memupuk bakat berbisnes sejak dari bangku sekolah


Assalamualaikum! 

i masih dalam mood cuti-cuti sekolah sekarang ni walaupun baki cuti i cuma tinggal tak sampai seminggu je. mula la rasa tak keruan balik ni. al-maklum la dah lama kan tak ada mangsa cubitan perut. siap la budak-budak comel montel tahun 1 next year. tangan i dah gatal sangat nak mencubit perut-perut ni. 


dah macam demam rindu kat sekolah la pulak bila tiba-tiba gatal nak cubit perut kanak-kanak. oh no! i nak cuti lagi. tak ready lagi nak kembali ke sekolah. i kena start bertugas 20hb. dua minggu awal sebelum kanak-kanak kembali ke sekolah hokey. resah hati i mengenangkan tak boleh nak berlengkar atas katil lama. tapi apa nak buat kan, "saya yang menurut perintah". 


itu pasal mood cuti-cuti sekolah i. ni nak cakap pasal mood cuti-cuti sekolah kanak-kanak riang kat rumah i. siapa lagi kalau bukan adik-adikku sayang p'qah dan mimie. setelah dengan gilang gemilang diaorang menghabis ringgit malaysia i berpoya-poya ke sana-sini, sekarang budak berdua tu sibuk pulak berbisnes. yang bestnya bisnes diaorang ni tak keluarkan modal dari poket diaorang pun. 


i sokong sepenuhnya bisnes cuti sekolah diaorang ni. at least menambahkan la sikit duit tabung tu kan. idea bisnes diaorang ni memang great. boleh dikatakan tak bermodal pun sebabnya diaorang ni jual shawls lama yang kakak-kakak diaorang ni dah tak pakai. dah keluarkan dari wardrobe kitaorang pun. tak tahu nak sumbat kat mana lagi. so bagus la idea kanak-kanak tu nak jual je shawls terpakai tu. 



mimie pose ala-ala macam ika radiusite gitu. 



ni pulak pose p'qah. bukan main bersemangat diaorang ni pose. syima yang pakaikan diaorang shawls. i pulak jadi juruphoto tak bertauliah. anies jadi pemberi semangat. gandingan ala-ala wonderpets kitaorang lima beradik. 




Alhamdulillah rezeki diaorang ni baik. tak sampai sejam upload gambar-gambar shawls ni kat facebook si p'qah ni, dah 6 dari 10 shawls dapat dijual. menang tangan jugak diaorang ni berbisnes. nampaknya makin rancak la diaorang berbisnes lepas ni kan. apa pulak yang nak dijualnya. 


okey, mari raikan dengan makanan kegemaran wonderpets *__*



5 comments:

hudhud said...

blog shop i tak laku :(

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

alhamdulillah..
murah rezeki...

kembatolo™ said...

mesti cikgu kan? haha

syAzAnA said...

wahh. tahniahh. bagus3.

wahida said...

wah...amazing idea...pandai carik duit...
anyway, salam kenal, saya dah follow, kalau sudi follow me back k!!