergi kerja esok pagi. kena dapat rehat secukupnya baru dapat bangun pagi seterusnya dapat menunaikan tugas dengan jayanya.

see! i memag sangat sibuk kan. so mana i ada masa nak lipat baju-baju-baju-baju yang dah bukan je dah kering tapi dah tahap garing. i juga tak ada masa nak masukkan baju dalam washing machine dan kemudian jemur baju-baju itu. nak masukkan dalam plastik kemudian hantar ke kedai dobi pun i tak sempat tau. tangan i lenguh-lenguh, jadi i tak boleh nak pegang penyapu. i sedang mengurangkan penggunaan vacum kerana bil elektrik baru je sampai semalam. RM190 kau! OMG!! dah macam duduk kat rumah sebesar 1 bangunan sekolah. huh~ benci tau. terpaksa korbankan plan nak beli flat shoes baru. 

sambung lagi benda-benda yang merunsingkan i sekarang. i tak ada masa nak cuci tingkap, cuci habuk-habuk pada perabot, kemas barang-barang pada rak, sental lantai bilik air. *__*' macam mana i nak buat ni? sungguh rumit kan masalah i ni. i dah banyak kali tulis dalam jadual i nak settle kan semua ni time weekend. tapi masalahnya sekarang, weekend pun i sangat sibuk. last week i pergi melaka, lepas tu dating. this week i camping kat sekolah, lepas tu kena pergi danga city mall. ada wedding exhibition. wajib pergi tu. minggu seterusnya i plan nak pergi singapore. see! i sangat sibuk kan. 







okey, i buat keputusan nak upah bibik. settle masalah. 





majlis kahwin dan kecantikan melaka



hello, hello, hello.. malam ni cerita pasal percandaan bersama sayang-sayang i last weekend. dulu masa zaman  title student mesti bercanda-canda kat melaka setiap kali dapat elaun. tapi sejak dah pegang duit gaji sendiri dah lama pulak kitaorang tak bercanda-canda. masing-masing sibuk dengan hal kat sekolah. nasib baik jugak la kitaorang bertiga posting kat tempat yang dekat-dekat je. so dapat jugak la curi-curi masa nak berdating bertiga.

kebetulan 16.10 lepas kenduri khawin nasrah dan dapi kat merlimau melaka. harus la pergi. kawan berkecoh-kecohan masa kat ipg tu. lima tahun setengah kitaorang mengadap muka masing-masing tau. tahniah nasrah dan dapi. selamat mengharungi hidup susah senang bersama ye. semoga bahagia ke akhir hayat. 

kami-kami yang kelihatan pendek. i la paling-paling ketara kan. 
sorry ye hari tu i sampai lambat nasrah dan dapi. perjalanan i jauh tau. paham-paham la kena naik sampan, lepas tu kena naik bus, then bertukar naik basikal. kena berkayuh 18km dulu tau. habis basah ketiak i. ha tu la punca-punca i sampai lambat kat majlis depa. 

happy honeymoon ye korang-korang *__* 

dan seterusnya harus la babak-babak percintaan di bandaraya melaka. 





penat berjalan-jalan di dataran, maka merehatkan kaki di sungaian. jom naik river cruise. melayan permintaan cik farah *__*





sekian terima kasih. meet u again melaka *__*
terima kasih sangat-sangat juga kepada wan dan farah atas kesudian anda merawat kedukaan hati i ketika itu. haha.. gedik je bergaduh-gaduh dengan mr ehem masa tu. nasib baik farah dengan wan pandai buat lawak. kalau tak harusla bergelen-gelen air mata i berderai. love you wan and farah. you you too mr ehem. 




Rawa steamboat


 captured at 10.00 pm this night. yeah!!!! dah boleh senyum. mr ehem pun dah tak bermuka bengis nak makan manusia lagi. terima kasih daun keladi ye mr ehem sebab sudi datang jumpa i hari ni. really appreciate that. akhirnya dah hilang semua rasa cuka masam kat muka i ni. i dedicate lagu sandarkan pada kenangan jamal abdillah featuring sarah untuk u. 

copy paste lirik;
Mengapa kita harus bersengketa
Kerana fitnah dan salah sangka
Apa yang telah terjadi pada kenangan
Sememangnya aku tak pernah melupakan
Mengapa masih ada perasaan benci
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan

Marilah kasih
Kita saling sayang menyayang
Kalaulah ada benci
Kita sandarkan pada kenangan

muka dah manis, jadi boleh makan dengan lahapnya. malam tadi kitaorang decide makan kat Rawa BBQ & Steamboat. dah kerap sangat i makan kat situ. sekarang mr ehem pulak yang kena penyakit ketagih makan kat situ. tak kisah la ketagih makan kat situ sebab sangat berbaloi. berbaloi-baloi. 

kedai makan ni sentiasa penuh. tak kisah la weekend or week days. kalau smpai lambat alamatnya memang kena berdiri tunggu orang sudah makan la. tadi masa sampai kena berdiri tunggu table kosong. lebih kurang 5 minit jugak la. nasib baik tak lama sangat. maunya melalak-lalak perut i kalau tunggu lama lagi. hari ni ahad, so paham-paham jelah. manusia ramai di sana sini. 

okey dah dapat table, terus panaskan tomyam and sup. i jaga table, mr ehem pergi serbu kaunter makanan. ambil je apa yang kau rasa nak makan. sebanyak mana pun tak kisah asalkan kau tak membazir la. harga dikira per person. untuk adult RM18. kanak-kanak pulak RM7.00. pasal stok makanan jangan risau. sentiasa refill. so kalau datang lewat pun takpa. makanan tetap ada dan cukup. sampai tahap tak termakan la. seafood, ayam, daging, sayur, semua ada kat sini. memang confirm tak termakan semua. air pun macam-macam ada. dari karbonat sampai la ke tea. i paling suka ice-cream. macam-macam perisa ada. sebut je jagung, keladi ke apa. 

sayur favorite i. campakkan dalam kuah tomyam. nyum-nyum.

benda wajib berlari pergi ambil adalah satay. perghh, terbaik. bakar sendiri, siap terus masuk mulut. i tak makan seafood so pilihan i makanan darat jelah. penggemar seafood mesti seronok kat sini. spesis pelik-pelik pun ada kat sini. gerun aku tengok udang besar-besar. mr ehem kena layan makan seafood sorang-sorang. kesian dia.

udang tengah mengelupur nak jadi arwah. seafood kat kedai ni fresh lagi kecuali ikan la. kau bakar dia hidup-hidup tau. siap sedia la berkawal sebelum kau menjerit terkejut dek seafood yang meloncat-loncat. 


dah selesai. burpp tersangat la kenyang. 

mr ehem dah tidur. jadi mari balik. selamat malam *__*