lelaki perlu bertindak pantas sebelum terlepas. wujud persaingan di situ.

Assalamualaikum!

sebelum mula cakap mari kita menyanyi sepatah dua kata dulu ye. ehem ehem, training anak tekak dulu. 

apabila engkau berjumpa dengan seorang dara, 
yang banyak memberi harapan dengan sepenuh jiwa,
jangan biarkan ia menunggu, janganlah sampai ia berlalu..
jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang!

okey, search sendiri lagu jangan tunggu lama-lama ni dan teruskan menyanyi sendirian berhad ye. dan tiba-tiba nak taip mesej peribadi ikhlas dari hati. kepada encik teruna-teruna yang sudah mencuri hati cik dara-dara, sila bertindak pantas ye. jemput la jumpa ayah dan mama okey. hantar rombongan meminang dengan segera. lirik lagu kalau berpacaran tu.  

laporan banci penduduk 2010 dah menunjukkan bilangan lelaki lagi ramai dari wanita  ye tuan-tuan. tu baru dalam Malaysia, belum kira lelaki-lelaki omputeh, omhitam dan segala warna lelaki-lelaki negara lain kan. so lepas ni jangan kecoh-kecoh la nak cakap lelaki negara ni tak laku. sila bersaing dengan sihat ye. oh tidak! apa yang i tengah merapu ni!

eh kenapa gambar ni ada kat sini. hurm..


tiba-tiba datang mood mahu menaip isu paling serius dalam hidup. bukan sekadar benda-benda sekecil tahi mata seperti bagitau orang ramai yang esok i nak pergi shopping baju kurung dua tiga pasang kat pasar kemboja kota tinggi. eh, terlepas cakap pulak. i tak ada niat pun nak cakap benda kecil macam tu tadi. 

kembali ke isu serius dalam hidup ye. penting tau benda ni. kalau tak buat i tak boleh tukar status. masih berkaitan lelaki kena pantas seperti tajuk di atas. tapi yang ni lelaki dan perempuan sama-sama kena buat. ala, panjang lebar pulak nak melalut. cakap je cepat cik ada! okey, i nak pergi kursus khawin ni.

kau dah nak khawin ke cik ada? bila? berapa hantaran kau? baju khawin kau dah tempah? pelamin kau warna apa? tak tak! semua soalan tu jawapannya belum lagi. bukan i yang nak khawin dalam masa terdekat, tapi housemate i. housemate i belum pergi kursus khawin lagi. so untuk menghilangkan kebosanan pergi sorang-sorang dia ajak la i temankan. off course la i on je kan. senang i nak khawin nanti. dah settle bab kursus ni kan. 

tapi yang tak bestnya, tadi housemate i search kursus khawin kat area johor. mak ai!! mahalnya. jauh beza dengan harga kat terengganu. housemate i orang terengganu. so dia ada la survey harga kat sana. rm50 je. kat johor ni harganya sampai rm120. melampau kan bezanya. agaknya kat johornya ni sijil kursus tu dibuat dari kertas kualiti tinggi kan, tu sebab harganya mahal. tiba-tiba sedapkan hati sendiri buat alasan macam paling munasabah gitu.

then search pulak harga kat negeri lain.

 area selangor & kl harganya rm80 je. 


search pulak kat negeri kedah. i selalu nampak iklan kursus khawin kat hasani. so search harganya. 

yuran rm80 jugak.


musykil pulak kenapa harga kat johor mahal. takpa la esok nak jalankan misi mencari banner-banner kursus khawin. hari tu i ada nampak banner-banner kursus khawin ni kat tepi jalan masa lalu jalan bukit tiram. tak jauh rumah i. mana tahu, harganya tak melampau sangat kan.i pulak yang excited nak pergi kursus khawin. macam mana ni. i nak tanya mr ehem la kenapa i excited sangat ni. haha..




13 comments:

cik.shabah said...

da sampai seru nak kawin,tu pasal eksaited bagai.hikhikhik ;p

ada mokhtar said...

cik shabah = iye la agaknye kan =)

.cik yaya. said...

pahang bape eh? nak kawen gak ni..hahaha

ada mokhtar said...

cik yaya = alamak tak tengok pulak harga kat pahang.. hehe..

faqhrule said...

udin ada cakap dia memang nak kawin awal. serius je borak pasal kawin dia sekarang.

ada mokhtar said...

ujang = yelah sangat dia tu.. hehe.. tak puas hidup bujang lagi tu..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

nak kawen bukan senang kan...

Taufan Ribut said...

alau cepat sekali pon hati si dara kata tak apa(makksudnye x sudi lah)...nak wat cam ne...nak kene cepat ke???

HAZWAN17 said...

alamak kat johor mahal ke kursus kawen ni...kena amik dekat negeri lain la

ada mokhtar said...

senja = ha tu la pasalnya.. hehe

ribut = cari je yang nak cepat... hehe..

hazwan = tu la... sesetengah tempat kat johor buat kat hotel. so berbaloi la bayar mahal kan. tapi gak yang buat kat dewan je, harga mahal gak.. kena banyak usha...

cik dibadeebut said...

klu kat perak kebanyakannya dlm Rm 100 kebawah...
kawin.... bestnyer...
hihi

cik dibadeebut said...

kawin,... bestnya... hihi
gatai jap..
alo kat perak pon harga dlm RM 100 kebawah..

ada mokhtar said...

dibadeebut = tu la, mahal pulak kat johor ni.. sabor jelah =)