water & land of excitement @ The Carnivall


Assalamualaikum, salam sejahtera !


i masih menghirup segala angin-angin sepoi bahasa, bau-bau orang kedah buat masa ni. masih jugak request macam-macam menu dari mak i. laksa penang, masak lemak cili api rebung and today paprik rebung. kena nikmati sepuasnya tau, nanti dah balik johor menggelupur pulak  bila teringat makanan-makanan kegemaran i tu. 


so sempena masih kat kedah. i nak bercerita apa yang ada kat kedah la ye. best ke kedah ni? domino's tak ada. jucso pun tak ada. digi centre pun bapak susah nak jumpa. haish!! tiba-tiba rindu johor. tapi kan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. bila teringat bau ketiak mak abah mesti nak balik negeri sendiri jugak kan. okey, tak kena langsung kaitan peribahasa tu. 


jom cakap pasal apa yang best kat negeri kedah ni. i rasa ramai yang tak tahu kat kedah pun ada theme park. biasa la orang utara kalau terasa tebiat nak main-main air akan pergi bukit merah laketown or lost world tambun. may be kurang promosi jadi faktor theme park kat kedah ni orang tak berapa tahu. even rakyat kedah sendiri. so ashamed!



introduce to you the carnivall theme park. lokasinya dekat cinta sayang resort. terus terang i cakap theme park ni kecil molek je. jauh la nak dibandingkan dengan lost world tambun, sunway lagoon dan segala atuk nenek theme park kat Malaysia ni. kawasannya memang kecil je. tapi boleh la setakat nak melepaskan gian main-main air kan.


dua minggu lepas buat pertama kalinya i masuk the carnivall ni. ceh! cerita basi *__*
i melayan my sis, mimie and syima yang gian nak main air. sebelum ni selalu je lalu jalan kelab cinta sayang ni, tapi belum sampai seru nak singgah lagi kan. then hari tu tiba-tiba terkeluar ayat-ayat manis berjanji dengan si mimie nak bawak dia main air kat the carnivall ni. terjadi masa adegan memujuk dia yang tengah merajuk tak dapat pergi holiday kat langkawi atas masalah teknikal. 



tengah berjalan masuk ke dalam water park. tak usah cakap la kepanasan membakar kulit-kulit mulus i ni kan. okey cakap pasal bayaran masuk pulak ye. i bayar rm18 untuk adult dan rm13 untuk child. harga yang i bayar tu untuk bermain riang ria kat air sahaja. kalau nak bermain kat air dan darat harganya rm25 untuk adult. then untuk main kat darat je ada harga lain pulak. boleh check out sendiri kat website the carnivall ni .



pose lagi sebelum bersalin pakaian mandi.  



dan dah bersalin kulit. eh silap. salin pakaian. mimie tengah bersemangat dengan penuh berkobar nak naik gelonsor pusing-pusing kat belakang tu. 

terkejut i bila tengok budak-budak sebesar mimie je naik gelonsor tu. kat the carnivall ni tak ada had ketinggian pun kalau nak naik segala gelonsor pusing-pusing tu. so dengan gilang gemilangnya dapat la si mimie menjerit-jerit bila berpusing-pusing dalam gelonsor tu. i la jadi mangsa kena naik dengan dia. kena kepit badan dia pulak tu, takut terpelanting. haha. sure i kena cubit ni kalau dia tau i tulis pasal benda ni. 



kena pakai jam tangan yang ala-ala nampak tak nampak je tulisannya ni bila masuk theme park ni. hitam untuk adult and kuning untuk child. kami bertiga yang pergi bersuka ria main air sebab my sis p'qah berholiday kat langkawi. anies pulak ada kuliah. incik mokhtar and my mum tak kuasa nak melayan main air dengan kanak-kanak macam gini. 



lunch time. alamak tak nampak pulak makanannya. yang bestnya kat sini harga yang kita bayar untuk masuk dah siap dengan pakej lunch. menu lunch kitaorang hari tu nasi goreng dengan air grape. makan dengan penuh lahapnya sebab dah menggigil kebuluran. paham-paham la kalau dah main-main air ni mesti laparnya tak boleh dibendung. 

perut dah kenyang, sambung main lagi.





rupa paras budak yang seronok sangat-sangat main sorang sorang kat kiddies cove. i dengan syima melepak je kat bangsal. kebetulan hari tu plus buat family day kat situ. so ramai la manusia dalam theme park tu kan. nasib baik la banyak sangat bangsal dalam theme park ni. so dapat la i dengan syima berteduh jugak. sayang kulit kau!


muka tak keruan sebab dah penat menunggu si mimie main. layankan saje lah. hilang sikit penat, sambung main lagi.



syima tak nak main gelonsor ni. apa punya penakut itu manusia kan. si mimie pulak bukan main sakan menjerit. i pun sebenarnya gayat-gayat sikit. tapi cover baik punya. al maklum la kena la tunjuk hebat depan adik-adik kan.. haha




diaorang tengah mengharung ombak buatan. konon-konon macam tengah dilanda badai la kan. apa-apa jelah.



dah pun discover setiap ruang theme park ni. masa untuk bersalin pakaian asal semula. tu pun puas i dengan syima ajak mimie balik. menangis i kalau dia tak nak balik, nak main sampai malam. tak pasal-pasal nak kena book room kat resort cinta sayang ni pulak. *__*



okey, end. 


10 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

nampak sgt best...

azzey said...

Wow bestnya! slm kenal dan folllow blog ni.....AZZEY ; Dari senarai bloglarian ke 72....

ada mokhtar said...

senja = boleh tahan la... =)

azzey = salam kenal azzey =)

meo said...

bestnye leh bawa budak2 jenjalan...

Anonymous said...

canteknye pic heading blog ni...sape la yg amek ek..

ada mokhtar said...

meo = mmg best ! =)

anony = thanx =)

nub said...

yahhh! kedah!

MYRA said...

bercrawling kat sini. ;)
folow me back! :)

Balqees Amanda said...

hehe..macam syok jugak..kite pon tak pernah sampai lagi..

ada mokhtar said...

myra = fllow u myra =)

balqees = boleh tahan r main air kat situ =)