bermesra dengan kak limah di katil

Assalamualaikum!

selamat hari minggu ye tuan-tuan dan puan-puan. suka betul i bila dapat berguling-guling lama atas katil pagi ni. matahari dah tegak kat kepala pun i masih berbungkus selimut konon-konon macam salji tengah turun dengan rintik-rintiknya. oh nikmatnya! 


nama je still cuti sekolah tapi last week i tak dapat masa tidur penuh berkualiti. isnin sampai khamis kena bangun awal pergi sekolah. jumaat bangun awal pergi pasar pagi. sabtu, semalam la tu kan. bangun awal sebab nak jumpa kak limah. 


out of date la kau ni cik ada. orang semua dah jumpa kak limah, tapi kau baru je jumpa kak limah semalam. hello! nasib baik i bangun awal tau semalam berlari ke kaunter tiket tgv jj tebrau city. kalau i bangun lambat confirm frust tertonggeng i tak dapat tengok kak limah. mak ai!! walaupun macam dah basi cerita hantu kak limah tu tapi semalam still penuh panggung lagi. rupanya masih ramai yang sewilayah dengan i asyik tertinggal kereta api. 



dan ini lah mangsa-mangsa menjadi peneman i tengok hantu kak limah semalam. benci tau insan-insan tersayang i pergi tengok tak ajak i. siap tengok lebih dari sekali pulak tu. benci korang tau! nasib baik ada budak-budak ni. 



ni students i, annur and venusha. tahun 2010 ni i guru kelas diaorang. so dengan sewenang-wenangnya diaorang menggunakan cikgu bujang ni untuk dapat tiket kebebasan dari parents diaorang untuk keluar rumah berpoya-poya. penat kaki i melayan diaorang ni semalam. diaorang gunakan i untuk berjalan-jalan dan i gunakan diaorang untuk teman i tengok hantu kak limah. 


kalau tak ada diaorang ni harus jugak i pergi tengok sorang-sorang. oh tidak! terasa begitu sedih layan movie sorang-sorang walaupun tahap sakit rahang kot gelak bila tengok hantu kak limah tu. tak payah nak buat review la kan sebab semua orang awal-awal dah tengok cerita ni dari i. cuma i nak cakap, yes! i dapat gelak dengan sepuas hati. sorry ye kanak-kanak, cikgu korang ni memang tak da makna nye nak cover-cover gelak. tapi dengan mr ehem kena cover sikit. nanti kena tegur.haha..



dah penat berjalan dan bersesak, mari memenatkan perut pula. tak suka betul pergi jj bila weekend. manusia teramat la ramai. semua restoren penuh manusia.  benci tau! tapi semalam terpaksa pergi jj jugak semata-mata nak bermesra dengan hantu kak limah. i malas la kan nak bawak kanak-kanak ni pergi ke jb. karang risau pulak parents diaorang ni kalau balik lambat. 


kesimpulannya hantu kak limah best. i puas. dan sampai je rumah semalam i terus tak sedarkan diri. lebih 4 jam jugak i membuta. dan kemudian membuta lagi di malam hari sehingga ke tegak matahari di kepala pada hari ni. tahniah, kau memang pakar tidak sedarkan diri cik ada. okey, bila bangun je dari katil, perut terus memainkan musik hip hop. mari mencari makanan pula *__*




9 comments:

mie said...

wah!!
cikgu dan murid2...
bagus2..

Anonymous said...

jom sokong kak limah...tgk banyak kali pon xpe..naek kan rating...haha

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

memang terbaek kot kak limah....

ada mokhtar said...

mie = layankan aje lah budak-budak tu.. hehe

anony = ceh... pi tgk bukan ajak i pun.. huhu..

senja = kak limah best!

zahidi said...

Hantu kak limah memang BEST.. ED minat filem arahan mamat khalid spt man laksa.

ciiima said...

ehh jahit x tudung 2..

naqiyatul najihah said...

wow,bestnye dpt tngk ngn ckgu..sye tngk ngn cuzen jer..huhu

.:rizaL:. said...

http://igossiprizal.blogspot.com/2010/12/pose-slumber-laptop-contest.html

jom join!

ada mokhtar said...

zahidi = mamat khalid mmg pakar buat cerita lawak tapi bermesej kan.. =)

ciima = tak jht pun.. hehe

naqiyatul = okey la tu, tgk gak kan =)

rizal = insyaAllah =)