sedap + murah @ Koeyteow Iman


Assalamualaikum!

dah makan malam? makan apa tu? . menyibuk je pulak kan tanya banyak soalan. mengalahkan polis soal banyak soalan. ala i saje je nak beramah mesra. i baru je lepas makan tadi. tapi rasa lapar lagi. makan tak baca doa ke ni ? issh ishh, i baca doa tau. nafsu makan i je makin membara sekarang ni. sepanjang masa rasa nak sumbat makanan je. *__*

cakap pasal makan ni, i nak share cerita makan makanan sedap. menu kita malam ni kueteow kerang ye. i ada jumpa kueteow yang sedap lazat enak menyelerakan. confirm licin pinggan kau punya. 


ni la kedainya. koeyteow iman. lokasi kedai ni kat taman pandan, alor star. senang je nak cari kedai ni. kat sebelah kanan jalan dari hospital lama alor star nak ke shahab perdana. 



rupa paras kueteow kerang yang mak, syima, anies dan p'qah makan. semua pinggan diaorang ni licin tau. 




muka-muka sedang bersenyum kambing puas dapat makanan yang enak. terima kasih daun keladi ye cik syima. lain kali belanja lagi ye. 



okey, ni baru i punya. i punya without kerang. terlebih taugeh la pulak. mentang-mentang i cakap nak sayur tapi tak nak kerang, setengah bungkus taugeh agaknya dia campak dalam kueteow i ni. apa-apa pun tetap licin gak segala urat kueteow yang ada dalam pinggan tu masuk dalam perut i. taugeh tu je i terpaksa angkat bendera putih. 



ni pulak nasi ayam mimie punya. licin jugak pinggan dia. dia kata sedap. selain menu kueteow, kat sini ada nasi ayam, satay dan wastern menu. kitaorang tak try la pulak menu selain kuewteow kerang dan nasi ayam . so i tak berani cakap la kan rasanya macam mana. 




sangat benci gambar-gambar tu. paham-paham jelahkan bila pakai camera harga tak beribu kan. *__* okey cakap pasal harganya pulak ye. semalam order 4 kueteow kerang, 1 kueteow goreng biasa, 1 nasi ayam, 1 juice apple, 1 laici, 2 teh o ais, 1 orange suam. harga rm23.70. apply matapelajaran matematik tahun 4 sikit ye. kita bundarkan ia maka menjadi rm24. 

apa yang boleh i cakap selain kenyang, BEST OOO!! tekak nikmat, perut kenyang, poket tak nipis. 






2 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

lapor lak tetibe...
adoiii....

ada mokhtar said...

senja : jom makan... :)