realiti dan fantasi seorang yang terlampau


Assalamualaikum!


misi hari ni i nak menunaikan segmen tertunggak geng blog pink. maaf berlori-lori la ye. tu la kan dulu masa time belajar asyik buat kerja last minute sangat, so sekarang ni pun dah melekat ketat-ketat perangai last minute ni. ni semua pengaruh rakan sebaya la. masa baru lahir dulu i tak macam ni tau. bila semakin membesar, dah pandai berkawan baru i jadi macam tu. haha. tiba-tiba salahkan orang keliling.


bukan main meriah lagi group pinky ni bersosial kat facebook. suka betul i berkenalan dengan mereka-mereka. sangat berseronok berborak dengan geng blog pink yang comel-comel semuanya. walaupun i ni dah masuk kategori akak diaorang. oh tidak! terasa sangat tua la pulak. benci tau! kenapa kulit i dah tak tegang ni ? dah macam erra fazira dalam cerita hingga hujung nyawa pulak. okey sekali lagi off topics. tak suka betul cerita tu. tadi tertengok kat astro. kenapa la suka ulang cerita tu. tak suka!


dah cukup melalut panjang lebar. mari ke segmen realiti dan fantasi.



segmen kedua ni cerita pasal diri sendiri je. pasal apa yang i idam-idamkan yang akan termakbul, maknanya yang akan menjadi realiti. dan juga apa yang i idam-idamkan akan jadi angan-angan mat jenin je, maknanya fantasi. so mari bermula dengan angan-angan yang bakal menjadi realiti. insyaAllah.



tahukan apa benda ini? ye, ini adalah sejenis keropok yang paling rangup di dunia. sangat enak dikunyah. ngap ngap. dum! kepala i kena ketuk dengan kuali.


i sedang berangan-angan nak guna benda alah yang sangat seksi, munggil, jelita, kacak, macho, slim, langsing dan segala atuk nenek best ni next year. harus salahkan mr ehem sebab menyemai angan-angan ni pada i. tak sabar nak tunggu mr ehem hadiahkan i benda ni. ceh! bukan nak kumpul duit sikit-sikit lama-lama jadi bukit beli sendiri, tapi nak mengharapkan mr ehem hadiahkan pulak.


insyaAllah angan-angan i nak guna i phone 4g ni akan jadi realiti. kalau tak dapat dari mr ehem, i beli sendiri. *__*. tapi hati i tengah dup dap dup dap tunggu mr ehem tiba-tiba bawak kotak berbungkus comel, ikat ribbon warna pink. then bila i buka  kotak tu i terus menjerit "i phone! suka! suka! sayang kamu!"


okey tuan-tuan dan puan-puan. sekarang i nak tunjukkan angan-angan i yang akan jadi fantasi semata-mata. i selalu berangan-angan nak jadi cantik, cun melecun, badan langsing, kaki panjang, rambut panjang ikal panjang, kulit putih gebu, mata menusuk kalbu, bibir mulut. pendek dan panjang kata semuanya cantik.


hanis zalikha the gorgeous!

i nak jadi jadi macam ni boleh? okey, berangan la kau cik ada. kesimpulannya ini hanya fantasi la kan. sekian, terima kasih *__*




13 comments:

ainatiqa said...

whoa ! mau jadi hanis zalikha . gadis fofular itu ! hehehe :D

sume nye impian yg tinggi kan ? hhaha

ada mokhtar said...

aina = hehe.. impian boleh je setinggi mana.. free je kan berangan.. hehe

.cik yaya. said...

hahaha xlama ag mesti mr ehem cik ada bg i phone la..tgok lahh..ahhaa thanks ye buat segmen ni

momochan said...

wauhhh nak jadi macam hanis zalikha!!huhuhu tinggi impian tu...huhuhu

iphone?tak lama lagi dapat la tu huhu

salam GBP~

ada mokhtar said...

cik yaya = welcome.. tu la i tengah menunggu dengan penuh excited ni.. hehe

momochan = salam gbp. tau xpa.. tinggi sangat impian tu kan.. =)

Zikay said...

Iphone 4 memang terbaik. You should buy cepatt. Tapi iphone 5 nak kuar dah next year. Huhu

Zikay said...

Iphone 4 memang terbaik. You should buy cepatt. Tapi iphone 5 nak kuar dah next year. Huhu

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kalau name nye model..
meletop la...

ada mokhtar said...

zikay = i tunggu next year. thn ni kne bersabar lagi.. hehe


senja = tu la, oh tidak! jeles!

a!Na said...

hoho..hanis zalikha tuuuuuuuu..haha..btw, da nk kwen ke cik ada? jmput2 la kte ye..da lme xrse sirap knduri..bole amek berkat nnt..amiiiiiiiinnnnnnnnnnn

ada mokhtar said...

aina = hehehe.. insyaAllah.. tpi sebenarnye, tak tahu bila lg kendurinye.. saja je menggatal lebih.. hehe

ara said...

thankz jalan-jalan di blog ara.
=]

hehe..
ara still urg baru lagy..

ohh.
fantasi itu best laa.
and..
ara pon minat haniz zalikha.
dia sngt hot gituww..
lawa.
sis pon laawa juga.
=]

ada mokhtar said...

ara = welcome =)... lawa ek... terima kasih.. hehehe.. dah mengembang ni =)